Hi assalamualaikum semua. Saya nak tanya, salahkah saya sebagai menantu perempuan bila ada rasa benci, tak suka, meluat dengan mertua? Mertua saya ni luaran nampak baik macam malaikat. Belakang nauzubillahiminzalik.
Dia tak nampak diri dia jahat. Dia tak nampak diri dia mengata orang sana sini. Dia anggap diri dia tu terpaling baik. Mak saya tu, macam2 dia kata2. Saya tahu. Tapi mak saya tak akan bagitahu saya sebab mak saya taknak saya benci mak mertua saya tu.
Saya pun tak berani nak tanya. Sebab bila saya tahu sesuatu benda yang saya tak suka tu. Saya akan jadi meluap2 rasa benci. Saya akan jadi berdebar menahan rasa sakit hati. Jadi better saya tak tahu apa yang dia kata2 kat mak saya.
Saya saya dapat tahu sikit2 ni pun dah buat saya benci sangat kat dia. Dia memang pandang rendah habis2an kat saya ni sebab saya ni suri rumah je dia kata. Tak ada pendapatan. Anak dia sahaja yang cari rezeki!
Saya terdengar mak saya kata, dia pernah kata kat mak saya. Biar la. Anak saya juga yang cari rezeki! Dia memang mood suka swing. Mood baik dia berubah la jadi malaikat, mood dia kena rasuk dek setan, habis saya dengan mak saya d kata2.
Antara menantu semua, saya rasa saya ni la terpaling sabar layan karenah dia. Keluarga saya anggap dia macam keluarga dah. Tapi dia suka buat taik kat mak saya. Pernah dia tak bercakap dengan mak saya. Dia buat mak saya macam apa. Saya simpan benda ni dalam hati sampai saya mati.
Mak saya sampai nak menangis bila cerita dengan saya macam mana layanan dia dengan mak saya. Saya sedih sangat tengok mak saya. Saya percaya mak saya pun trauma nak datang umah saya kalau ada dia. Tapi yang jahatnya dia bagitau orang mak saya ni la yang tak layan dia berhari2.
Bukan anak menantu je pernah ada masalah. Orang sekeliling pun pernah ada masalah dengan mak mertua saya ni. Dia dok cerita itu ini itu ini.
Lama2 baru saya faham. Mungkin bukan masalah orang lain, tapi masalah dia sendiri yang buat orang tak suka kat dia sendiri. Dengan orang ni dia kata2 yang itu. Dengan orang tu dia kata2 orang yang ni. Depan2 dia memang puji melambung. Belakang habis di kata2.
Ikutkan hati, saya ni nak kerja. Tapi bila fikir anak2 saya jadi kesian. Saya bukan tak ada pelajaran. Saya ada ijazah. Tapi bila fikiran yang dia berkias macam nak kata ‘anak dia ja cari rezeki, saya ni tak bagi apa2’ macam saya sakit hati pulak. Anak menantu dia yang lain semua bekerja, tapi saya tengok tak ada pun yang respek dia. Saya sorang la yang sabar layan perangai dia.
Ada haritu saya dengan suami bergaduh besar. Masa tu saya dah bagitau dia perangai mak dia. Saya ni dia kata macam2. Saya ni dia buat macam2. Saya tak pernah bagitahu suami sebab saya nak jga air muka dia. Baru2 ni saya bagitau jugak, saya tak mau dah mak saya dengan mak dia sama2 datang rumah kami. Sebab kes yang tak berckap. Kes ni bukan sekali, tapi berkali2.
Suami saya kata, awal tahun tu kali terakhir la bagi diorang sama2 ke rumah ni. Lepas ni bagi datang asing. Mungkin dia sendiri perasan. Saya malu dengan mak saya dengan adik beradik saya. Mesti mak saya cerita jugak. Sebab dia kalau sedih dia kan cerita kat akak saya meluah rasa.
Mak mertua saya perangai macam tu. Dengan anak menantu lain saya tak tau la dia buat macam tu ke tak. Ke sebab saya ni sabar tak pernah kata2 kat dia sebab tu dia buat saya dengan keluarga saya macam tu?
Sebelum ni anak menantu lain pernah bertahun2 berbulan2 tak bertegur dengan dia. Tinggikan suara, mengata2 kat dia. Saya sorang ni jela masi sabar. Sebab saya fikir itu mak suami saya. Saya masih jaga hati suami saya. Tapi kalau dia berterus2an buat saya macam tu, sampai bila saya boleh sabar?
Bila dia ada masalah dia datang mengadu dengan saya. Tapi bila datang perangai dia, habis saya ni dia kata2. Macam tak berguna sangat la saya ni. Saya ni kalau tak ada anak2 dah merata saya pergi cari kerja. Dia bangga2kan sangat orang yang bekerja lagi2 kerja kerajaan.
Kalau nak diceritakan, terlalu banyak yang saya simpan dalam hati ni. Terlalu banyak yang saya pendam. Ada yang saya ceritakan kat suami. Ada yang saya simpan je sendiri sebab nak elak masalah dengan suami di kemudian hari. Saya kadang2 tu sampai trauma nak bagi dia datang rumah saya kalau ada mak saya.
Saya berdoa sungguh2 selagi dia hidup, saya taknak suami saya pindah dekat kampung. Biar kami hidup merantau. Sebab saya dapat rasakan, akan ada banyak masalah yang timbul. Sebab dia pernah nyatakan nak tinggal dengan suami saya kalau suami saya dapat balik kampung halaman.
Sampaikan saya pernah doakan semoga dia cepat meninggal. Salahkah saya? Berdosakah saya ada rasa macam tu? Perbuatan dia ni kalau saya ceritakan terlalu banyak. Tapi saya sedar dia memang tidak pernah menganggap menantu dia sebagai anak. Sebab dia kata ‘mahal2 anak aku bagi hantaran’ means dia nak maksudkan anak dia rugi bagi hantaran sebab isteri dia tak kerja?
Tiap kali saya ingt kata2 dia, tiap kali tu jugak saya trauma. Saya sakit hati. Saya benci. Sampaikan saya fikir macam mana alasan taknak bg dia kerap datang sini, macam mana saya tak nak balik kampung dia lama2. Tapi bila saya fikirkan suami saya tentu rindukan mak dia jugak dengan keluarga dia.
Tapi keluarga dia memang huru hara. Makcik pakcik sepupu sepapat hampir sama perangai semua. Sejenis yang kau tak buat salah tiber kau kena benci. Dulu saya tengok layanan dia dengan mak tok suami saya. Dia pernah cakap dengan saya waktu puasa ‘mak tu da tua, pagi2 goreng ikan. Habis bau semua orang terhidu. Dah tua2 tak puasa. Tak malu ke orang. Solat tidak puasa tidak’.
Pada saya ok la dia tegur bab solat dan puasa. Tapi tidak sepatutnya dengan cara macam nak jatuhkan air muka dia. Dengan meninggi suara macam tu. Saya pula yang segan. Mak tok tu tak dapat nak puasa sebab ada gastrik teruk. Lagipun umur dah 85 90 macam tu.
Setakat ni suami saya masih ok lagi. Saya cerita dengan dia pun dia tak ada nak salahkan saya dengan mak saya ke. Mungkin sebab dia nampak. Lagipun saya ni tak pernah kurang ajar dengan mak dia sepanjang 10 tahun hidup bersama. Mungkin didikan mak ayah saya.
Tapi jauh disudut hati, saya masih menyimpan rasa terhadap mak mertua saya. Kata2 dia tu memang saya semat dalam hati. Perbuatan dia dekat mak saya pun, saya akan ingat sampai mati.
Dia pernah je kata anak saya. Dia banding2kan anak saya dengan cucu dia yang lain. Kononnya cucu dia yang lain tu terpaling dengar cakap dia la. Anak saya ni jenis tak dengar cakap. Budak 5 tahun, dia tazkirah. Dia kata tak reti nak dengan tazkirah dia. Hanya sebab anak saya seronok bermain dengan sepupu yang hanya setahun sekali je dia jumpa.
Korang rasa teruk sangat ke suri rumah yang tak ada pendapatan ni? Dia rasa anak dia boleh ke keluar cari rezeki kalau tak ada isteri dia yang jaga anak2 di rumah? Setakat gaji berapa nak hantar anak2 kat taska. Hidup ditengah kota raya serba serbi maju ni gaji 3 4k tak akan cukup.
Korang rasa berdosa ke saya ni doa dia cepat2 meninggal. Sebab saya dah tak boleh nak hadap perangai dia. Mungkin kesabaran saya pun dah senipis kulit bawang. Sebab bila saya teringat je kata2 dan perbuatan dia saya jadi stress, saya anxiety jantung berdegup kencang. Saya betul2 trauma.
Korang rasa jahat ke saya? Berdosa ke saya simpan dalam hati? Maaflah saya ni bukannya nak membuka aib ka apa. Tapi saya sekadar nak luahkan apa yang terbuku dalam hati saya. Sekurang2nya rasa macam lega. Saya nak bercerita di sini sebab saya masi nak jaga air muka mak mertua.
Sekarang, saya rasa saya pulak macam talam dua muka. Bila mana saya rasa ok. Saya kesian dengan dia. Tapi jauh disudut hati sebenarnya saya benci.
Saya cemburu tengok orang lain dapat mak mertua baik2 belaka. Mak saya pun tak pernah buat jahat dekat anak menantu dia. Semua dilayan sama rata. Untung siapa dapat mertua yang baik. Layan macam anak sendiri. Mak mertua saya ni. Hmmmm sedih saya.
Saya minta doa dari kalian semua, doakan rumahtangga saya sakinah mawwadah warohmah ya. Doakan supaya rumahtangga kami ni jauh dari masalah yang disebabkan mak mertua saya tu. Terima kasih buat siapa yang sudi membaca.
– MrsE (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit