Salam. Saya isteri. Perkahwinan saya dengan suami dah hampir cecah 9 tahun. Alhamdulillah. Kami di kurniakan 4 saya anak. Bahagia. Walau kadang ada duka. Biasalah. Asam garam rumah tangga.
Saya dengan suami pjj dah 3 tahun. Suami kerja di kl, sementara saya tinggal bersama family di kampung. Anak-anak tinggal dengan saya dan suami kadang-kadang je balik kampung.
Saya sangkakan. Suami baik-baik sahaja di sana. Tak pernah suami tunjukkan. Dia ada masalah. Semuanya dia okay. Rupa-rupanya. Suami jumpa semula dengan dia. Dia. Cinta pertama suami.
Sedang saya membelek-belek phone suami, saya terjumpa. Gambar mereka berdua. Tapi saya diamkan aja. Simpan dalam hati. Tak mahu mencari masalah. Biarlah. Mungkin gambar lama. Saya pujuk hati sendiri.
Hujung tahun 2023, suami akhirnya jujur dengan saya. Mahu memperisterikan dia. Si dia sudi jadi yang kedua. Tapi saya. Tak mampu rasanya berkongsi kasih.
Saya mengamuk. Menangis macam orang gila. Merayu minta jangan di dua. Saya aibkan suami. Saya bagitahu keluarga suami. Saya war warkan di fb. Suami saya curang.
Suami diam je. Dia mengajak saya pindah ke kl bersama dia. Suami kata dia sunyi. Dia perlukan keluarganya disisi. Dia mahu juga. Balik kerja ada anak dan isteri menunggu di rumah. Hari hari makan masakan isteri.
Saya menolak. Ketika itu hati saya masih panas. Masih marahkan suami. Saya minta suami lepaskan saya. Saya berkeras. Saya mahu tinggal di kampung juga. Alasan mama sakit. Alasan susah nak tukar anak sekolah. Alasan.
Kalau di kl suami hanya mampu sewakan flat atau apartment sahaja. Tidak sesuai untuk anak anak saya yang sedang membesar.
Suami diam. Dan esoknya dia balik ke kl. Kerja. Saya minta dia berjanji untuk tidak berhubung dengan dia lagi. Suami angguk sahaja.
Dan hari hari kemudiannya saya lalui macam biasa. Cuba lupakan peristiwa ini. Peristiwa dimana saya hampir di dua.
Tapi. Rupanya suami masih menyimpan hati. Si dia sudah berkahwin baru baru ini.
Ketika suami pulang. Suami salahkan saya. Katanya. Jika saya izinkan haritu. Dia mesti sudah jadi miliknya. Bukan orang lain. Suami bagaikan orang putus cinta. Sugul. Bermuram muka.
Wallpaper hp gambar si dia. Suami terang-terang menunjukkan dia sedang putus cinta. Jika saya tegur. Dia kata. Dia kata dia hanya menyimpan perasaan sorang sorang je.
Lagipun dia sudah berkahwin. Jadi saya tak perlu risau apa-apa dah. Suami hanya pedulikan anak anak.
Bercakap dengan saya pun tak. Tegur pun sebab anak anak. Jika suami sudah pulang ke kl. Sudah tidak ada lagi khabar berita dia. Senyap. Sunyi. Sepi.
Sayakah yang bersalah?
– Orang Orang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
HABIS TU TAKKAN SALAH NETIZEN PULAK KOT , DAH TUA TP TAK CERDIK..MMG PATUT LA SUAMI TU NAK KAHWIN LAIN..
Puan, suami dah cakap, dia sunyi, dia perlukan isteri & anak² disisi. Kenapa ye Puan menolak utk duduk sekali dgn suami? Susah senang sama²? Yg penting ada suami)isteri/anak²..
Jika Puan ada pelbagai alasan utk tidak pindah hidup bersama..tak mustahil suami akan jumpa yg lain pula utk mengisi kesunyian & berkasih sayang.. selebihnya, Puan fikirlah sndr.. sebut cerai tu mmg mudah amat.. tapi alasan cerai tu biar lah yg BENAR. Kalau diri sndr dah tak benar, jgn cari salah org lain pula..
ee selfishnya kamu ni sis. dimadukan taknak, lepastu tanggungjawab/peranan seorang isteri pun tak jalankan. bukankah tempat seorang isteri tu disisi suami? lelaki ni jangan dibiarkan seorang diri sis. ingat, lafaz cerai tu terletak pada suami. dia nak kawin lari pun dia boleh buat. jangan bila dia dah kawin lain, dia ceraikan you baru you nak insaf.. waktu tu jangan nak play victim ye..