Salah Keturunan Siapa

Aku ada cerita tentang keluarga aku, bacalah.. tak panjang mana pun.

Aku ada seorang akak, angah aku dia berkahwin. Dari luar kami tengok okay tak ada masalah.

Lepas berkahwin angah aku ikut suami dia tinggal dekat negeri lain. Lepas 3 tahun berkahwin akhirnya mereka berdua dapat anak.

Selepas anak angah aku makin membesar bila dah check akhirnya doktor sahkan yang dia ni ada autism.

Bila dapat tahu berita tu keluarga kami dan keluarga ipar akak aku okay tak ada masalah kira semua okay macam, “dah tuhan nak takdirkan kita berserah je lah”

sampai sekali ni. hari jadi anak akak aku, buat dekat rumah akak. Jemput lah saudara mara. Baik belah kami atau belah ipar akak aku tak ramai mana yang dekat-dekat boleh datang.

Kalau yang ada anak spectrum ni tahulah macam mana diorang ni. Jadi anak angah aku dia meltdown. Habis benda depan dia kena sepak terajang. Hadiah tu semua dengan menjerit.

Angah aku sibuk pujuk dia tahan kasi tenang tapi memang tak dapat.

Yang suami dia pula sibuk membebel dekat angah aku cakap “ha habiskan tu semua dengan makanan ha sepak lagi”

Jadi semua fokus makan mana lauk yang ada tu. Akhirnya anak angah aku stop dan dia tidur.

Tengah sibuk mengemas ni tiba-tiba mak ipar angah aku dia terlepas cakap.

Tengah kemas ni dia cakap dekat anak dia (suami akak aku) “apa jadi anak kau ni Zam, dosa apa sampai dapat anak macam ni”

Lepastu dia membebel cakap “ini sebab keturunan ni, keturunan kita tak ada. Keturunan bini kau mak tak tahu”

Kena pula kak long aku dengar waktu tu terus panas. Kak long aku entah bila dia buat, dia ambil ipad ni dan sambil tu dia cakap “aku sebenarnya malas nak cakap sini aku tunjuk”

Jadi kak long aku dia tunjuk “ha ni keturunan kau, belah saudara atuk kau, ada 2 orang down syndrome.

Lepastu dia tunjuk keluarga diorang yang belah lain jauh “ini keluarga ni sorang anak dia autistic” semua ni darah daging keluarga ipar akak aku.

Abang ipar aku terus, “kau dapat mana ni menipu je tak betul, kami kenal pun tidak diorang ni”.

Kak long aku cerita dia dah lama kumpul benda ni sebab dia banyak kali dengar keluarga ipar akak aku berbisik-bisik salahkan keturunan kami punca anak dia macamtu.

Along aku pun sambil dia tunjuk macam susur galur keluarga kami.

Kami ni agak bernasib baik sebab arwah atuk dia memang ada record dari gambar, tulisan dan dokumen susur galur kami.

Along aku pun tunjuk ini moyang kami waktu zaman penjajah.

Ini anak beranak pinak diorang tak ada sorang kena down syndrome ke autism ke atau penyakit genetic lain.

Siap along emphasize kan “darah kami bersih ye sebab kami ada record, keluarga engkorang ada tak?” Terus terdiam.

Waktu ni keluarga ipar akak aku memang sebolehnya denied. Cakap menipu, akak aku buat rekaan. Sampai akak aku keluarkan dokumen/ gambar/ surat beranak lama. Baru diorang macam tergamam.

Kami tanya lah along aku macam mana dia kumpul benda ni. Dia cakap ada bayar orang hustle carikan maklumat macam ni.

Dia cakap penat tengok ipar akak aku asyik double meaning pasal anak aku nak salahkan yang macam keluarga kita ni darah daging hina. Dia cakap dari status wasap, dari twitter, Facebook, insta story.

Akhirnya, tak sampai sebulan lepas tragedi tu bercerai angah aku dengan suami dia.

Angah aku sendiri pun cakap dia selama ni penat juga tahan suami dia asyik mengata pasal anak sendiri siap salahkan keturunan, tapi sabar je lah ingatkan anak lepastu sayang nak bercerai.

Waktu bercerai tu sombong kemain cakap “bawa anak engkau sekali” sejak haritu angah dengan anak dia duduk dengan kami.

Tenang sahaja, anak saudara aku ni kalau yang ada saudara mara spectrum macam ni tahulah ragam dia macam mana tapi selalunya diorang tenang je.

Kalau meltdown baru itu je yang kena pandai urus sekarang pun dah bersekolah.

Awal tahun 2020 bekas ipar kakak aku melahirkan anak dan anak dia ni lahir down syndrome.

Yang kasitahu ni kak long aku, dia pun tunjuk satu posting fb private tapi entah macam mana dia boleh friends dengan akaun tu.

Tulis panjang cakap “dah rezeki tuhan kasi anak syurga yang tak sempurna” kami kesian tu iyalah kesian dekat budak tu je lah tak bersalah.

Tapi dulu waktu anak saudara aku tak habis dia buat lawak asyik ulang ayat “cacat ke kau ni” dengar cerita tup tap awal tahun ni bercerai.

Aku dengan keluarga yang lain memang malas macam nak mengata sangat. Tapi kak long aku ni jenis berdendam.

Dia siap hantar wasap dekat nombor bekas mak mentua angah aku. Dia tulis “tahniah mek dapat cucu baru”.

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *