Assalamualaikum, nama aku Hazatul dan sekarang aku berumur 19 tahun. Aku masih belajar (belajar kat mana tu rahsia).
Aku tulis confession ni sebab aku tertekan dengan apa yang jadi kat diri aku. Terima kasih kepada admin jika luahan aku ni disiarkan.
Okay, baiklah cerita aku ni bermula start aku nak SPM. Ex boyfriend aku pada mulanya ialah kawan sekelas aku, aku masuk sekolah baru start form 4 iaitu tingkatan 4. Bermula di situ lah ex boyfriend aku ni menaruh harapan dekat aku.
Ya, dia suka dekat aku. Tapi aku ni masatu baru lepas putus cinta dan aku memang tak berminat pun dengan dia. Okay setahun berlalu aku sekolah dekat situ dan kami hanya berkawan biasa.
Masa aku dah tingkatan 5, ex boyfriend aku ni semakin nak rapat dengan aku, dia duduk meja depan meja aku. Aku nampak dia seorang lelaki yang baik dan aku selasa berkawan dengn dia dan kami pun rapat.
Sebelum kami SPM, kami memang study sama sama sampai cikgu bergosip pasal kami padahal waktu tu kami tak ada apa apa lagi,
Tapi waktu tu ex boyfriend aku ni dah luah perasaan dia dekat aku tapi aku cakap tunggu lepas habis SPM dan aku nak tengok usaha dia untuk dapatkan aku.
Ya memang dia usaha sehabis mungkin, aku nampak semua tu dan aku terima dia. Masa kami dah lebih dari kawan dia mula tunjuk sifat iaitu kuat cemburu bagi aku dia cemburu buta.
Pada mulanya, aku okey dan aku cuba untuk terima dia walhal dia buat macam macam, antaranya mata dia akan merah menanggis bila tengok aku sembang dengan lelaki lain.
Pada mulanya aku okey dan cuba untuk penuhi permintaan dia supaya tak terlalu friendly.
Rumah kami jauh (LDR), lama kelamaan aku jadi serabut dengan cemburu buta dia, dia buat macam macam ya, tukar email ig aku, dia ambik password email aku, semua benda dia ada.
Aku mula rasa benci sebab aku rasa dia tak percaya kan aku.
Hubungan kami baik sebab aku dah kenal semua family dia dan family dia pun penah datang ke rumah aku.
Walaupun dia dah buat macam tu, aku tetap maafkan sebab adanya hubungan baik antara family ni, tapi ada satu benda yang dia buat aku meletup haaa.
Dia padam story instagram dengan alasan dia cemburu sebab ramai sangat like story tu.
Aku masa tu apa lagi memang naik angin dan waktu tu lah terluah semua rasa yang aku pendam selama dia kongkong hidup aku. Aku decide untuk putus dengan dia.
Kami putus tapi dia usaha untuk dapatkan aku balik. Dia dari rumah dia sanggup datang untuk pujuk aku. Dia bawak aku pegi mall belanja makan belanja beli baju uniqlo.
Oh lupa dia memang dari family kaya (rumah 3 tingkat).
Masatu aku dah lembut hati dan aku maafkan dia, tapi tak getback cuma kembali mesra.
Aku dan dia memang rancang untuk kahwin sebab dia mampu. Tapi disebabkan sifat mengongkong dia dan cemburu buta dia membuatkan aku fikir banyak kali. Ya la belum kahwin lagi semua pasal hidup aku dia tahu.
Bila dah lama aku fikir, aku buat keputusan untuk tak teruskan hubungan kami. Aku cakap elok elok dengan dia dan aku dah agak dia takkan lepaskan aku senang-senang.
Lepas aku dah cakap tak nak teruskan hubungan macam macam dia buat, dia log in instagram aku senyap-senyap, dia removed lelaki yang dia rasa boleh ambil aku dari dia,
Dia log in email aku, dia ada acc tiktok aku dan dia tahu semua pasal aku.
Ya bagi aku dia psiko. Ha masa aku decided tkmo teruskan hubungan aku dh tukar semua password aku. Tapi dia lebih bijak ya. Dia dah letak email dia semua acc dia sebagai trusted devices dalam fone aku.
Pada mulanya aku tak perasan. Satu hari tu kantoi sebab aku duk cek la ig aku ni, aku tengok model fone dia location semua sama, penah log in ig aku. Aku geram sangat sangat. Dah takda apa apa kot!
Lepastu aku suruh dia jujur dia tak ngaku, pastu satu demi satu kantoi dia ada email, tiktok, no fone kawan aku pun dia ada, dia penah chat kawan aku, dan update apa apa pasal aku kat dia. Hangin aku satu badan.
Sekarang aku benci dia sangat, aku tertekan sangat dengan apa yang dia buat. Aku memang dah takda hati dekat dia.
Aku tahu dia buat semua ni sebab dia sayangkan aku sangat. Tapi semua privacy aku dia tahu. Aku benci!
Doakan dia dapat lepaskan aku dengan baik dan tak kacau hidup aku lagi. Aku dah block dia kat semua tempat dah.
– Hazatul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit