Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal pengalaman aku kerja di salah satu tadika swasta sebaik sahaja habis belajar awal januari lepas. Maaf jika meleret. Terima kasih juga pada admin kalau memilih kisah ini untuk paparan.
Cerita aku bermula apabila aku contact seorang kawan lama yang kebetulan kerja di sana untuk bertanyakan tentang kerja kosong. Alhamdulillah rezeki aku murah kebetulan tadika xxxx memerlukan cikgu untuk berkhidmat di cawangan baru mereka.
Kebetulan pula aku masih dalam tempoh latihan praktikal. Cadangnya nak kerja lepas aku viva (presentation lepas habis praktikal) sebab nak prepare untuk siapkan slide and report bagai. Tapi minggu last aku praktikal tulah juga masa sesi persekolahan bermula. Nak taknak aku terpaksa datang.
Macam tadika biasa. Pagi-pagi tugas aku dan lagi 2 orang cikgu mengajar
budak2 sampai jam 12. Lepas itu uruskan pula mereka untuk mandi , makan dan seterusnya tidur. Tepat jam 4 kami kejutkan untuk mandi, makan petang dan membaca. Then aktiviti bebas sementara menunggu parents diorang ambik.
Seriously kalau tanya aku, penat gila. Penat fizikal dan mental. Balik jam 7, aku mandi , solat terus tidur. Makan malam memang bye-bye lah selama seminggu tu.
Nak dijadikan cerita seiminggu lepas tu aku mintak cuti untuk present viva. Okay bos aku bagi. Aku pun balik kolej dengan report siap separuh dan slide haram tak siap padahal dah hari sabtu, isnin nak present dah. Memang gila kan.
Memang sakitlah aku dua hari tu. Alhamdulilah supervisor akademik aku baik dan bertolak ansur. Slide dia nak ringkas dan report pun tak adalah detail gila macam kawan aku yang lain. Alhamdulilah aku dapat present dengan baik dan sv aku bagi masa sampai jumaat untuk betulkan report aku.
Aku cuak gila sebab bos aku bagi cuti dua hari. Maksudnya rabu dah kena masuk. Masalahnya sekarang report aku banyak kena betulkan. Apatahlagi bila kawan kawan duduk bising pasal format itulah inilah. Aku check balik banyak yang kena betulkan. Aku lagi gelabah, ini final report aku kot. Mesti lah nak buat yang terbaik kan?
So malam tu aku whatsapp boss aku mintak cuti sampai jumaat. Mula mula macam berat nak bagi akhirnya dia bagi jugak. Alhamdulillah aku berjaya siapakan report aku jayanya. Thanks kepada kawan-kawan yang banyak membantu.
Seminggu lepas tu aku start kerja balik. Pagi mengajar budak petang uruskan sampai parents mereka datang ambik.
Walau penat aku dengan kawan aku, kak jaja ( bukan nama sebenar) bekerja dengan ikhlas dan bersungguh.
Sampailah satu hari tu bos aku nak jumpa kami berdua. Jadi pada suatu petang yang harmoni aku, kak jaja dan bos aku duduk semeja . Muka bos aku tu merah macam tahan nangis. Aku dah saspens. Apa hal pulak ni?
Aku dengab kak jaja saling berbalas pandang Rasanya kami tak ada timbulkan masalah apa-apa. Even adalah sorang dua budak hyperactive , kami tak pernah pukul atau jentik pun.
Nak dipendekkan cerita bos aku explain pasal parents complaint itu ini.
Baju budak tertukar lah. Buku tersilap bagi. Blablabla. Parents bising.Seriously, kami cikgu cikgu ni manusia biasa je. Ada kala terlepas pandang. Budak-budak campak baju laju masuk bilik air. Ada yang kena pujuk berjam jam baru nak mandi.Kami kena handle ramai, bukan seorang dua. Dah tu macam-macam ragam pula tu. Maafkanlah kami kalau kadang2 terlepas pandang baju si A ada dalam beg si B. Eh, lari jauh dah ni dengan topik.
Sorry terlepas geram pulak. Kembali pada meeting pada suatu petang yang indah. Lepas aje bos aku berceloteh panjang lebar pasal complaint parents tu dia serahkan satu sampul kepada aku dan satu lagi pada kak jaja.
Kami pun buka dan terpaku. Guess what? kami diberhentikan. Bos aku start menangis. Dia kata dia sendiri tak tahu nak sampaikan macam mana pada kami. Ini arahan pihak atasan.
Kak jaja bersuara. Takkan tiada peluang kedua buat kami? Belum sampai sebulan kami kerja? Then bos aku cuma geleng kepala. Aku dah bergenang air mata. Iyelah, dah mula sayang dengan budak-budak tu. Tiba tiba jadi macam ni. Tak lama lepas tu meeting bubar dengan suasana yang agak sayu.
Aku dengan kak jaja tak terus balik rumah sewa kami tapi kami menghala ke taman permainan berdekatan. Kak jaja berkata dalam sendu nak cari ketenangan. Aku just gelak je.
Kami berbual dari hati ke hati. Muhasabah diri kenapa benda ni nak jadi. Aku betul betul down masa tu. Teruk sangat ke kami ni? Sampai tidak diberi peluang langsung. Aku sedapkan hati tak apalah, mungkin rezeki tak ada kat sini. Sekarang kalau ada kawan post kerja kosong pasal pembantu guru tadika atau berkaitan aku dah trauma. Takut nak apply. Baik aku jadi promoter kat pasaraya.
Aku bersyukur aku tak bertindak terburu buru siapkan report viva haritu. Cuba bayangkan kalau aku siapkan report aku caca marba semata mata kena kerja balik hari seterusnya mesti aku menyesal sampai ke sudah. Pointer aku akan tercatat pada transkrip aku sampai bila bila sedangkan kerja aku tu tak kekal pun.
Tujuan aku menulis pun sebab nak luahkan rasa hati. Kami dah buat kerja dengan betul dan ikhlas tanpa merungut. Tapi dibuang gara gara tidak menepati ciri -ciri pendidik yang mereka tetapkan. Kami berdua baru tamat belajar. Pengalaman pun zero lagi. Bila ada masalah, terus hentam kami, 100% tunding jari pada kami. Bukan nak latih kami, bahkan gugurkan nama kami dalam kursus yang kami sepatutnya pergi. Kami juga tidak diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan kami. Salah siapa?
Yang trauma
Gadis jingga
– Gadis jingga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit