Salahkah Aku Bersedekah?

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin jika confession ini dipublish. Aku seorang gadis berumur awal 20an sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.

Jika ada diantara yang membaca ni rasa-rasa macam kenal aku hahaha sokay lagi bagus kan apa yang aku pendam dapatlah disampaikan secara tak langsung kepada anda disamping nak meminta pendapat daripada rakyat Malaysia sekalian.

Jadi ceritanya begini, aku ni sejak dah menginjak dewasa ada niat untuk menjadi orang yang lebih baik. Aku mempunyai satu prinsip hidup dimana aku berpegang kepada ajaibnya sedekah.

Dalam Islam digalakkan bersedekah malah mati pun amalan sedekah akan dibawa sekali.

Aku selalu baca di media sosial yang kalau kita memberi (bersedekah) Allah akan balas lebih lagi.

Ada juga aku baca pengalaman orang dimana dia tak cukup duit belum gaji tapi tiba2 bertemu dengan orang yang lebih memerlukan dan dia bersedekah kepada orang itu selepas itu keajaiban sedekah berlaku dimana dia terima banyak rezeki yang tak disangka2.

Jadi dari situ aku didik diri aku untuk kalau ada (duit/ kudrat/ apa apa saja) jangan takut memberi kerana kita akan terima lebih lagi.

Bagi aku urusan rezeki tu urusan Allah, kita tak perlu takut. Terkadang kita akan diuji walaupun dah memberi tapi aku percaya ada hikmah rahsia Allah yang kita taktau.

Yang penting nya rezeki bukan hanya dalam bentuk duit tapi banyak lagi rezeki nikmat lain atas dunia ni seperti,

Kesihatan, cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya, kegembiraan, dapat pasangan atau orang2 sekeliling yang baik dan banyak membantu, dapat anak2 yang baik, dapat tidur lena, dipermudahkan segala urusan,

Kalau time takda duit tapi Allah bagi tak rasa lapar pun sebab kita takda duit nak beli makanan pun rezeki juga bagi aku,

And paling penting dapat bernafas pun nikmat yang sangat besar bagi kita semua atas izin Allah serta terlalu banyak lagi nikmat rezeki yang tak terhitung di atas dunia ini.

Aku ni pelajar universiti yang mmng bergantung penuh kepada parent. Parent bagi duit belanja setiap bulan dan ya aku tahu aku ni tak hebat macam anak orang lain yang ada side income buat part time ada duit sendiri.

Aku mengaku itu kelemahan aku sebab aku takut tak boleh fokus kalau kerja dan belajar at the same time.

Aku mengaku di umur begini pun aku masih mengharapkan duit mak ayah. Ada juga minta biasiswa tapi belum rezeki insyaAllah ada rezeki yang lebih baik nnti.

Jadinya sekarang ni kan covid, dipendekkan cerita duit yang sepatutnya spend sewaktu di universiti dapatlah jimat sikit sebab tak balik kampus. Aku pun rasa nak bersedekah kepada ahli keluarga. Orang kata kalau nak tolong orang, tolong ahli keluarga dulu.

Dalam situasi aku ni bukanlah menolong pun tapi atas niat aku nak menggembirakan orang sekeliling aku sebab aku ni useless jadi aku fikirkan cara macamana nak buat diaorang happy once in a while bukan selalu pun.

Jadi aku plan nak bagi surprise delivery pada hari lahir mereka. Kebetulan hari lahir family members aku ni dekat2 semuanya. Jadi bagilah surprise nya tu.

Tapi aku rasa diaorang tak happy dengan pemberian aku. Diaorang malah bertanya, “banyak sangat duit bagi hadiah-hadiah ni semua?”

Ya aku tau duit beli hadiah tu bukan duit hasil titik peluh aku sendiri sebab aku belum bekerja lagi jadinya nampak macam effort aku tu nothing la sebab bukan duit aku pun.

Aku faham kita tak boleh paksa orang untuk suka apa yang kita buat walaupun hakikatnya pemberian tu nak buat dia gembira tapi kalau dah ke lain yang dipikirnya aku boleh buat apa kan?

Aku rasa sangat terganggu dengan mindset dan statement dimana macam useless sangat aku ni bagi hadiah guna duit mak bapak alaa apalah sangat kan. Macam budak-budak saja aku ni.

Pada pemikiran aku, aku nak cherish every moment. Kita ni taktau mati bila, berapa banyak lagi masa kita ada atas dunia ni. Jadi aku rasa selagi ada masa kita hargailah sebaiknya sebelum terlambat.

Nak tunggu aku ada kerja gaji besar sudah tentu2 makan masa bertahun lagi.

Untuk bagi hadiah yang sekali sekala aku pikir sekarang ada duit yang cukup so why not kan daripada tunggu ada kerja yang ntah bila, entah-entah tak sempat nak happy kan orang sekeliling aku dah mati dulu. So aku pikir masa yang ada ni patut dihargai dan cherish every moment.

Tapi tulah tak semua yang kita sangka akan jadi kan. Tak sangka aku dapat response macamtu.

Ayat dia simple saja tapi dapat response sama dari hampir semua “banyak sangat duit tu” “jangan membazir duit tu”. Aku mengaku aku ni budak muda lagi senang terkoyak cepat terciduk hahaha giteww.

Macam aku cakap la aku ni masih muda, belum kenal lagi dunia sebenar, mungkin orang dewasa ni dia pikir duit tu baik beli keperluan makan minum bayar bil itu ini ke kan. Betul aku tak nafikan tapi yang aku nak tegaskan disini kelebihan bersedekah tu yang aku kejar.

Aku seronok kalau diaorang rasa gembira terima surprise tu semua aku tak harapkan apapa balasan pun. Tak perlu beri aku hadiah sebagai balasan pun takpa asalkan diaorang gembira. Tapi sayangnya lain pula yang dipikir.

Aku dah plan surprise delivery untuk semua orang yang aku sayang sepanjang tahun ni, bukan keluarga saja kawan-kawan yang aku hargai pun aku dah plan nak beri hadiah mengikut kemampuan aku,

Tapi sekarang ni rasa down la pula, macam berdosa saja aku bagi hadiah ni. Orang tak suka pun, orang kecam lagi ada.

Aku niat aku memberi (bersedekah) ni juga atas nama mak ayah aku sebab itu dari duit diaorang juga.

Lagi satu bukan sekadar sedekah hadiah2 ni aku juga try sedekah yang orang minta dana buat surau ke atau kadang2 belanja kawan2, bukan nak riak tapi tulah, duit tu bukan duit aku pun duit mak ayah aku,

Aku ni apalah sangat useless je. Aku ni kalau boleh nak bersedekah yang jenis tangan kanan memberi tangan kiri taktahu tu hmm.

Jadi sebagai budak muda, maaflah bahasakan diri sebagai aku klau yang membaca ni rata2 Encik/Puan, nak minta pendapat dari anda semua betul ke apa yang saya buat ni?

Dari sudut orang dewasa apa nasihat anda kepada saya? Apa yang patut saya lakukan atau perbaiki? Perlu ke saya stop beri hadiah2 ni dan bersedekah?

Terakhir sekali saya nak berterima kasih kerana sudi membaca dan harap dapat nasihat2 yang berguna untuk saya.

Sekian, terima kasih…

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *