Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua. Aku Phungsukh (bukan nama sebenar), berusia 26 tahun dan alhamdulilllah dikurnia rezeki kerja tetap dan aku dalam proses untuk berkahwin.
Sebelum aku berkahwin, seperti orang2 lain juga, aku percaya, setiap orang mempunyai pilihan dan karakteristik bagi calon2 yang mereka idamkan untuk dipilih dan menjadi teman sepanjang hayat.
Bagi aku secara peribadi, aku inginkan seorang isteri yang bekerjaya/ bekerja / berniaga.
Semestinya statement aku ini akan mengundang pelbagai persepsi kepada para pembaca, namun, aku harap semua dapat membaca dengan pemikiran terbuka.
Berikut beberapa sebab aku memilih sebegitu;
1. Memberi peluang untuk si isteri mengejar cita2/ impian nya dalam apa jua yang dikerjakan.
2. Si isteri akan lebih connection dengan orang luar, rakan sekerja.
3. Si isteri akan lebih peka pada isu- isu semasa dan terkini (pada aku penting, boleh jadi modal perbualan sebelum tidur etc2).
4. Menghilangkan bosan si Isteri kerana melakukan sesuatu yang menjadi penjana, driven by something to achieve something.
5. Nauzubillah, sekiranya berlaku apa2 dalam perkahwinan kami, isteri mempunyai pengalaman untuk kerja/ survive.
6. Isteri akan mempunyai kewangan yang tersendiri untuk membeli perkara yang diinginkannya (keperluan utama disediakan oleh suami)
7. Sekiranya berlaku apa2 krisis kewangan suami, (mohon dijauhkan), isteri boleh menghulur bantuan melalui hutang (atas budi bicara) daripada si suami mendapatkan sumber kewangan dari familynya, rakan2, atau lebih parah, ah long taiko tai.
Setelah berkahwin, aku juga sedar yang akan ada cabaran apabila dikurniakan cahaya mata, pengurusan rumah tangga, kerja rumah dan sebagainya, InsyaAllah, aku percaya, semuanya ada penyelesaian.
Aku menulis ini kerana aku ada terbaca yang ada segelintir wanita mempersoalkan kenapa lelaki ingin wanita bekerja, dan ini adalah justifikasi aku secara peribadi. Bukanlah aku ingin bergantung kepada kewangan isteri.
Ultimately, pada aku, aku, dan semua lelaki juga mempunyai hak untuk memilih sebagaimana perempuan mempunyai hak untuk memilih ciri2 calon suami nya.
Sekian saja perkongsian dari aku. Maaf sekiranya aku terguris hati sesiapa, bukan itulah maksudku.
Sekian saja dari aku, Phungsukh Wangku Signing off. Assalamualaikum…
– Phungsukh Wangdu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit