Salam, Hi semua. Bismillah, everyone ada kisah tersendiri tapi untuk diri saya sekarang tak sangka ujian ini untuk saya. Dia datang betul-betul lepas saya balik dari Umrah.
Sebelum umrah memang dah ada orang mintak saya buat keputusan dan saya decide nak fokus umrah balik nanti saya buat keputusan untuk terima dia ke tak. Tapi maybe Allah nak tunjuk so Laki A ni dah diam dan mungkin hati berbolak balik jadi saya diamkan diri sahaja.
Selang seminggu lepas balik Laki C datang bagitahu dia betul2 sukakan saya dan ikhlas nak jadikan saya isteri. Sebenarnya C ni kawan sekolah saya so memang kami selalu contact tapi sebagai kawan.
Nak jadikan cerita dia betul2 bagitahu dia nak jadikan saya isteri dan dia serius. Saya? Gelak2 dan cakap dia salah buat keputusan ke? Dia cakap memang dia dah fikir masak-masak sebelum meluahkan dekat saya.
Then saya decide untuk mintak doa dan tanya pendapat kawan2. Most of them semua setuju sebab C ni baik sangat takde perangai and saya cakap okay kita kawan sampai kahwin and kami declare tapi versi private.
Then selang lepas tu dia mintak izin makayah saya untuk berkawan dengan saya dan dia serius suka saya. Parents saya? Apa lagi memang suka dia sangat boleh dikatakan dia lelaki yang baik dan bakal suami yang baik. Then saya jumpa juga family dia and family dia pun okay.
Hubungan kami direstui oleh dua2 belah pihak kami PJJ. Dia kerja timur saya selatan. Kami berjumpa boleh kira berape kali sahaja itupun sebab dia ambik or hantar saya ke setiap kali balik.
Then dia dah tanya saya pasal hantaran, tunang and kami dah bincang pasal kahwin. Dia dah beli cincin tunang juga, dia beli dengan mak dia. Dia ada cakap nak saya cuba nanti. Saya keep on terasa sebab dia macam busy sangat?
Saya mungkin naif dan terlalu baik cuma bersangka dia busy dengan kerja dia. Cuma menanti dia free, berlalu seperti sedia kala.
Dalam perkenalan kami, dah ada lelaki cuba untuk kenal dan saya reject dengan baik saya dalam fasa mengenali kawan saya.
Satu hari dia tiba2 cakap dia tak baik, dia banyak buat dosa. Dia cakap benda ni effect hubungan saya dengan dia. Saya minta dia jujur sebab saya memang seorang yang pendengar. Mungkin salah saya minta dia jujur?
Rupanya dia mintak maaf dengan saya, dia cakap dia “Tak Straight”. Luluh hati saya menangis, dalam hati Ya Allah kenapa saya? Kenapa saya dipergunakan? Apa salah saya? Keep on sebut dalam minda and kami oncall. Dari suara dia saya dengar macam sedih and sayu lepas dia jujur.
Dia cakap dia tak nak nanti saya yang tak okay lagi sakit lepas tahu masa tu dah kahwin. Tapi apa salah saya dipergunakan? Kenapa? Kenapa hadir kalau tahu dah tak mampu. No one tahu dia macam tu kecuali saya.
Apa saya buat? saya menangis je, mintak Allah bagi petunjuk. Saya text dia saya cakap if betul dia berubah saya nak tolong dia. Btw dia seorang lelaki yang sangat baik, boleh dikatakan bukan jenis sosial.
Then saya ajak berjumpa dan kami bincang saya cakap saya betul2 nak tolong dia. Dia terima saya nak tolong and kitorang keep on macam biasa kawan.
Sampai lah satu masa, saya rasa kenapa saya je beria? Padahal dia yang approach saya, rasa mcm penat dan sedih sangat. Saya decide untuk stop bagi ruang untuk dia if dia sendiri tak nak tolong diri dia apatah saya .
Kami diam tanpa contact, sampailah saya warded. Doktor sahkan saya sakit, luluh hati menangis je dekat Hospital then dia call saya tenangkan saya. Emosi semua terganggu lagi2 bila dah terbiasa buat sendiri dan sekarang dah tak mampu lagi.
Dia hadiahkan saya bunga, and saya dipindahkan ke Hospital lagi dekat dengan rumah saya. He the one yang selalu melawat, hantar makanan and everything dia buat untuk saya. Yes emosi sangat tak okay saya just rasa mungkin dia kesian dekat saya?
Malam warded, saya tanya jujur dia saya dengan dia macam mana? Apa yang dia jawab “Kita kawan”, saya tanya kenapa baik dengan saya if dia layan lebih dari kawan? After that saya just cakap lepas ni dah, jangan buat baik dengan saya jangan kesian everything dah jangan..
Dia? say Sorry? After semua benda jadi, lepas saya bukak pintu hati untuk dia. Libatkan all our family? Ya Allah luluh hati saya. So dia balik dan kami diam seribu bahasa.
Dia hanya view story saya dan kami sudah asing. Setiap malam saya tidur dengan bekalan berdoa untuk menguatkan diri, ambik pain killer while him? Happy dan baik2 sahaja.
I keep on keluar masuk ward, while makayah saya tak tahu apa yang saya rasa. Sebab taknak diorang kecewa dengan apa jadi dengan saya.
Satu persatu ujian, redha. Ikhlas.. Sakit hanya Allah yang tahu dipergunakan. Ditipu, dikhianat. Mungkin orang akan cakap takpe Allah dah tunjuk. Yes Alhamdulillah tapi untuk menguatkan diri sendiri masih tak mampu lagi.
Yes saya cakap saya dah benci dia, while him no more sorry and terus membisu. I keep on berdoa semoga Allah bolakkan hati dia dan diberi petunjuk dan hidayah. Setiap malam mengadu dekat Allah, berserah kepadanya.
Tak mampu untuk luahkan dengan orang lain. Tak kuat untuk diri sendiri? Saya keep on tanya adakah saya tak layak untuk bahagia? Apa salah saya?
Kenapa dia hadir, i know kawan saya sedih dengan keadaan saya. Tapi saya tak pernah tunjuk dekat orang betape hancurnya hati ni.
Saya tak mampu untuk kenal/ buka pintu hati ni lagi. Salahkah saya berdoa semoga dia rasa apa yang saya rasa?
Hanya dengan mengenal awak sudah cukup sakit, Zat yang mampu membolak-balikkan hati manusia, semoga lepas ni lenyap segalanya perasaan ini untuk saya.
Qadarullah.. حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Semoga kita tak akan pernah bertemu lagi dan saya serahkan segala kepadaNya apa yg jadi antara kita, Allah tu Maha Adil.
Perkataan mungkin benci jauh dari sudut hati tak pernah saya berhenti untuk mendoakan semoga dia diberi petunjuk dan hidayah. Mungkin dia masih dalam hati saya? Jujur masih menanti untuk dia berubah walaupun kami sudah asing..
Assalamualaikum..
– Pandas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit