Aku Miya. Lewat 20-an. Aku bukan Miya dalam drama ‘Aku Bukan Ustazah’ ye, hehe… Pengalaman ini aku tulis sekadar mengimbau kenangan.
Kisah aku bermula apabila seorang lelaki hadir dalam hidupku setelah sekian lama tidak bersua. Hampir 10 tahun rasanya kami tidak bertemu hinggalah pada suatu hari dia mesej aku di telegram.
Pada mulanya kami bertemu di majlis hari jadi yang diaturkan oleh keluarga. Tak sangka ‘A’ ada pada waktu tu. Aku tidak menegurnya dan melarikan diri apabila A kerap kali menoleh ke arahku.
Setelah sekian lama kami berbalas-balas mesej dan bergayut akhirnya aku meminta A temankan aku keluar.
“Awak jom kita jumpe minggu ni, boleh? Tapi saya bawa kawan tau. Boleh ke? Dia minta tolong saya carikan ‘prezent’ untuk girlfriend dia.”
Aku gelarkan dia B.
Kami bertiga bertemu di KL. B agak terkejut apabila melihat aku datang dengan seorang lelaki. Aku kenalkan B dengan A. Dia menyambut dengan mesta.
“Ni la boyfriend akak yang semalam akak citekan tu. Ke mana kita sekarang?’
“Kita pergi tempat yang akak cakap semalam tulah. Jauh tak dari sini?” balas B.
Sepanjang berada di shoping mail, aku perasan B agak tidak selesa akan kehadiran A. Aku senyum sinis pada A memberi isyarat.
“B ok tak? Ada yang berkenan tak?” aku bersuara.
A hanya senyum tengok gelagat aku.
“Saya rasa akak pilihkan la untuk saya. Saya tak tau la barang-barang perempuan ni. Apa akak rasa ok , saya ikot je,” B bersuara.
Sepanjang mencari barang B, aku pesan pada A jangan pergi jauh, aku tidak mahu berdua dengan B. A hanya mengikut pemintaanku tanpa banyak tanya.. Itu la perangai A. Bila aku minta sesuatu dia tidak akan banyak soal dan tunaikan sahaja.
“Kenapa awak ajak saya cari barang B? Kan senang cari dengan dia je,” A bertanya padaku.
“Saya tak selesa keluar berdua dengan dia. Semalam saya dah bagi tau dia, saya nak bawa awak”.
“Hari ni saya jadi boyfriend part time awak la ni. Boleh buat duit lepas ni,” kata A sambil tersenyum.
Aku hanya tersipu-sipu mendengar kata-kata A itu.
“Akak, tak lama lagi birthday anak buah akak kan? Belikan la sekali prezent untuk diorang. Saya belanja,” B mencelah.
Setelah membeli prezent semua, kami pergi makan kerana lapar sangat. Hampir 3 jam kami mencari prezent yang sesuai dan yang kena dengan bajet. Sewaktu di kedai makan, A tinggalkan aku dan B berdua.
“Baik ye boyfriend akak. Friendly. Akak saje je kan bawa dia nak buat saya jealous kan,” B senyum sinis padaku.
Sekian lama aku dan A berkawan. Hampir setiap malam kami akan berhubung melalui wasap mahupun call.
Hubungan kami ini diketahui oleh keluarga dan pernah abangku ingin kami disatukan pada hari pernikahan abang. Ketika itu A baharu 4-5 bulan dapat kerja tetap.
Hari demi hari terus berlalu. Sering kali jugalah aku meminta pertolongan A daripada diganggu oleh B dan beberapa lelaki lain.
Aku masih ingat, suatu hari aku mengajak A untuk makan tengahari bersama. Macam biasa A setuju. Kami bertemu seperti dirancang.
sedang aku asyik main telefon. Aku dikejutkan dengan kehadiran A disebelahku tanpa bersuara. A melirik sinis memandangku yang sedang duduk di meja makan.
“Ada tetamu, kenapa tak bagi tau,” A buka bicara sambil duduk di sebelahku.
Aku hanya senyum kecil. Aku dapat teka apa yang akan berlaku dan akan dikatakan oleh A.
Dia selalu berpesan padaku jangan lakukan ‘surprise’ tak bertempat dan jangan beri harapan jika tak suka seseorang dan berterus terang.
Tetamu yang dimaksudkan oleh A adalah seorang lelaki yang sering mengganggu aku. Aku gelarkan dia C. Aku sering bercerita pada A tentang C yang suka ganggu aku. Call akulah, wasaplah. Aku rimas.
Pernah juga aku block C tapi entah macam mane dia boleh call aku guna no. fon lain.Banyak kali C ajak aku keluar tapi aku tolak kerana tidak selesa dengannya.
“Kenapa awak tak bagitau saya, B join sekali makan? Awak gunakan saya lagi la ni sebagai part time boyfriend,” A bertanya.
Aku hanya senyum dan berdiam diri. Aku tahu aku salah kerana tidak inform A awal seperti aku lakukan pada B.
“Awak marah saya ke? sorry la eh,” aku merenung A.
“Suka sangat. Lepas ni buat lagi. Seronok tau bila ada orang buat kejutan tiba-tiba. Saya terkejar-kejar keluar dari tempat kerja nak makan dengan awak. Alik-alik makan bertiga bukan berdua,” A membalas sinis.
Beberapa bulan berlalu. Hubungan kami semakin rapat dan aku sudah mula rasa sayang pada A. Pernah aku tanya apa dia anggap aku. A hanya menjawab ‘kita kawan dahulu’. Aku hanya diam mendengar kata-kata itu.
Kakak iparku pernah memberi tahu padaku kenapa A berkata demkian. A memberi alasan dia sedang mencari kerja yang lebih baik.
Sebelum ini pelbagai kerja dilakukan. Ada yang berdasarkan komisyen. Kebanyakkan tempat dia bekerja tutup akibat covid 19. Aku pernah datang tempat kerja A.
Aku masih ingat, sebelum kami dapat ‘dating’, dia perlu menghantar seorang wanita pulang kerja. Kawasan A bekerja ‘black area’. Mungkin itu salah satu alasan A menganggap aku sebagai kawan tapi dia tidak pernah cerita itu semua.
Ulang tahun kelahiranku tiba. Pagi itu aku wasap A untuk berjumpa. A sepert biasa akan setujukan saja. Kami berjanji akan bertemu selepas A tamat kerja pada patangnya.
Dalam pada yang sama, C juga mengajak aku untuk celebrate birthdayku. Ada seorang lagi lelaki mengajar aku untuk celebtate. Aku gelarkan dia D. D merupakan rakan sekerja A. Kami kerap juga berhubung tanpa A tahu.
Bagi aku D seorang lelak kacak. Berkulit putih dan tinggi orangnya. Dia juga bersopan bertuturannya tidak seperti A kasar.
A selalu menegur aku dengan ayat-ayat agak kasar bagiku. Aku tahu niat A baik ingin aku tepati masa, janji dan beberapa perkara yang lain tapi caranya agak keras bagiku.
Sejujurnya kau berkenan pada kedua-duanya. A ada lelebihannya dan D juga ada kelebihannya. D seorang yang sweet talker dan A pula jenis tidak berkira.
Pagi itu berjalan sepreti biasa. Aku bersiap-siap untuk keluar celebrate birthday. Aku ada janji dengan C jam 4 perang. Sedang kami makan berdua, aku sempat juga snap gambar dan sent pada A dan juga D. Aku nak lihat apa reaksi mereka.
D hanya diam saja. A pula mengusikku “patut la datang kl rupanya dating ye”. Aku hanya tersenyum membaca mesej itu.
Selepas aku dan C habis makan, C meminta diri untuk pulang. Katanya ada urusan yang nak diselesaikan. Aku terus melangkah bertemu D pula. Kata D ada nak beri aku prezent.
Kami bertemu dan terus menuju tempat kerja D. Waktu rehat D sudah hampir tamat dan waktu untuk A pulang kerja.
Dalam perjalanan, pelbagai idea dalam benak fikiranku untuk ‘sprisekan’ A. Aku terbayang raut wajah si A. Mesti terkejut. Imiginasiku melesen sama sekali. Setiba di pintu masuk A tiada dii tempat duduknya. Aku tercari- cari akan ketiadaan si A. Sedang aku mecari-cari,
“B, aku dah masukkan cadar dalam mesin basuh nanti kau onkan jelah. Aku gerak dulu,” A bersuara dari arah belakang aku.
Tak sempat aku berkata apa-apa, A terus meluru keluar dari tempat kerja tanpa hiraukan aku. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Sempat jua A menjeling padaku sebelum metutup pintu keluar.
Malam tu A call aku. Soalan pertama ditanya ‘awak buat apa petang tadi?’ Aku hanya berdiam diri. Lidahku kelu. A mengulangi sekali lagi soalannya. Kali ni aku beri jawapan awak tengah marah saya tak nak jawab’. Aku keliru sebenarnya ketika itu. Perbualan kami terputus di situ.
Keesokan paginya, aku wasap A. “awak masih marahkan saya ke?” A terus menghubungiku. Hampir 1 jam kami on call. Bertubi-tubi soalan A lontarkan. aku hanya diamkan diri. Aku tahu dia sedang marah.
Pertama kali juga aku lihat dia marah seperti itu. Satu ayat yang uat aku trigger. “Perkara awak buat semalam macam seorang playgirl. awak boleh berjanji dengan 3 lelaki satu hari. Game ape yang awak nak main ni?”
Berdesing telinga aku medengar kata-kata A. Sejujurnya aku suka pada mereka berdua. D aku suka akan perwatakannya yang ada hala tuju dalam hubungan.
A pula kasar dari segi tindakan dan pertuturan tetapi mudah didekati oleh kanak-kanak termasuklah anak-anak buahku.
Aku masih keliru untuk memilih antara dua sosok tubuh yang akan menjadi iman dalam hidup. Apa yang perlu aku lakukan sekarang????
Kepada A dan juga D, aku mohon maaf atas apa yang telah terjadi. Aku berharap kita tidak akan bermusuhan dikala aku perlu memilih antara kalian atau aku yang perlu korbankan perasaan ini demi persahabatan.
– Miya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
tuan2 dan puan2.. jauhilah manusia seperti ini yang manipulatif dan cuma bermain dengan perasaan orang. Sifat narsisistik yang sangat tinggi to the extent sanggup ambil gambar dan hantar pd lelaki lain untuk surprise kononnye. Perasaan superior dia sangat tinggi to the extent she felt she’s entitled to do what she did. Walaupun dalam fasa berkawan people dont deserve what you did to them
‘Prezent’ my as* hahaha
Nak apa sbenarnya? nak ikut perasaan ke nafsu ke syaiton…perintah Allah mcm mana pulak, jaga ikhtilat, ye saya pun bukannya alim tapi yelah, nasihat sesama kaum hawa sebelum apa2 berlaku @ terjerumus zina,
better keluar ngan adik bradik/mak ayah/ kawan perempuan/ avoid keluar ngan bukan mahram, jenayah sekarang kalau nak jadi sekelip mata je
memang ko ni cam playgirl, game ape yg ko mainkan, ko sendiri pun tak tahu kan….
yang perlu kau lakukan sekarang adalah tinggalkan A,B,C,D. terutama sekali, A. sebab kau hanya gunakan dia je. betul lah apa A cakap tu. “game apa yang awak nak main ni?”. kau kata rimas dengan C, tapi time birthday keluar juga makan dengan C? huh??
apa pun, semoga A, B, C, D berjumpa dengan pasangan yang baik dan berkahwin dan berbahagia selamanya hingga ke anak cucu.
Harap kesemua A B C D tak pilih kau. Dan kau jumpa Z yg kaki perempuan. Baru ada akai.
harap A,B,C,D,E,F buat something kat confessor ni baru tau langit tinggi rendah. jalan atas bumi angkuh sgt mcm la smue org tergilakan ko. lolz. KO JELA TERPALING JADI REBUTAN
terpaling lawo la eh ? sampai ramai nak berebut . murahan betul eh ko ni . tu je la aku boleh komen . kesian kat A B C D
Adik, tlg matang dalam pemikiran dan tindak-tanduk. Jangan fikir pasal perasaan cinta/persahabatan dgn lelaki je tp kau xde improvement dlm hidup. Aku tau kau muda lg, so kerja kuat², stabilkan life kau, kumpul aset dll. Mmg umur mcm kau ni semua benda kau nk try lagi pulak bila ramai berebutkan kau tp tlg jgn hanyut dgn semua tu..kau nak cari imam yg baik, perbaiki diri kau dulu, tingkatkan iman, jgn sesuka hati keluar dgn org bukan mahram, jaga diri kau baik², jadilah perempuan yg mahal..panjang lg perjalanan hidup kau
poyoooooo