Salah Tengok Lelaki Sendiri

This is a funny short story. Aku kena luahkan jugak sebab aku rasa benda ni lawak bodoh tahap langit ketujuh. Cerita dia pasai aku pi melawat tunang aku main liga futsal kebangsaan.

Ok punca utama dia, aku ni seorang yang langsung tak minat bola. Hg bawa la aku pi tengok bola dalam jacuzzi ka, dalam tangki emas ka aku memang tak boleh go ngadap game bola. Nak ngadap player handsome pun aku minat. Hahah tak tau pasai pa la camtu. Tunang aku ni pula kaki bola. Dia ni kira terer la memang bakat dari dulu. Bukan nak cita pa alhamdulliah la dari universiti banyak wakil international.

Tiba la satu harini, dia ajak aku pi tengok dia main kat stadium shah alam pukui 9 malam. Aku ni pikir nak ka tak nak nanti aku yang melangok sorg kat ataih tu. Last last aku pun buat keputusan pi la lepas balik kerja tu terus pi stadium dengan baju2 kerja sekali ni ha pi haha.

Sampai dekat stadium aku pun cari la dia, dia duk tengah warm up tepi padang tu. Dia nampak aku suruh masuk dalam duduk. Pendek cerita, aku ni rabun sikit tak bawak spek masa tu. Tapi ya la boleh lagi la nampak body tu macam mana kan takkan aku tak kenai gaya tunang aku kot. Aku pun tunggu la game sambil main fon ka apa ka. Sekali pandang tengok game dah start, aku pun tengok ja la padang tu sambil cari hat mana satu tunang aku ni. Nampak tak nampak ja malas betul masa tu aku penat balik kerja lagi kan, aku pun melayan jela tengok depa main dari seat ataih tu.

Lepas dah nak 1jam game tu tunang aku pun ws aku tanya ada mana. Dia kata dah habis game masa tu. Masa tu aku pelik dah pasaipa kat padang tu org main lagi tapi dia ni dah habis tunggu aku kat keta. Dia ni lari dari main ka apa. Aku pun pi la turun kat keta.

Sampai dalam keta dia tanya aku, “u duduk mana tadi? I tak nampak pun penat cari”. Aku pun cakap la aku ada ja duk atas hujung tu pakai baju kurung lagi ni. Tak pa la kami pun buat tak heran lagipun ramai penonton kan boleh ja jadi aku tersorok. Otw balik tu kami singgah kedai makan dinner. Masa tengah on game tadi aku ada la rakam player kat padang tu main post kat story ig. Dia pun buka tengok….weh tau dak apa dia habaq ” u rakam siapa ni? Ni bukan team i yang main. I main futsal kat dalam court futsal bukan kat padang.” HAHAHAHA selama hampir 1 jam tu aku pi tengok orang lain main pungkokkkk hangg hahhahahah. Ya Allah aku punya tergelak kat kedai tu pikiaq apa aku buat kat ataih tu jubo aku sampai keras rupanya aku tengok laki lain.

Moral of the story, girls yang ada tunang ka bf ka yang sama pesen hat aku ni. Hgpa minat ka tak minat ka memang kena ambik tau apa laki hg tu suka. Jangan jadi bodoh sungguh macam aku blur hat mana futsal mana bola padang.

– Belle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *