Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Cik Na. Aku sekadar nak memberi pendapat sahaja di sebalik pandemik cov1d-19 ni.
Sebelum cov1d-19 melanda Malaysia dan seluruh dunia, pada pendapat aku, manusia lagha dengan keduniaan.
Apabila akhirat seolah-olah kurang diberi perhatian malah banyak kemurkaan yang berlaku, Allah seolah-olah menurunkan wabak cov1d-19 ini untuk memberi peringatan.
Kalau diperhatikan, banyak kemurkaan telah berlaku. Salah satunya, hubungan sejenis di kalangan sesama jantina sangatlah berleluasa di abad ke 21 ini.
Kalau sebelum ini hubungan begini banyak di luar negara, tetapi kini di Malaysia turut terpalit dengan kemurkaan ini, terang-terangan ditonjolkan di media sosial.
Aku berharap kita sama-sama menghentikan atau sekurang-kurangnya dapat memberi nasihat dengan sebaik-baiknya kepada golongan-golongan sebegini supaya berubah dan bertaubat.
Setiap hari pasti kedengaran kematian samada secara mengejut atau telah dikhabarkan doktor tiada lagi harapan. Lalu apa lagi pengajaran yang tuan-puan dapat perhatikan disini?
Seolah-olah Allah sedang memberi peringatan terbesar Dia supaya kita bersedia untuk mengadapNya mungkin beberapa hari lagi bahkan mungkin beberapa saat lagi.
Sudahkan kita bersedia? Apa amalan yang kita bawa ke sana?
Perbuatan khianat, sihir dan sebagainya sering juga kita dengar. Tiba masa untuk kalian bertaubatlah dan meminta maaf kepada insan-insan yang telah anda khianati.
Sesiapa yang tidak pernah solat, mulakanlah langkah kamu. Kepada sesiapa yang tidak pernah bersedekah, mulakanlah sedekah kamu biarpun hanya seringgit dua. Moga sedekah kamu menjadi asbab kamu ke syurga kelak.
Kepada wanita yang tidak menutup aurat, cubalah perlahan-lahan mengubah penampilan ketika ini.
Kepada sesiapa yang minum arak, berjudi, berzina atau melakukan dosa-dosa besar/kecil yang lain, cubalah kamu tahan di saat ini dengan sedaya-upaya dan lakukanlah solat sunat taubat. Semoga kamu istiqamah.
Memang Allah mengurniakan manusia nafsu, tapi Dia juga mengurniakan kita akal fikiran supaya manusia berfikir mana baik, mana buruk, mana yang halal dan mana yang haram.
Pelbagai kitab telah Allah turunkan terutamanya al-Quran sebagai panduan kita.
Bagi umat Nabi Muhammad selalunya tidak seperti umat Nabi-Nabi Allah yang lain. Di mana umat Nabi yang lain, Allah mengurniakan azab serta-merta setelah kemungkaran berlaku.
Tapi umat Nabi Muhammad, Allah selalu simpan sehingga waktu tiba masanya. Tidakkah kalian lihat betapa Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani bahkan Maha Mengampuni.
Berhenti salah-menyalah sesama kita. Semua yang berlaku atas kehendak Allah jua. Akibat wabak cov1d, kita semakin berlumba-lumba menyalah sesama kita. Golongan v4ksin setiap hari bergaduh dengan antiv4ksin.
Parti politik bergaduh sesama parti politik yang lain. Rakyat bertelagah menunding jari kepada kerajaan. Rakyat sesama rakyat pun bergaduh di media sosial, saling mencaci dan mencemuh itu sudah menjadi kebiasaan.
Terlalu berbeza sangat dengan umat-umat terdahulu yang sanggup berusaha beribadah, bergolok gadai hatta terbunuh di medan peperangan demi mengejar syurga akhirat semata-mata.
“Dunia makin menjauh, akhirat makin mendekat”
Ramai merungut sudah lama tak berjumpa ibu bapa dan keluarga. Mungkin ada antara kalian sedang bersendirian.
Ini masanya kita bermuhasabah diri dan dekatkan hati kepada Allah yang maha Pencipta kita. InsyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kalian.
Sesungguhnya tiada sesuatu pun melainkan segalanya Allah yang pegang bahkan hati manusia juga Allah pegang.
Akhir kata, marilah kita kembali ke pangkal agama Islam dan berpegang teguh kepada ajaran-ajarannya, InsyaAllah kita akan diselamatkan oleh Allah dunia dan akhirat.
Marilah kita penuhkan hari-hari kita dengan zikir, solat dan quran sentiasa.
– Cik Na (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit