Salah Siapa?

Salam semua.. Kisah ini berkenaan kenalan saya, Ida.

Ida ni berkahwin dengan bekas pensyarah, dalam enam atau tujuh tahun dah, rasanya. (Semua nama ditukar untuk menjaga privasi).

Ida kenal bekas pensyarah ni, saya namakan Imran, masa dia masih ada isteri. Kira penyondol lah Ida ni.

Imran ni pulak, isterinya masa tu tidak bekerja, saya namakan Mila, dan ada dua orang anak dengan Imran tu.

Punya lah Imran tu gila kan Ida ni, dia pun failkan cerai dengan Mila. Proses rumit gila lah sebab ada harta kan.

Bincang punya bincang, naik mahkamah bertahun, so dorang settle cerai dengan Imran ni setuju bahagi harta dengan Mila (40-60), kira baik lah dia kan sebab dia ambik bahagian cuma 40% je.

So mereka jual satu rumah dan satu apartment yang dorang beli semasa kahwin, dan bahagi hasil penjualan mengikut persetujuan.

Menurut cerita Ida, Mila dapat dalam 800k macam tu termasuk duit edah apa semua lah.

Imran tu dia macam tak kisah, sebab dia masih bekerja, lagipun Mila yang dapat hak penjagaan anak-anak mereka yang ketika tu berumur 7 dan 12 tahun.

Imran tu pun masih bayar nafkah anak RM3200 tanpa culas dan hak melawat seminggu sekali, sehari bermalam, dan hak untuk bawa anak-anak bercuti.

Duit hasil sepencarian Mila perolehi, dibeli nya rumah besar di pinggir kota, dia cuma menjaga anak-anak, masih tidak bekerja kerana Imran tidak pernah culas memberi nafkah.

Imran masa tu sudah berkahwin dengan Ida dan Ida ketika itu berkerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Duit yang Imran tu perolehi dari hasil harta sepencarian pula, di belinya saham untuk pelaburan. Ketika itu, beliau masih bekerja.

Mila sangat berkira dengan Imran. Mungkin masih dendam sebab Ida selalu update di Facebook yang dia happy dengan hidup dia dengan Imran.

Kalau Imran lambat ambil atau hantar anak, dicajnya setiap minit yang lambat, atau sekiranya duit jajan, buku, atau makanan yang anak makan hujung minggu.

Setiap kali Imran tidak datang pada hari dia sepatutnya ambik anak, (alasan sibuk atau bekerja luar kawasan) Mila akan meminta semula dari Imran. Setiap sen.

Tiga tahun lepas, Mila berkahwin lain. Imran pula, selepas covid, saham mencanak tinggi dan dia untung besar dari pelaburan. Dibelinya empat buah Apartment kecil dan disewakan.

Dia cuma tinggal dalam satu apartment yang kecik dengan isteri barunya, Ida.

Imran buat keputusan untuk berhenti kerja dan travel seluruh dunia dengan Ida, dan Ida pula sangat fleksibel dan berkerja sebagai cikgu bahasa dari online.

Dia masih boleh menyara hidup dengan duit hasil rumah sewa dan bercadang untuk mengurangkan duit nafkah anak, kepada 700 seorang (RM1400 total) tetapi Mila tidak setuju dan mereka naik ke mahkamah.

Tiba-tiba, si anak sulung (anak-anak mereka sangat suka dengan Ida) buat keputusan untuk tinggal bersama Imran. Anak sulung mereka berumur 16 tahun, perempuan, dan selalu bermasalah dengan maknya sendiri.

Imran terima anaknya dengn berbesar hati dan sekarang, kes penjagaan sudah berpindah milik.

Mila mengamuk. Dia rasa teraniaya. Dia rasa dunia makin kejam kepadanya.

Dendamnya dengan bekas suami terasa masih tak terbalas, sebab Imran masih tidak mendapat balasan atas apa yang dia buat dulu, malah hidup Imran semakin bahagia.

Selepas fight selama setahun (masing-masing spend 50k) untuk lawyer sahaja, akhirnya mahkamah menetapkan Imran membayar (kerana Imran sekarang tidak bekerja dan cuma harapkan hasil duit sewa)

Cuma RM450 untuk anak bongsu mereka, 12 tahun, dan Mila kena membayar (menurut duit yang Mila masih ada dalam bank semasa penceraian dahulu)

RM180 untuk anak sulung mereka, kepada Imran kerana Imran yang dapat hak penjagaan anak perempuan mereka.

Mila juga ditetapkan untuk menghantar anak mereka (yang bongsu lelaki) kepada Imran setiap cuti sekolah.

Mila sangat-sangat kecewa dan sekarang mereka naik mahkamah lagi kerana Mila tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah.

Saya cuma berkongsi sebab saya rasa saya tak tahu siapa yang salah dalam hal ni. Ida yang pernah menyondol, Imran yang kelihatan tak bertimbang rasa, atau Mila yang masih tak boleh move on?

Farah the busybody,

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *