Salah Siapa Ni?

Hai semua. Biarlah aku menamakan diri aku sebagai Jiwa Lara. Aku seorang ibu dan isteri yang bekerja. Luahan ini tentang suasana di tempat kerjaku.

Aku bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perkhidmatan yang dikenali.

Komuniti kami di cawangan tidaklah ramai, hanya ada enam orang sahaja. Dua lelaki, tiga perempuan dan seorang ketua, yang juga seorang perempuan.

Aku sudah 16 tahun berkhidmat tetapi baru sahaja 7 tahun di cawangan ini. Sebelum ini aku bekerja di cawangan lain dan pernah bekerja dengan ketua yang sama di cawangan lain di awal pekerjaan ku dulu.

Awalnya, aku seronok dan gembira bekerja di sini. Kami ibarat sebuah keluarga. Kadang-kadang lepas waktu bekerja masih lagi lepak bersama sambil berbual-bual kosong dan bergelak tawa.

Di masa lain, kami kadang-kadang mencari aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama seperti makan-makan di hotel.

2 tahun selepas aku di sini, seorang staff cawangan kami ditukarkan ke cawangan lain dan digantikan dengan seorang staff dari cawangan lain, seorang perempuan juga.

Di awal kemasukan dia ke cawangan kami, semuanya ok sahaja. Aku namakan dia si Curi Tulang.

Lebih kurang setahun selepas itu, si Curi Tulang mula bermesej dengan aku menceritakan tentang ketidakpuasan hatinya tentang staff lain.

Yang lelaki ni katanya, suka curi tulang. Ke sana ke sini mengambil masa yang lama. Kejap-kejap ke tandas. Banyak main telefon.

Yang perempuan pula, dikatanya kaki mengadu pada bos. Suka menyampai. Siap warning pada aku, jangan sesekali bercerita tentang orang lain pada staff yang perempuan sorang ni, nanti dia akan sampaikan pada orang lain.

Aku macam… dah kenapa dengan si Curi Tulang ni.

Aku lebih dulu masuk kerja kat sini. Aku tengok semuanya ok jer.

Dan di satu masa yang lain, si Curi Tulang menceritakan pada aku yang ketua dan staff perempuan seorang lagi pernah bercerita buruk hal aku kepadanya. Sedihnya aku masa tu, sampai aku takde mood nak datang kerja.

Tapi, aku tak pernah bertanya pon kepada bos mahupun staff seorang lagi. Aku tak mahu mengeruhkan keadaan, selebihnya aku tak mahu dicop menjadi pengadu domba pulak.

Bayangkan apa akan jadi kalau aku bertanya, atau beritahu pada diorang apa yang si Curi Tulang ni ceritakan pada aku?

Sejak dari itu, aku macam malas nak bergaul sangat dengan si Curi Tulang ni. Kalau tentang orang lain dia boleh cerita buruk, tak mustahil dia boleh bercerita buruk tentang aku juga…kan?

Sekitar 2018, aku bersalin dan anak aku menyusu badan sepenuhnya. Jadi, di ofis aku perlukan masa untuk pam susu. Biasanya, aku ambil masa 30-45 minit untuk pam susu. Rehat di ofis ni ada dua sesi. Pagi dan petang.

Kalau ikutkan, 30 minit pagi dan 30 minit petang. Kadang-kadang aku terlajak jugak sampai 45 minit waktu sesi petang sebab time tu laa aku nak makan, pam susu dan solat. Memang rushing.

Satu hari, bos panggil aku. Minta aku pendekkan waktu mengepam susu. (Ada laa yang mengadu aku terlajak waktu rehat…) Aku menangis dalam hati. Rasa macam kejamnya.

Bukannya waktu rehat aku tu aku pegi tido atau bershopping dekat mall. Tambahan lagi, aku pam susu memang waktu rehat aku. Dua sesi jer sehari. Memang tak balance dengan demand anak aku.

Sampai satu tahap, aku pernah berpuasa di sepanjang hari bekerja untuk menjimatkan masa rehat aku supaya aku tak perlu makan.

Sayangnya, penghasilan susu badan aku drop. Sedihnya kalau diingat balik bila aku terpaksa top up anak aku dengan susu formula.

Dua tahun kebelakangan ni, si Curi Tulang selalu jer ambil masa sejam untuk rehat. Itu kalau tak keluar dari ofis. Kalau dia keluar ke mall, sejam setengah ke dua jam masa diambilnya.

Peliknya, bos tak pernah pon tegur. Menjadi-jadi dari hari ke hari. Yang aku hairankan, waktu yang dia rehat sampai sejam tu, dia tak makan ke. Sebab setiap kali sebelum sampai waktu rehat dia, dia akan makan dulu.

Biasanya ambil mase sekitar 30 minit, sambil borak kosong dengan bos. Abis makan, terus ambik masa rehat sejam lagi. Pffttt…

Pernah jer aku tanye kan hal ni pada staff seorang lagi. Jawapan dia, si Curi Tulang tu tak makan tegur. Dia kan memang suka keluar lama-lama.

Aikkk? Macam tu jer…dah tak boleh tegur tak payah laa tegur? Kenapa masa aku dulu, ditegur. Sedangkan aku keluar pam susu, yang dia tu…keluar shopping, main hp dalam bilik rehat.

Aku rase tak dilayan dengan adil. Yelah, aku ni bukan jenis kaki kipas. Aku jenis buat keja aku jer. Mungkin dia dapat keistimewaan sebab pandai mengipas. Hahaha.

Staff lain pon ada jugak suarakan hal ni, tapi siapalah kami ni nak tegur kalau bos sendiri tak buka mulut.

Maklumlah, ke mana bos nak pergi, si Curi Tulang ni laa tukang bawa. Dapatlah extra benefit. Padahal, bagi aku itu cuma mengganggu perjalanan operasi kerja. Bawa staff keluar berlama-lama.

Ntahlah siapa harus disalahkan.

Aku ke?

Si Curi Tulang ke?

Atau bos aku?

– Jiwa Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *