Assalamualaikum semua.
Seperti manusia-manusia lain yang dah menjengah usia akhir 20-an, diri ini pun terasa sangat untuk mendirikan rumah tangga.
Cumanya, bila hendak memulakan perkenalan dan persahabatan untuk ke arah perkahwinan, terasa perjalanannya sangatlah sukar. Takut untuk buka hati dan emosi untuk berkenalan dengan lelaki lain.
Sebab sepanjang cubaan perkenalan, terasa sangat takut kalau-kalau perhubungan dengan mana-mana lelaki tak berada dalam batasan syariat, dan risau kalau Allah murka.
Ditambah lagi dengan pengalaman trauma s3xual abuse yang berlaku semasa kecil oleh ahli keluarga sendiri, membuatkan rasa takut dan tak selamat tu bertambah-tambah melampau.
Peliknya dengan lelaki-lelaki di tempat kerja tiada pula perasaan sebegitu, bila dah menaruh hati dan cuba berkenalan, rasa risau tu mula kembali, dan mula lah ghosting lelaki sana-sini.
Lagi-lagi bila ada lelaki yang dah mula beri kata-kata manis dan mula selesa bergurau sepanjang perkenalan, padahal gurauannya pun biasa-biasa sahaja.
Kadang-kadang keliru dengan batas ikhtilat, di mana sebenarnya batas yang perlu dijaga?
Adakah sebenarnya berchat berdua itu okay, adakah keluar melepak beramai-ramai, berhiking, bercampur lelaki perempuan itu sebenarnya okay sahaja?
Bukan nak judge, cuma benar-benar keliru batasnya di mana.
Dan risau juga, sebab sering mengelakkan sebarang aktiviti yang bercampur lelaki perempuan atas sebab takut dan tak selesa tu sebenarnya menutup peluang bertemu jodoh itu sendiri.
Keliru bagaimana sebenarnya cara selamat dan diredhai Allah untuk mencari jodoh ni.
Ditambah lagi dengan pengalaman dikacau pulak dengan lelaki orang, dikenen-kenen etc.
Terbuka hati untuk mencari pasangan pun sebab terfikir, kalau sudah berkahwin nanti mungkin terasa lebih selamat dan tiadalah lelaki-lelaki mengganggu, ataupun dikenen-kenenkan tak tentu pasal.
Kekadang tidak faham kenapa dikacau sebegitu, sebab rupa paras yang ada ni tak seberapa mana pun sebenarnya,
Bertambah lagi kerisauan adakah perangai sendiri sebenarnya mengundang kacauan lelaki-lelaki ni?
Semoga Allah kurniakan rasa selamat dalam nak menerusi kehidupan ini nanti, walaupun tanpa berjodoh dengan mana-mana lelaki.
– Danna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit