Assalamualaikum admin. Terima kasih approve confession aku. Hari ni aku terpanggil untuk kongsi cerita family aku sendiri selepas adik aku forward satu confession dari page ni tentang poligami.
Selalu kalau cerita tentang poligami orang akan salahkan isteri kedua kerana jadi perampas suami kepada isteri pertama. Tahukah anda, bukan semua yang jadi isteri kedua itu dengan kehendak sendiri? Ya. Aku anak daripada isteri kedua. Dari kecil lagi kami adik beradik kerap ditinggalkan ayah. Bila tengok ayah tak balik rumah kami akan tanya mak mana ayah. Mak akan cakap ayah kerja malam. Sampai lah kami besar, kami mempersoalkan benda ni antara adik beradik. Mungkin Allah nak tunjuk, satu hari aku jumpa salinan ic ayah aku tapi beralamat lain. Bukan alamat rumah aku. Masa tu aku dah tingkatan 2. Lepas bincang dengan adik beradik aku, akak aku mintak siasat alamat rumah tu sebab sekolah aku dah dekat dengan rumah tu. Berbekalkan alamat yang tulis di kertas, dengan naik bas, ditemani seorang best friend aku, aku hanya bergerak ikut naluri ke arah rumah tu. Mungkin betul-betul Allah nak tunjuk, jalan ke rumah tu dipermudahkan. Aku berhenti di satu rumah yang ada motor dan baju hujan ayah aku. Aku bagi salam dan seorang perempuan muda mendukung anak die muncul depan pintu. Mati-mati aku ingat tu bini muda ayah aku!
Selepas itu berlaku sikit drama depan pintu bila aku tanya perempuan tu siapa and die tak nak jawab. Dia suruh aku balik tanya ayah aku sendiri. Bila aku cakap tolonglah kak dengan suara nak menangis, dia panggil aku masuk rumah sebab takut jiran dengar. Lepas die cerita yang die anak isteri pertama dan aku anak isteri kedua, berjurai lah air mata aku rupanya aku ni berkongsi bapak. Lagi menghiris hati aku bila akak tiri aku ni cakap satu family dia tak boleh terima family aku sebab dieorg anggap mak aku perampas.
Lepas kongsi cerita tu dengan adik beradik, kami buat keputusan untuk senyap dan tak tanya mak tentang benda tu. Sampai lah masing2 dah besar, mak bukak cerita tu sendiri. Mak aku bagitahu masa kawin dengan ayah aku, die tak tahu ayah aku ni dah kawin dengan mak tiri aku. Lagi best, arwah atok dengan nenek aku, and adik beradik ayah aku berpakat rahsiakan ayah aku dah kawin. Motif? Dieorang berkenan kat mak aku dan tak suka mak tiri aku. Proses pemalsuan dokumen mengatakan ayah aku bujang sangat senang dilakukan zaman tu memandangkan arwah atok aku jugak bukan calang-calang which is ada cable.
Sehari lepas kahwin, baru ayah aku terus terang yang mak aku sebenarnya isteri no 2. Maka terkejut beruk lah mak aku dan mengamuk mintak cerai. And yes, lepas kakak sulung aku lahir, bercerailah mak ayah aku (aku pernah jumpa dokumen cerai ni dalam almari jugak). Tapi rujuk semula lepas ayah aku menangis cakap nak sehidup semati dengan mak aku. Aku respect mak aku sebab die simpan rahsia die isteri kedua sampai arwah mak ayah die meninggal. In fact adik beradik die pun x tahu sampai sekarang. Sebab die x nak family die terkejut.
Apa yang aku sedih, sampai sekarang ayah aku gagal nak satukan family kiteorg dengan family belah sana. Bayangkan lah raya pertama kiteorg beraya tanpa ayah. Bila ayah dapat call dari mak tiri atau adik beradik belah sane, dia akan lari balik cepat2. Sebab ayah aku agak takut dgn family belah sana. Hatta kenduri jiran pun ayah aku kelam kabut balik sebab mak tiri aku call suruh balik cepat. Kiteorang adik beradik dan mak smpai satu tahap dah lali bile ayah aku xde. Masing2 berdikari masa usia yang muda. Belajar amik lesen kereta supaya senang nak amik mak balik kerja dan adik balik sekolah. Sebab sebelum ada kereta kami ditinggalkan oleh ayah naik bas awam. Banyak lagi cerita kami ditinggalkan oleh ayah terkontang kanting. Paling sedih, aku dapat anugerah pelajar terbaik di sekolah masa tingkatan 5 dan yang hanya ade dengan aku ialah mak!
Membesar dengan mak, Alhamdullilah kami adik beradik semua lulusan universiti sebab tengok mak susah payah besarkan kami sorang2 tanpa ayah. Jujur aku cakap, kiteorang lebihkan kasih sayang untuk mak berbanding ayah. Sampai satu tahap adik aku cakap takut nak kahwin sebab trauma dengan lelaki, tengok ayah aku tak mampu berlaku adil. Ayah aku hanya ada pada nama. Tapi aku selalu ingatkan adik-adik aku, maafkan ayah. Walaupun dia kurang bertanggung jawab tapi ayah bukan kaki pukul, kaki judi, kaki botol. Cuma kami tak dapat kasih sayang seorang ayah macam keluarga lain. Doakan supaya Allah ampunkan dosa ayah kerana tak mampu berlaku adil. Sampai sekarang, aku tak pernah kutuk atau hina bila orang bercerita tentang isteri kedua merampas isteri pertama. Sebab aku tahu semua orang ada cerita sendiri, dan mak aku bukan kalangan perampas. Ya Allah, kurniakan syurga buat mak :’)
– Miss Z
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit