Hi, saya wanita bujang yang mencecah 34 tahun, bekerja dalam bidang professional. Saya cuma nak minta pendapat kerana dibelengu rasa bersalah tapi dalam masa yang sama saya tak rasa saya bersalah. Huhu..
So, dipendekkan cerita saya berkenalan dengan seorang lelaki yang usianya tua 5 tahun dari saya yang saya namakan Iskandar.
Kami berkenalan pada usia saya 29 tahun dengan tujuan mendirikan rumah tangga. Iskandar seorang penjawat awam Gred 44 yang mempunyai kerja yang stabil.
Masuk tahun ke-2 perkenalan kami, beliau sudah pun membeli rumah tanpa bertanyakan saya dahulu. Agak terasa hati disitu, tapi saya hanya pendamkan sebab fikir yang kami masih belum mempunyai apa-apa ikatan.
Disebabkan perasaan tidak senang, saya mula persoalkan tentang hubungan kami. Saya mula minta dia datang rumah untuk berkenalan dengan ibu bapa, namun hampa.
Setiap kali saya timbulkan isu perkahwinan, dia pasti mengelak. Dah berkali juga saya tanya apa yang halangan untuk kami berkahwin, tapi tiada jawapan.
Saya semakin ‘anxious’ memandang usia dah semakin lanjut. Lelaki mungkin tiada masalah untuk berkahwin lambat, tapi suka atau tidak wanita ada ‘expiration date’.
Masuk tahun ke-5 (last year), saya bertanya lagi soal perkahwinan. Alhamdulillah, dia cakap next year (2025). Saya kata, tunggu saya balik bercuti dari Osaka pada awal Disember 2024 then kita bincang.
Balik trip, saya send video Checklist Pertunangan dengan harapan dia akan buka topik ni. Sebab saya dah malu nak tanya banyak2 kali, macam memaksa pulak.
Tapi as expected, hambar. At this moment, hati saya dah tawar-setawarnya. Ibu ayah pun dah nampak macam tak restu.
One fine day, ada someone DM di Instagram ingin berkenalan. Disebabkan dia orang dekat dan ada kenalan saya yang kenal dengannya, saya bersetuju untuk berjumpa walaupun baru seminggu berkenalan.
First time berjumpa, saya mendapat princess treatment dari dia. Very respectful, decisive dan full of humour. That time, saya tersedar yang selama 5 tahun saya berada dalam toxic relationship.
This new guy hadiahkan seutas gelang tangan (bukan yang mahal, just yang biasa beli di kiosk kecil dalam mall). I almost cried. Seriously.
Secara jujurnya, dalam 5 tahun perkenalan saya tak pernah dapat apa-apa hadiah. So, enough is enough.
Balik, saya terus mesej Iskandar yang saya nak end our relationship.
Iskandar menyalahkan saya, dia kata kami dah berjanji nak kahwin this year. Sampai hati saya katanya. Terus saya rasa bersalah. Huhuhu..
Am I guilty for choosing my own happiness?
– Miss Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
nope you good … you have done well. Tp jgn lupa istikarah. Apa2 keputusan istikarah (2 rakaat jer).