Assalamualaikum dan hai. Syukur sekiranya confession ini disiarkan. Namaku Mastura (nama sebenar-sesiapa yang cam mohon jangan tag aku hahaha), fresh graduate dari salah satu ipta di Malaysia dalam bidang engineering. Tapi bukan fresh mana pun sebab dah lama aku grad, hujung tahun 2016. Sekarang dah 2018. Alahai cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru ambik SPM semalam.
Confession aku kali ini berkisarkan tentang perasaan serba salah yang berterbangan dalam jiwaku ketika ini. Hmm, dia macam ni… Sebelum sebelum ini aku ada banyak memohon jawatan kosong yang diiklankan dari pelbagai tempat, macam macam website yang sudah aku jelajah serta berbagai jenis pekerjaan yang aku pinta. Kira kira 400 permohonan yang aku buat, cuma beberapa sahaja yang offer untuk interview. Ada yang aku dapat pergi dan ada yang tak dapat hadir disebabkan masalah tertentu.
Akhirnya dapat juga kerja tapi call centre. Aku terima sahaja. Hampir setahun hadap, aku tak tahan dengan perangai kebanyakan manusia yang mukanya bertalam talam. Ramai pula spesis sebegini rupanya. Baru aku tahu realiti dunia pekerjaan. Sampai satu tahap bila aku dipersalahkan atas kesalahan orang lain pun aku cuma ketawa. Kelakar dan malas nak membising dan membongak. Habis habis tamat kontrak aku berhenti.
Setelah sebulan menganggur, baruku tahu erti penyesalan tak cari kerja awal-awal. Tapi akhirnya aku dapat jugak panggilan interview daripada sebuah syarikat yang boleh tahan besar. Dia punya proses temuduga boleh tahan strict walaupun cuma jawatan operator yang ditawarkan. Ya, aku memang sejenis orang yang tak kisah kerja apa asalkan halal.
Cuma yalah, bila ada ijazah dan nak mohon jawatan yang cuma nak sijil, dikatanya kita over qualified. Bila mohon untuk kelayakan ijazah, dikatanya tiada pengalaman. Habis, kerja apa yang patik boleh dapat huhuhu.
Okay balik semula pada kisah aku mohon untuk jadi operator. Aku mohon under agensi. Jadi aku diajar oleh agensi supaya menyorokkan kelayakan ijazah sarjana muda yang aku ada. Sebabnya semua yang sebelum sebelum ni memang bila tahu ada bachelor degree reject terus. Makanya, disebabkan terdesak aku menipu interviewer mengatakan aku tak sambung belajar walaupun result cantik.
Sumpah demi Allah, bukan niat aku nak menipu. Bukan. Aku cuma nak mencari beberapa suap rezeki supaya aku dapat agihkan kepada keluarga aku. Kami bukan orang senang. Ayah dah tak ada. Mak dan kakak yang banyak tanggung adik beradik yang semuanya masih sekolah dan belajar universiti. Tiga belas orang semuanya. Gaji mak tak besar, gaji kakak pun tak besar bila tolak situ tolak sini. Sampai makin lama makin kesian aku tengok dia yang kering mungkin disebabkan selalu ikat perut. Tapi apakan daya rezeki dari segi pekerjaan belum sampai ke alamat aku.
Ada orang dia mintak senang je dapat. Sekali dapat gaji tiga empat ribu tu. Tapi aku tak mengharapkan gaji banyak pun, cukup kalau aku mampu guna untuk family. Ada orang gaji siap boleh menyimpan buat beli rumah. Rezeki masing masing, sikit atau banyak masih cukup. Syukur… Cuma aku harap jangan dipertikaikan dan memomokkan orang yang tak mampu ini.
Aku betul betul terdesak. Mak dan adik adik sekolah perlukan duit. Kesian kakak aku yang asyik menanggung derita seorang diri. Aku faham walaupun aku tak tunjuk aku faham. Dan sekarang, aku rasa bersalah. Betul ke tindakan aku menipu tentang kelayakan aku? Tapi bila fikir balik, ada apa sangat dengan kelayakan. Aku bukan menipu pun, aku cuma sorokkan. Besar sangat ke penipuan aku ni?
Aku mengantuk. Maaf kalau tulisan berterabur. Terima kasih untuk semua yang memberi pandangan.
– Pengemis Pekerjaan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit