Salahkah Aku?

Assalamualaikum semua. Nama aku Ana. Aku nak share pengalaman aku sepanjang aku menjadi seorang ipar dan isteri. Permulaan alam perkahwinan aku ni tak seindah orang lain.

Aku ni boleh dikatakan terang terangan ditentang habis oleh ahli keluarga mereka untuk diterima sebagai menantu dan isteri kepada suami aku.

Alhamdullillah setelah setahun berkahwin aku diterima baik oleh family mertua aku dan aku pun selamat bersalin kepada anak sulung aku.

Awal perkahwinan aku ni pun tak seindah orang lain. Orang lain sibuk berbulan madu. Aku dengan suami sibuk bekerja dan bercuti pun sehari sahaja di hotel bajet dengan kereta buruk suami yang dibeli sebelum kahwin.

Yang kelakarnya, aku dan suami ditegur oleh kakak ipar aku secara terangan dalam group family mereka kerana kami bercuti sehari pergi ke melaka dari tempat tinggal kami naik kereta buruk.

Aku tahu niat dia baik sebab takut apa-apa berlaku pada kami tapi boleh tak dia tegur secara personal.

Bagi aku benda kecil macam ni amat mengguris hati aku. Lagipun kami tak bagitahu sesiapa pasal kami ke melaka sebaliknya aku ada update dekat wasap status sebab aku terlalu gembira.

Aku gembira kerana ini percutian pertama aku dalam hidup aku. Aku dilahirkan dalam family yang susah dan semua harus berjimat. Kami sekeluarga tak pernah bercuti jadi bila suami aku usulkan bercuti sehari aku iyakan sahaja.

Masuk tahun kedua perkahwinan kami, aku dan suami diuji dengan kehilangsn kerja kerana pandemic. Aku galau seketika. Aku tak lama2 termenung.

Aku terus buat srgala kerja halal yang boleh bagi keluarga kecil aku makan. Begitu juga suami. Namun, dalam situasi pandemic ini kami terkesan mental dan fizikal. Aku hari2 gaduh dengan suami sehingga suami naik tangan.

Masa tu aku nekad nak cerai namun di pujuk oleh keluarga aku dan mertua. Kami berbaik semula dan aku bersyukur kerana aku mendengar nasihat mereka. Tapi kesan dari pandemic itu aku ada disorder personality. Dalam pendemic aku dan suami dapat kerja.

Dalam orang kehilangan kerja, aku dan suami ada rezeki bekerja. Kehidupan kami perlahan2 stabil semula.

Pada perkahwinan tahun ketiga suami mengambil keputusan untuk tukar kerja untuk gaji yang lebih baik. Alhamdullilah rezeki sekali lagi berpihak pada kami dan aku ketika itu naik gaji. Ketika ini, dunia masih dilanda pandemic.

Kami mula berangan beli rumah dan kereta baru.

Dalam aku berangan sekali lagi kami ditegur ipar supaya tidak terbang terlalu jauh. Kecewa aku ketika itu.

Aku dan suami mula diam2 simpan duit untuk beli rumah pertama dan alhamdullillah kami berjaya dan kami sudah pun pindah ke rumah baru kami. Kami pun sudah ada kereta baru. Anak kami pun sudah tadika.

Tapi yang buat aku terfikir ini salah aku. Sebab aku melihat kami berdua banyak terima bantuan dari mertua aku sampai ada anak yang tak senang dengan pertolongan itu.

Aku kerja 8-5.30 petang. Kerja office. Suami pula kerja shift. Tadika anak aku pula tutup pukul 6.30 petang.

Perjalanan aku dari office ke tadika ambil masa 2 jam. Jangan cakap aku tak cari tadika dekat dengan tempat kerja aku, dekat tempat kerja aku tak ada tadika.

Dekat rumah aku pun sama. Tadika hanya ada berdekatan rumah mertua aku. Setiap hari mertua aku akan ambik anak sulung aku. Aku tak minta pertolongan mertua tapi mertua sendiri yang nak buat. Mereka cakap mereka takde kerja nak buat.

Ambik anak aku balik tadika pun dah kira senaman untuk mereka. Takdela mereka terperap dalam rumah. Anak kedua aku bergilir jaga dengan suami.

Bila dia nak gerak pergi kerja pukul 5 petang dia akan singgah office aku dan serahkan anak kedua kami pada aku. Itu lah rutin kami setiap hari.

Berbalik pada anak sulung kami. Bila mertua selalu ambik balik dari tadika, mulut-mulut mula berbunyi.

Ada la seorang ipar aku ni pernah cakap, ambik anak aku balik tadika ni dah jadi tanggungjawap mertua aku. Pastu kami pula tak pernah hulur duit dekat mertua. Aku diam sebab aku tahu benda ini salah.

Tiap bulan kami tak pernah tak bagi mertua kami duit belanja. Mungkin tak besar seperti dia tapi kami bagi semampu kami. Lagipun suami aku ni jenis tak rapat dengan adik beradik sendiri.

Pernah aku tanya kenapa jadi macam tu. Dia cakap untuk elak gaduh besar. Mula aku tak faham tapi bila ipar aku mula serang aku secara halus aku mula faham.

Suatu hari suami aku bergaduh dengan salah seorang ipar aku. Aku tak tahu apa apa. Aku dengan penat baru balik kerja, kena settle rumah dan anak lagi terpaksa hadap dengan amukan ipar aku yang tidak puas hati dengan suami aku.

Puncanya suami aku sudah lama pendam rasa tidak puas hati tapi dia diam. Dia meledak hari pun sebab anak kami bermain dan anak ipar aku tu pergi tuduh anak aku yang tolak tv rumah mertua hingga jatuh. Anak pula kena balun dengan mertua.

Suami aku tak puas hati sebab anak aku ni jenis main sendiri. Baik dekat sekolah atau dekat rumah mertua. Suami aku soal siasat time juga dengan anak buah dia sampai la budak tu mengaku takut2.

Ingatkan lepas mintak maaf hal settle dah rupanya ipar aku tak puas hati bila anak dia kena jentik. Mertua aku bersikap neutral. Hal anak anak dia tidak masuk campur nanti akan nampak berat sebelah.

Suami aku pula masa tu, mula luahkan semua pada ipar aku tu apa yang dia tak puas hati termasuk dengan percutian family yang ipar aku anjurkan setiap tahun itu.

Collection duit buat sama rata tapi setiap kali pergi bercuti betsama hanya kami yang kena booking bilik asing sekali lagi sebab ipar aku booking bilik tak cukup.

Selama 4 tahun perkahwinan ni suami aku diam. Tapi hari ini dia luahkan semua dan suami aku terus balik rumah.

Memang aku nampak suami aku ada rumah time tu.

Belum sempat aku bertanya ipar aku sudah call dulu. Siap marah kenapa aku perlu bercerita dengan suami aku hal sebegini. Suami aku ni dah tak dengar cakap. Asyik ikut cakap aku. Aku tak tahu apa-apa tapi kena tuduh juga.

Suami aku tahu ipar ada call aku, dia cakap jangan peduli. Apa-apa hal keluarga sebelah dia nanti, dia nak aku pun stay out macam dia.

Aku mula terfikir mereka sebenarnya terima ke aku sebagai ipar mereka? Salah ke aku kahwin dengan suami aku? Aku pun tersepit.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *