Assalamualaikum semua. Haritu aku ada terbaca confession tajuknya lebih kurang macam “Salah ke Jadi Gemuk” (https://iiumc.com/berdosa-ke-gemuk/), kalau tak salah lah. Aku pun lupa. Lepas baca confession tu, aku boleh relate lah dengan apa yang confessor rasa sebab aku pun pernah gak dalam situasi macam confessor tu. Cuma bezanya aku tak gemok, tapi pendek. Seberapa pendek nya aku? Hmmm….
Cop! Before aku teruskan jela-jela, aku nak tanya, kalau orang ejek pendek kira body shaming gak kan? Ke korang rasa tak. Sebab pada aku, kalau ejek tu boleh low kan self confident orang, kira body shaming lah kan? Ke tak? Lantaklah…haha. Ada sebab aku tanya ni, nanti aku cerita kat bawah.
Ok, tinggi aku tak sampai 150cm. Dalam 147cm lebih kurang lah. Dari aku tadika sampai laa, aku paling pendek antara kawan-kawan. Jarang lah nak jumpa lagi pendek dari aku. Kalau ada, boleh buat sujud syukur kot. Haha… Antara adik beradik pun aku paling pendek. Time sekolah rendah dulu tak lah obvious sangat. Yeklah, masing-masing sepesen jek cenonet. Tapi still, aku lah cenonet antara cenonet-cenonet.
Dipendekkan cerita, kependekan aku ni selalu jadi bahan ejekan, bukan takat member2 jek, family pun tag team ejek. Cisss…
Family aku paling kuat bahan. Lagi2 ayah dengan adik aku. Ada ke patut, aku minta tolong capaikan barang atas rak yang tinggi, dorang boleh gelakkan aku. Ada diofferkan nak dukung bagi aku sampai capai barang tu. Paling kejam, offer nak amek tangga bagi aku. Weyhh, seriouslah… Even at last dorang akan tolong ambikkan gak, tapi dengan family ni aku jarang nak menyerah kalah kalau kena ejek. Selalunya aku simpan, tunggu masa yang sesuai. Ada ubi ada batas kan…
Ayah aku boncet. Orang kata boncet lambang kebahagiaan. Tapi untuk aku, tu point untuk lancarkan serangan. Main bola sama-sama, saje lah aku buat carik bola. Pastu marah ayah aku apesal pergi sembunyi bola dalam baju. Pergi laut, sajelah aku tanya buat apa boya dok dalam baju. Ayah aku ni pesen rajin joging. Balik joging dia akan cakap “macam dah kecik sikit lah perut”. Kadang tak nak jadik anak derhaka, aku sedapkan hati dia, “ada lah kurang 1 cm”.
Tu baru part ayah, part adik lagi durjana. Adik aku ni spesis adik derhaka. Aku jenis suka pakai kasut tinggi. Adalah time kitorang amek gambo sama, dia boleh tengok aku atas bawah pastu cakap “dah pakai kasut tinggi pun still pendek”. Pastu nak jadik adik mithali punya pasal, dia rendahkan badan dia, konon nak sama level dengan aku lah. Siot jek…
Adik aku ni gemok. Bersyukur lah tak payah susah aku nak carik point. Selalu kalau aku geram sangat aku cakap dia anak lembu, sebab dari baby minum susu lembu. Kadang ada masa aku tukar sikit cakap dia ni anak tertukar. Sebab adik beradik aku, takde yang besar-besar. Tapi jenis adik aku ni pandai twist. Selalunya kalau dia twist aku kalah lah. Dia cakap aku anak terbuang, mak ayah tak sayang sebab tu tak cukup makan. Weyhhh…aku kakak kot. Bagi can lah aku menang..kan?
Ok, tu baru part family. Part family ni sebenarnya tak bagi efek kat aku pun. Pesen satu family main ejek – ejek. Mak aku selalu jadik referee lah. Dia tak join, tukang gelak jek. Kalau dia join susah gak, serba salah lak masing2. Syurga tu.. Hahaa…
Time aku sekolah rendah pun tak berapa nak efek. Even aku paling, cenonet, aku aktif wakil sekolah hoki, netball, olahraga. Pengerusi kelab itu ini lagi. Cikgu-cikgu pun tak bias, tak pernah jadik isu pun kependekan aku ni. Kawan-kawan panggil pendek, ke rendang ke, tak berkudis pun aku sebab confident level aku sangat tinggi time ni. Yeklah even cenonet, aku still diberi peluang untuk tunjukkan bakat yang aku ada. Tak down pun orang nak gelar ape pun.
Masuk sekolah menengah aku dah sikit-sikit rasa down. Waktu ni kan tumbesaran masing-masing laju mencanak. Tapi aku, rak tu jugak. Tak tambah-tambah. Kalau pokok mungkin silap baja, ke tak baja langsung. Kalau manusia, kenapa ye? So time ni kependekan aku sangatlah menyerlah antara yang lain.
Aku still join olahraga, tapi tu jek lah yang boleh. Aku ingat lagi time pemilihan untuk wakil sekolah netball. Aku memang all out, semua teknik yang aku belajar, aku apply sehabis baik. Member pun puji, suka tengok aku main. Sampai part announce, cikgu boleh bagi alasan “saya tak boleh pilih awak sebab kalau player lawan tinggi, dia boleh rampas bola dari awak”. Seriously cikgu! Netball ada teknik pass bola kat bawah dengan side kot. Takpelah dah itu cikgu cakap, dia lagi tau kan.
Then satu lagi masa pemilihan kawad. Aku hampir-hampir ditendang untuk jadi water girl. Citer dia, senior aku cakap aku pendek tak sesuai duduk dalam baris (well actually dia nak masukkan member dia). Weyh…seriouslah. Penat kot berlatih pagi petang siang malam. Time ni aku sangat bersyukur, sebab member-member back up aku. Aku kawad, tangan paras dah, kaki pacak tumit dah, silap cuma pendek jek. Tak kan nak kawad pakai heels lak kan. Pakai heels pun still pendek… Hahaha.. Tapi merasa gak lah jadi water girl dalam seminggu.
Dalam seminggu tu aku doa gila-gila weyh macam nak exam, minta Allah bukak kan hati dorang jangan buang aku dari baris. Kalau dorang buang gak, surely aku akan down sepanjang hayat jadi pendek. Then after seminggu aku dapat masuk balik. Member senior tu tak jadi masuk, tak sampai hati katanya. Alhamdulillah…. Tak jadi down…
Member-member ejek aku dah lali dah. Member aku relaks jek nak belikan tangga takut aku tak sampai nak gantung baju kat locker besi asrama. Dah tu, bila pendek, kan langkah jadik kecik kan. So kalau jalan dengan member selalu lah tertinggal, dah member kena tunggu, kadang dorang kena ‘pungut’. Tapi dalam tunggu tuh piau gak lah kena. “Pendek, jalan cepat sikit boleh tak?”, depan orang ramai.
Ada yang saja ajak lumba lari depan orang ramai padahal tinggi dia nak dekat 2 kali ganda aku. Sabo jek lah… Tapi all the time tak amek hati pun. Kadang ada terguris, tapi aku sedapkan hati, dorang gurau jek tu. Chillex sudah. Kira bab ejek ni aku boleh kawtim arr, asal tak sampai buli sebab aku memang tak boleh tolerate buli.
So, masa kat U, berbekalkan azam taknak kena buli & untuk naik kan balik self confident, aku nekad join unit beruniform yang jenis banyak aktiviti lasak. Satu lagi untuk kuatkan resume aku, sebab bila pendek ni, pergi interview orang tak konfiden sangat. Pendek-pendek ni tahan ke buat lasak2, boleh ke panjat tinggi2 (impression yang aku selalu dapat, tapi tak lah dia highlight pendek).
So bila aku join aktiviti lasak, kira macam nilai tambah untuk resume aku. And above all, aku nak buktikan kat semua orang, orang pendek ni boleh buat semua benda yang orang normal/tinggi boleh buat. Cuma kitorang punya cara maybe a bit lain dari orang lain. Contoh kalau nak capai barang tempat tinggi, orang lain jenjet dah boleh sampai, kitorang kena ambil kerusi, panjat baru sampai. Kitorang boleh sebenarnya cuma kena ada will and extra effort.
Bila aku masuk unit beruniform ni, kitorang semua dilayan sama rata. Kecik besar kurus gemok tinggi rendah semua kena buat benda yang sama, dapat peluang yang sama. Aku ingat lagi ada sekali kitorang kena rentas sungai, jalan dalam sungai. Orang lain semua parat dada, aku jek parat hidung. Jurulatih aku biokan jek. Dia sebenarnya nak tengok survival instinct dengan kerjasama kitorang.
Memula tu aku jerit gak lah, panik nak lemas dah. Aku kesian kat member2, penat weyh rentas halangan, tak kan nak dukung aku lagi. Aku jenjet jek sepanjang dalam sungai tu. Sampai 1 tempat makin dalam, jenjet pun tak lepas hidung, kebetulan ada tali atas aku. Terus aku lompat kat tali buat monkey crawl sampai tempat yang cetek sikit.
Macam aku cakap, orang pendek ni boleh, cuma kena extra effort sikitlah. Sebenarnya banyak momen2 yang aku belajar and at the same time buktikan yang pendek still boleh perform. Tapi kalau cerita, sampai raya tak habis confession ni. Dipendek kan cerita, dan aku berjaya habiskan 3 tahun unit beruniform, sampai lah ditauliahkan. Dapatlah rasa jadi pegawai yang pendek. Alhamdulillah…
Ok, aku rasa macam dah bebel panjang sangat ni. Tapi before tu, ingat lagi tak awal2 tadi aku ada tanya ejek pendek ni kira body shaming ke tak. Ok camni, dulu aku ada sorang kawan yang agak berisi. Dia selalu gak kena ejek dengan laki lah selalunya pastu dia down sangat. Aku try lah pujuk cakap tak payah ambik hati, jadikkan ejekan tu satu motivasi untuk berjaya.
Then aku cakaplah, at least kalau badan besar, kawal makan, eksesais boleh kurus. Kalau pendek macam aku, makan appeton pun dah tak jalan dah. Pastu ada lah member menyampuk cakap, “pendek isu tak sebesar gemok pun”. Aku tak tahulah, aku rasa dua2 pun body shaming sebab dua2 pun buat orang yang kena ejek down. Maybe spesis pendek macam aku ni kategori rare, so orang tak ambil peduli. Macam overweight ni common and hampir setiap rakyat Malaysia ada isu ni (even yang kurus pun, salah angle sikit dah claim gemok).
Point aku satu jek, tak kisahlah ko gemok ke kurus, tinggi ke pendek, hitam ke putih, even kalau ko ada different capabilities sekali pun, jangan pernah rasa down, yang penting jangan jadikan alasan untuk berjaya. Bab confident level ni, sebenarnya terletak kat hati dan akal kita sendiri. Kalau kita membenarkan kata-kata orang efek kehidupan kita, maksudnya kita belum cukup kuat. Cari jalan untuk tonjolkan kelebihan diri supaya orang tak fokus pada kekurangan kita.
Orang nak ejek biarkan. Kalau rasa tak tahan, balaslah. Nak balas banyak cara, sama ada balas dengan emosi atau kau reverse psychology. Kalau aku senang, dengan family aku balas balik. Benda boleh ajak gurau, takyah ambik serius. Lagipun air dicincang kan tak putus. Dengan member, kalau aku tak nak bahan balik, aku divert dengan kejayaan aku. Bagi diorang jeles.. Hahaha
Untuk confessor “salah ke jadi gemok”, tak salah pun gemok. Yang salah, bila ko biarkan “gemok” tu “makan” ko. Renung-renungkan dan selamat beramal…
Salam Ramadan!
– Jaguh Pendek (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit