Salah Orang Tua, Tapi Anak Jadi Mangsa

Assalamualaikum, saya merupakan anak kedua. Selepas ayah saya meninggal pada Ramadhan tahun 2017 yang lalu, saya lah yang tinggal bersama mak dan juga 4 lagi orang adik.

3 masih bersekolah, manakala adik saya yang ketiga merupakan OKU selepas terlibat kemalangan. Dia tidak boleh berjalan seperti biasa, tempang. Dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan kerja. Saya juga ada mintak bantuan dari JKM untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemampuannya. Namun masih belum mendapat rezeki.

Kakak sulung saya dah berkahwin dan kini tinggal bersama suaminya. Dia ada juga memberikan duit bulanan tapi memadai untuk membayar separuh saja dari sewa rumah. Saya faham memandangan kini dia sudah berkeluarga, ada komitmen lain yang perlu dilakukan.

Selepas ayah tiada, sayalah yang selalu bersama ibu. Kalau gaji saya akan membawanya ke mall berdekatan. Tapi tidaklah berbelanja baju baru dan sebagainya, sekadar membeli barangan rumah bulanan.

Ibu saya pernah memberitahu sewaktu kami duduk berborak bersama. Dia berharap calon suami saya nanti bukanlah orang yang duduk jauh dari kawasan tempat tinggal kami kerana tak nak berjauhan dengan saya.

Setelah beberapa bulan, saya mengesyaki ibu saya seperti mempunyai hubungan dengan lelaki. Saya berbincang dengan kakak sulung, sekiranya betul ibu dah ada pilihan, kami bersedia untuk menerima. Tapi adik-adik saya akan jaga kebajikan mereka, sebab saya tidak mahu adik-adik saya menjadi bebanan pada suami baru ibu saya.

Apabila saya berbincang dengan ibu dia sekadar senyum dan mengatakan andaian saya adalah merepek. Saya lega dan hidup kami berlalu seperti biasa.

Sehinggalah satu hari ibu saya pulang agak lewat, saya risau dengan keadaan yang akan hujan lagi. Dia hanya menaiki bas untuk keluar. Perangai ibu banyak berubah. Terlalu kerap memegang HP, dan selalu berselindung apabila di tanya dan tak suka jujur dengan kami adik beradik.

Sehinggalah pada suatu hari, ada khabar dari kejiranan yang bercerita bahawa kami menghalau ibu keluar sekiranya ibu berkahwin lagi. Kemudian saya sendiri bertanya kepada ibu. Dia menangis dan mengatakan kami menghalang kebahagiannya dan menganggu privasi hidupnya.

Ibu memanggil saya anak derhaka. Sedih saya mendengar pengakuan ibu. Saya geram dan mengambil beg keluar dari rumah. Adik-adik menyaksikan sambil menangis. Kakak pun saya tak beritahu. Saya berjalan dalam kepekatan malam dan menumpang tidur di rumah bujang seorang kenalan perempuan saya.

Hp saya berdering dari malam sampai keesokan harinya, namun tiada panggilan daripada ibu. Dulu masa saya balik kerja lewat sikit pasti ibu akan menelefon bertanya bila saya akan pulang. Kini segalanya berbeza, Saya hampir tidak kenal ibu saya.

Di pendekkan cerita, saya telah berpindah ke rumah lain. Ibu saya berkahwin pun dia tidak mengkhabarkan kepada kami yang dewasa kecuali adik saya yang OKU. Adik-adik yang lain pun tak tahu sebab masa ibu bernikah kami berjalan raya ke Melaka. Lebih terkejut, saudara mara dan kakak kepada ibu pun tidak tahu.

Kini setelah berbulan-bulan ibu berkahwin, suami barunya belum lagi berjumpa kami semua. Tapi ibu kerap bercerita pada orang-orang yang kami salah dalam segala perkara. Kami hanya mengadu pada ibu saudara kami sahaja. Dan ibu saudaralah dan makcik belah bapa lah yang banyak membantu kami menghadapi situasi ini.

Alhamdulillah rezeki Allah, kini saya mempunyai kereta sendiri. Bantuan Allah tiba saat saya tak ada apa. Apa sepatutnya yang kami perlu buat? Salam minta maaf sudah, walaupun ibu dah berkahwin, tapi kakak tetap memberikan duit bulanan lagi pada ibu seperti biasa.

Kami buntu, jalan penyelesaian makin rumit dengan keegoaan ibu yang hanya berkongsi cerita dengan jiran yang rapat dengannya sahaja. (bawang army)

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *