Salahkah Aku?

Assalammualaikum. Mohon pandangan semua tentang beberapa perkara, nasihatilah diri saya ye semua.

Saya seorang suami dan ayah kepada 5 orang anak. Saya dan isteri bekerja. Saya kerja biasa2 sahaja di ofis. Isteri ada jawatan dalam tempat kerja.

Gaji alhamdulilah cukup untuk menyara keluarga kami. Nak kata mewah, tidak. Tetapi cukup2 sahaja. Kadang2 memang terpaksa tarik sana sini untuk survive sehingga next gaji.

Pada mulanya, saya memang berhajat untuk isteri tinggal di rumah untuk menjaga anak2 tetapi ditakdirkan beliau bekerja untuk membantu membawa sedikit duit tambahan ke dalam rumah kami.

Sejak isteri bekerja, saya memang mengambil tugas memasak sepenuhnya kerana apabila kami sama2 pulang, saya lebih selesa untuk ke dapur bagi menyediakan makan malam dan beliau bantu urus anak2.

Kini anak2 sudah besar dan mampu berdikari mengurus diri dan kadang kala saya teringin agar saya diberi masa untuk berehat juga dari memasak sekali sekala.

Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah memang saya tak pernah miss masak walaupun hari minggu kerana saya rasa kepuasan apabila anak2 dan isteri kenyang makan masakan saya.

Saban hari, kadang kala saya tegur isteri saya untuk sekali sekala membantu di dapur, cuma kadang alasannya tidak sepandai saya masak atau takut tidak sedap.

Pada mulanya saya ok sahaja tetapi bila sudah masuk tahun ke 10 begitu, saya seperti perlu buat sesuatu.

Saya tidak nafikan isteri saya keras bekerja di pejabat malah selalu dipuji oleh rakan2 sekerja kerana dedikasinya terhadap kerja, apa jua arahan majikannya pasti akan ditunaikan meskipun kadang kala mengorbankan waktu rehat di rumah dan juga hari minggu.

Kadang kala saya rasa sunyi kerana mengurus rumah seorang diri. Anak2 kadang kala mahu membantu, saya benarkan cuma saya limitkan kepada membasuh sahaja.

Bab duit pula, saya mmg akan mengambil sebahagian besar hutang2 rumah, kereta dan makan sehari-harian, isteri pula lebih kepada top up barang keperluan dan beliau sangat suka membantu keluarganya.

Saya tidak melarang beliau membantu keluarganya kerana saya rasa itu tanggungjawabnya tetapi kadang kala saya tegur agar beri berpada2 dan tidak melupakan keluarga kita dahulu.

Bab duit, saya tidak suka sangat tegur kerana biasanya akan menyebabkan perselisihan faham.

Jadi kebiasaannya saya akan membuat 2-3 kerja lain untuk menampung hutang2 yang ada cuma bila selalu buat 2-3 kerja saya kerap sakit kerana balik lewat malam dan kurang rehat.

Sejak kebelakangan ini, saya perasan isteri saya memiliki tabiat menonton cerita2 romantik korea/jepun.

Pada mulanya saya ingin bersama2nya untuk menonton tetapi tidak kena dengan cita rasa saya, jadi saya membiarkannya menonton bersendirian.

Kadang kala mengambil masa yang agak lama juga ya, dan saya cuba memahami barangkali ini cara perempuan healing.

Saya agak terkilan kerana bagi saya healing saya adalah bersama keluarga saya terutamanya isteri saya, tetapi mgkn methodnya lain untuk lain orang, lama kelamaan, saya mendapati cerita2 ini menyebabkan isteri saya suka bersendirian dengan telefonnya.

Anak2 selalu bisik pada saya kerana mereka tidak dibenarkan selalu guna phone, tetapi ibu boleh. Kebiasaanya saya akan cerita ibu stress di tempat kerja dan memerlukan masa rehat.

Untuk cerita ini saya memerlukan nasihat warga semua. Apakah dayus saya bersikap sebegini? Perlukah saya lebih tegas untuk menegur? Atau adakah ini memang normal dan fitrah bagi wanita bekerja.

Saya takut jika saya burnt out sahaja dan saya tidak mahu perkara tersebut berlaku.

Tidak ada kebaikankah pada isteri saya, sangat banyak malah tidak terhitung, cuma lumrahlah sebagai seorang suami yang kadang kala memerlukan perhatian dari orang yang tersayang.

– cuba jadi terbaik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. dalam beberapa perkara, suami perlu tegas dgn anak2 dan isteri, sesekali Tuan kena buat spot cek hp isteri, tetapi isteri Tuan pun boleh cek hp tuan.

  2. Sebagai perempuan yang bekerja saya admit ye tengok kdrama and scroll phone memang cara saya healing lepas penat bekerja, yela kat tempat kerja memang tak sempat scroll phone. Suami sy pun faham bab ni asal urusan rumah settle. Tu je saya boleh tolong yang lain tak berani nak komen

  3. Saya pernah bekerja namun sekarang Suri rumah sepenuh masa.Saya memang jarang memasak bila suami ada sebab beliau lebih terror drp saya,namun bila dia tiada saya boleh saja masak simple2 untuk anak..mungkin sebelum ini encik pernah komen isteri encik masak atau pernah tidak hargai@ tak makan masakan beliau hingga dia tawar hati..

    Yg kedua sewaktu saya bekerja dahulu memang saya sgt penat.Balik rumah rasa nak rehat dan recharge @ me time.saya juga healing dgn cara menonton cerita Korea namun saya pilih filem bukan drama kerana Tak tahan sirinya banyak sangat .kalau ketagih memang sampai Tak tido malam..jadi saya pilih menonton waktu weekend sahaja.Dalam hal ini elok encik cakap terus terang dgn isteri,apa yg encik suka,Tak suka Dan apa harapan encik pada dia..

    Biasakan sub tugas pada anak2 Dan isteri supaya encik Tak burnt out..boleh bahagi tugas contoh pelajaran anak pertama Dan ketiga tugas suami,anak kedua Dan keempat tugas isteri utk tengok-tengokkan

  4. Pertama, isteri anda penat jadi biarkan dia menonton. Tapi di waktu senggang yang lain, ajaklah dia melakukan hobi lain yang dia suka. Semestinya si isteri ada hobi lain semisal menjahit atau menanam pohon bunga. Terkadang sebuah hobi yang terlalu sulit menyebabkan kita malas untuk melakukannya. Maka bantulah dia memudahkan hobi. Cth : pasangkan benang di mesin jahit, sediakan barang-barangnya. Dan temani dia ketika itu.

    Kedua, anak anda katanya sudah pandai mengurus diri. Ajar mereka untuk mengurus rumah. Jangan manjakan mereka. Sekurang-kurangnya tugas anda di rumah akan berkurangan. Anak-anak memang bukan orang gaji kita tapi apakah kita akan membiarkan mereka dengan tidak mengajari erti tanggungjawab? Ajari mereka memasak, ajari mereka mengemas rumah, ajari mereka mencuci tandas. Seskurangkurangnya anda meluangkan masa dengan anak ketika mengajarkan sesuatu.

    Ketiga, inilah cabaran anda apabila isteri bekerja dan gaji melebihi suami. Saya faham perasaan anda apabila isteri seolah-olah menjadi queen of the house hanya kerana beliau menjana pendapatan lebih tinggi. Tapi anda sebagai suami, perlu menjelaskan tentang hormat dan tugas istri terhadap suami. Kalau anda baik-baik saja untuk melaksanakan kerja-kerja rumah, maka beri tahu beliau untuk layani suami dari segi masa dan komunikasi. Itu sahaja

  5. Saya seorang istri yang bekerja, so sy share sikit la yek.

    Sy sndiri ada rs ego sbb sy kerja keras, penghasilan kluarga sy yg tmpung. Awal2 dulu bila blk rumah tengok rumah serabut, dlm masa yg sama sy penat sngt mmg jadinya takda mood nk mngemas lngsung. Sbb tu kadang2 sy mmg mengurung dlm bilik lps blk kerja. Tp suami sy Alhamdulillah, dia bimbing sy, nasihat sy baik tentang tugas istri. Alhamdulillah skrang lepas blk je sy kemas mana yg terdaya, masak pun simple, kalau tak larat sgt, mkn di luar.

    Awal dulu sy mcm tak boleh disuruh, tp suami lah yang berperanan penting utk lenturkan sy.

    So nasihat sy ialah awak kena didik istri awk. Jngn takut utk menegur walaupun dia duit lg bnyk dr awak. Kalian suami istri bukan pekerja majikan.

  6. Sbg isteri yg bekerja, sy tak sokong healing tgk series k/j movie sbb movie ni melalaikan..jadi mcm tu lah sampai tak boleh tinggal tak boleh pay attention pd urusan rumahtangga tak boleh masak.sy layan movie jugak tp ikot mood and bukan series. Sy kerja long distance dari rumah lg exhausted compared to my husband tp masak2 memang sy buat.(kdg2 ada gak tapaw/order delivery) cara sy healing?window shopping/lunch sorang2 or lunchdate berdua with hubby..no chaos from the kids. bab ni husband kena tegas dlm kelembutan ibarat tarik rambut dln tepung, rambut tak putus tepung tak berserak.(ni kaedah husband tegur sy) good luck bro!

  7. Tt boleh nasihat time nak tido.. mcm sy hobi membaca novel Dari zaman remaja lagi dah kahwin Masih sama.. suami ada tegur, utamakan anak² Dan tanggungjawab dulu dah free sambung baca semula..

    Anak² akan tgk contoh depan mata, anak sy pernah sound sy mama ni asyik main henset je sbb sy sibuk layan client.. jadi Dari situ sy slow² berubah

  8. Saya tak setuju berehat/ healing sambil scroll phone atau menonton drama.

    Bila guna phone ni kita nampak seperti berehat, tapi otak kita bekerja keras.end up sebenarnya tak healing/ berehat pon.lagi bertambah penat lg ada.
    Kalau tak percaya bolehlah try cari beberapa kajian yg berkaitan.

    Berehat/ healing yang sebenar adalah diconnect with virtual world and connect with your surrounding.Itu lebih sihat dan amalan baik yg anak pon dpt ikut.

    Kalau zaman sahabt dlu, solat tu lah healing.Pahala dapat, sihat badan, mental & spiritual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *