Salam semua. Terima kasih admin kerana kongsikan isu ini dan hide profile saya. Saya nak minta pandangan semua,
Saya ada booking katering untuk majlis akikah anak saya yang sepatutnya dijadualkan pada oktober 2020 lagi.
Tapi disebabkan pelaksanaan PKP 2 minggu sebelum majlis dan larangan untuk mengadakan majlis ketika itu maka majlis ditangguhkan.
Pihak katering telah dimaklumkan 2minggu lebih awal dan mereka maklumkan deposit akan simpan dan tak burn memandangkan tiada persediaan lagi dibuat dan lagipun ianya adalah perintah kerajaan.
Mereka juga bersetuju untuk tangguhkan majlis sehingga tarikh yang dipersetujui.
Setelah kelonggaran untuk majlis diberikan, saya ada hubungi pihak katering semula untuk maklumkan tarikh majlis yang baru iaitu pada oktober 2021 dan november 2021.
Namun dimaklumkan semua majlis yang ditangguhkan akan postpone sehingga tahun berikutnya,
Iaitu 2022 kerana pihak katering tiada modal untuk rolling dan telah menggunakan wang deposit tersebut untuk cover hutang mereka yang ditanggung disebabkan pkp.
Walaupun ralat saya memahami keadaan mereka dan bersetuju untuk tangguhkan majlis.
Pada awal Januari 2022 lalu saya ada menghubungi mereka semula melalui whatsapp untuk membincangkan tarikh namun hanya blue tick dan tiada respond diterima.
Suami dan keluarga memutuskan untuk meneruskan majlis tersebut secara kecil memandangkan pihak kami telah berulangkali minta penangguhan dengan pihak kambing aqiqah sampai dah naik segan.
Kami masak sendiri dan makanan dihantar ke sekolah tahfiz dan surau sahaja memandangkan tidak dapat masak dalam kuantiti lebih.
Alhamdulillah pihak kanopi memahami dan setuju untuk kembalikan deposit. Rezeki untuk pihak kanopi krn setelah mereka kembalikan deposit, rakan saya telah menggunakan perkhidmatan mereka setelah saya rekomen kan.
Pasa pertengahan Februari 2022 saya ada menghubungi pihak katering semula untuk bertanyakan status deposit.
Pada awalnya mereka berjanji untuk mengembalikan deposit secara ansuran namun pada tarikh bayaran yang dijanjikan tiada sebarang bayaran dilakukan dan tiada whatsapp diterima.
Setelah didesak, saya pula yang dipersalahkan kerana tidak follow up dengan mereka pada tarikh majlis sedangkan untuk membincangkan tarikh pun mereka tidak respond.
Perbincangan tersebut juga berlanjutan sehingga saya maklum jika tiada respond saya akan viralkan dan bawa kepada tribunal setelah mereka seolah-olah mengejek saya untuk menuntut kembali wang deposit.
Mereka akhirnya membayar RM200 dan bersetuju untuk baki RM300 lagi akan dibayar pada 30 mac,
Namun sehingga tarikh tersebut tiada sebarang bayaran dibuat sedangkan saya telah menghantar whatsapp reminder dari tarikh 25 march lagi.
Pada 2 april, mereka sekali lagi mengejek saya apabila maklumkan ‘nanti2lah nak melayan awak, dan ahlong minta duit pun die tak layan….” dan pelbagai lagi kata makian di hantar menerusi voice note.
Saya masih bersabar dan cuba berbincang dengan baik.
Akhirnya, saya bersetuju setelah die berjanji untuk membayar RM100 dahulu dan membayar baki RM200 selepas raya. Namun masih berulang, tiada bayaran dibuat sehingga kini.
Pada 3 april saya bertanyakan semula hal bayaran dan saya dimaklumkan kereta die rosak dan bayaran akan dibuat setelah selesai hal tersebut.
Saya masih bersabar dan cuba memahami memandangkan kesulitan yang dia alami. Namun seperti biasa kesabaran saya di mainkan apabila sehingga kini tiada sebarang bayaran dibuat. Whatsapp saya juga tidak dibalas.
Tujuan saya kongsikan perkara ini bukan lah kerana ingin menjatuhkan perniagaan mereka atau mengatakan mereka ini scammer kerana saya yakin banyak lagi majlis dijalankan dengan baik.
Saya juga biasa berurusan dengan banyak pihak katering lain setiap tahun untuk majlis-majlis di pejabat saya, namun untuk kali ini, saya tidak bernasib baik.
Isu ini telah saya bertanyakan kepada rakan yang pernah berurusan dengan pejabat tribunal, segala screenshot mesej, resit ,invoice ,voicenote telah disimpan untuk saya buat aduan.
Cuma saya nak tahu dari perspektif pihak katering, adakah salah pelanggan sekiranya pihak katering yang minta penangguhan majlis kerana telah menggunakan duit pelanggan untuk cover hutang katering. Dan deposit pelanggan itu akan burn?
Jika ya, saya akan give up dah tidak lagi menuntut baki deposit tersebut namun untuk menghalalkannya memang tidak kerana kami juga terkesan dengan pkp, banjir,
Dan duit yang dicari adalah dengan hasil usaha kami dan bukan saya yang membatalkan majlis daei awal sebaliknya mereka yang minta penangguhan tarikh.
Jika tidak, saya akan membawa hal ini kepada pihak tribunal. saya tidak akan mendedahkan nama katering tersebut kerana saya juga tahu mereka juga perlu duit untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.
Namun murahkan lah tutur kata maaf tu keluar dari mulut jika silap tersebut berpunca daripada kalian. Ingat, layani dan hormatilah orang lain bagaimana kalian ingin dihormati.
Salam Ramadhan.
– Ida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit