Salah Umi Abi ke?

Assalamualaikum anak-anak. Makcik berumur 55, makcik selalu baca luahan anak-anak muda, banyak peelnya. Samalah macam anak makcik sendiri.

Makcik ada 5 orang anak, Alhamdulillah semua sihat, bagus dalam pendidikan. Cuma makcik nak cerita sikit pasal anak makcik yang seorang ini.

Nama dia Ayu, sesuai dengan orangnya—lembut, sedap mata memandang. Satu-satunya bunga dan penghibur dalam keluarga kecil kami. Sekarang tengah sambung pendidikan di negeri bandar. Pertama kali rasanya jauh dengan anak manja kami.

Dulu Ayu ni baik budaknya, apa yang makcik dan pakcik cakap ikut saja. Selalu banyak cerita dia, penghibur kami kan. Tapi sekarang mungkin terpengaruh dengan persekitaran di bandar, makcik nampak Ayu perlahan-lahan dah berubah.

Setiap kali balik, telefon yang melekat di tangan. Nak bercerita pun acuh tak acuh. Ayu dah pandai menaikkan suaranya sikit sekiranya apa yang dia minta itu kami tak benarkan.

Biasalah anak muda, hendak keluar sehingga lewat malam… Memang berat ayahnya nak benarkan. Makcik kenal sangat kawan-kawannya di sini sebab Ayu selalu cerita.

Satu hari, Ayu keluar balik lewat malam, katanya makan dengan kawan lama. Dia janji untuk balik awal, tapi alasan jalan jam yang diberikan. Bila ditanya keluar dengan siapa, makcik nampak Ayu seperti mengelak, seperti tak mahu sebut siapa nama kawannya.

Bila diasak, jawapannya, “Umi bukannya kenal siapa.” Makcik perasan, firasat seorang ibu kan… Makcik biarkan dulu, tak bagitahu pakcik, sebab makcik tahu pakcik garang.

Kali kedua Ayu keluar, lagi sekali balik malam, cumanya lebih awal sedikit. Tapi bagi kami orang tua ni… lewat. Kali ni pakcik sendiri yang tanya, “Ayu keluar dengan siapa sebenarnya? Pergi mana?”

Makcik nampak Ayu seperti risau dan takut, tapi jawapan yang sama diberikan, “Keluar dengan kawan sekolah lama.” Pakcik bertegas untuk tak benarkan Ayu keluar malam lagi.

Mula dari tu, Ayu bukan seorang anak makcik yang manja lagi. Ayu banyak duduk dalam bilik, melekat dengan semua gajetnya.

Makcik kerja, balik kerja teringin juga nak dengar celoteh anak untuk hilangkan stres, tapi semua tu dah hilang. Jika ditanya, sepatah saja yang dijawab. Makcik rindu.

Biasanya dia paling teruja untuk bagitahu kami bila dia akan balik cuti sem. Beria-ria dia ingatkan kami dan abangnya untuk tidak lupa jemputnya dari tempat bas.

Namun sekarang, dia lebih suka balik mengejut, bilangnya kawannya yang hantarkan dari tempat bas ke rumah.

Sekarang Ayu di tempat belajarnya… Umi kemas bilik Ayu, Umi nampak satu kertas luahan Ayu. Umi ingat lagi salah satu ayatnya:

“Aku dah jauh, kalau parents aku tahu apa aku buat, apa reaction diaorang?”

Nak… apa yang kamu buat kat luar sana? Kurang apa lagi didikan yang kami beri? Salah kami ke?

Umi sentiasa doakan anak Umi selamat kat luar sana. Kalau Ayu ada benda nak kongsi, Umi dengar, nak… Umi rindu celoteh kamu lagi…

– Makcik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *