Salah Ke Tak Declare Diri ‘janda’?

Okay, bagi aku ni topik general tetapi agak berat bagi aku.

Aku tak suka dengan tittle/gelaran ‘Janda’. Apa-apa gelaran pada kaum wanita seperti Andartu dan Janda dan ‘lain-lain’. Aku tak suka. Bagi aku gelaran ni merendahkan diri dan maruah seorang perempuan.

Aku berumur 29. Tahun depan 3 series. Tak muda tapi hampir tua. Keluarga aku ramai belum berkahwin, makcik, pakcik, abang kakak 5 orang, mereka ni berfikiran ‘single for lyfe’, ‘single is happier’.

Keluarga kami bahagia tidak berkahwin. Keluarga kecil, lepastu tak nak kahwin sebab kahwin ni ‘susah’ dan ‘mahal’.

Dan aku, sebagai wanita yang nak pecahkan tradisi keluarga aku, buat keputusan untuk berkahwin masa umur 22.

Masa darah masih muda, masa jiwa tu sungguh2 bercinta, sungguh nak kahwin, sungguh2 lah pujuk rayu ibu bapa untuk senangkan agama atas alasan ‘elak dosa’.

Kami kahwin selepas setahun bercinta, tiada majlis tunang hanya proses hantar cincin risik pada hari raya dan kami urus sendiri dari tarikh dan bayaran.

Hantaran pun aku tak minta, tapi diberi 10k. Syukur dapat duit ni aku berjoli travel sana sini hihi.

Kami pilih tarikh nikah, dan kami buat kenduri se’simple’ mungkin yang akhirnya berjumlah RM40k (termasuk chip-in dari ibubapa kedua belah pihak RM10k).

Duit hangus untuk semua urusan kenduri. Duit salam 12k kami simpan sorang 6k. Kenduri yang kami idamkan ‘simple’ bawah 10k menjadi kenduri ‘reunion’ ibubapa kedua belah pihak. Takpe kami faham.

Plan asal kami 10k kenduri, 20k hidup jadi suami isteri selepas kenduri. Mana nak sangka, hujan lebat puting beliung dari pagi ke petang.

Kami struggle untuk hidup selepas kenduri. Adakah sebab kami tak direstu? Atau rezeki disekat? Atau kami tak redha dengan keputusan ibubapa kami?

Kami bercerai bila umur aku 24. Aku tak nak cerita kenapa kami bercerai. Aku silap kahwin dengan lelaki yang basuh pinggan sendiri pun tak nak, apetah lagi nak cuci toilet dan mop lantai rumah.

Sesungguhnya aku penat 2 tahun ‘masuk’ dalam keluarga yang agungkan lelaki sampaikan spender sendiri tak reti nak cuci.

Keluarga ni tak terima perempuan berideology macam aku, kononnya aku ni terlalu garang/ lantang/ tak hormat suami. Kononnya aku ni terlalu open-minded sampaikan tak boleh terima ‘tradisi’

Sorry, aku bukan perempuan yang boleh terima perangai hawau tak reti nak berubah. Aku isteri, bukan maid atau mak kau. Jadi aku angkat kaki, gerak. Move on.

Duit aku cari, beras kadang aku beli, ayam aku beli, aku yang masak dan unifi aku yang bayar. Beriya la lelaki dengan ayat keramat ‘beras aku beli bil aku bayar’. Puih. Aku pun kerja?! Aku pun tolong bayar bil?!

Ok tu bukan isu aku. Maaf lari tajuk. Isu aku, selepas aku pilih untuk cerai takda anak dan move on, aku perasan yang perkahwinan berharga 100k untuk 2 tahun ni hanya sekadar tulisan atas sekeping kertas.

Aku mengalami masalah bila nak cari kerja baru, masalah declaration harta, masalah bantuan rakyat, masalah itu dan ini hanya kerana sekeping kertas.

Bantuan rakyat tak dapat sebab ‘tiada tanggungan’ dan pernah juga sebab ‘suami telah memohon bantuan’ walaupun dah declare bercerai.

Sedih, dia dapat bantuan as ketua keluarga, banyak pula tu, aku tak dapat walaupun cuba memohon sebagai rakyat bujang.

Dengan sekeping kertas dan title ‘janda’ tu, aku hidup dalam bubble masyarakat yang skeptikal. ‘Oh, dia ni janda, pernah kahwin’.

Kalau tanya kenapa bercerai tu aku boleh terima lagi, boleh jawap openly tiada kesefahaman, tapi bila kena setepek ‘janda la kau ni skrg’, pedih ye.

Hina ke ‘janda’? Tak ada anak pun tapi masyarakat masih skeptikal, macam golongan janda ni tak diterima masyarakat majority.

Cuba bandingkan dengan lelaki (gelaran duda)? Siapa je pandang lelaki ‘duda’ ni sebagai lelaki pernah berkahwin? Pandangan masyarakat untuk lelaki macam ni, mereka semua bujang walaupun dah ada anak!

Jadi aku hidup sehingga kini tak declare kat tempat kerja baru yang aku ni janda pernah berkahwin divorce yadaa yadaa.

Semua pandang aku as wanita bekerjaya, single, cantik, educated. ‘Bila nak ada boyfriend’ soalan yang aku selalu dapat.

Tapi semuanya berubah bila aku jumpa lelaki yang aku rasa nak serius dalam hubungan.

Jumpa mak bapak dia, dorang boleh reject aku selepas lelaki tu bagitau aku ni janda. Mereka kata, pilihlah yang dara, kau tu pun lelaki muda. Kenapa pilih berkawan dengan janda, kami tak terima. Lah drama melayu.

Aku move on. Jumpa lagi lelaki lain, pun sama. Ye la bang kau bujang je la sampai tua. Jumpa lagi lelaki lain, pun sama, taknak janda nak anak dara je. Tak sempat jumpa mak bapak pun. Kahh.

Tahun ni, aku tak declare aku ni apa. Serik. Jumpa pula lelaki yang jauh sangat baik. Aku reject dia awal2, dia merayu, dan aku terus terang. Dia cakap, apa ada dengan gelaran? Jadi aku pilih dia.

Dan kami ada bincang untuk berkahwin sebab tahun depan aku dah 3 series. Dia kata, nak bagitau pada ibu bapa dia. Aku sekarang panic. Patut tak declare? Tak declare macam menipu, kalau cakap takut kena reject lagi.

Aku tak nak keluarga ni pandang aku as ‘orang yang pernah bercerai/janda’ sebab kalau kami jadi berkahwin, gelaran tu melekat sampai bila2 sebab itu la pandangan mereka terhadap aku.

Aku tak bahagia bila aku declare aku janda pada mereka. Dan, korang rasa mereka nak bagi ke anak bujang mereka berkahwin dengan aku?

Bila persepsi masyarakat nak berubah, bila pemikiran masyarakat nak maju ye. Dah nak 2024 dah ni.

Aku nak kahwin lagi sekali tapi aku masih panic bila tengok kertas cerai tu. Kenapa la susahnya urusan agama. Bila aku cuba senangkan, makin lama makin susah. Ujian atau realiti? Entah.

Sekurangnya aku tak caras laki orang..

– Hanabi (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *