Salahkah Aku Pilih Hidup Begini?

Assalamualaikum. Aku Maizurah. Suri rumah tangga sepenuh masa. Belum mempunyai cahaya mata.

Alhamdulillah. Aku bahagia. Bahagia sangat dengan suami. Syukur. Cuma ada masanya aku masih sangat ragu-ragu. Betulkah ini jalan cerita hidup yang aku pilih?

Ini bukan cerita perihal rumah tangga aku. Ini kisah tentang aku.

Aku ada kemurungan (Major Depressive Disorder). Sudah tiga tahun dan masih bergantung dengan ubat. Pernah dua kali dimasukkan ke dalam wad.

Kali pertama ‘serangan’ dan kali pertama didiagnos, sebulan lamanya aku di wad. Mungkin kerana terlalu lama menahan rasa.

Akibat kemurungan ini, aku berhenti kerja. Meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (Houseman) atau doktor pelatih.

Mahu fokus pada penyembuhan dan rancangannya ketika itu akan memohon semula pada masa akan datang.

Namun lama kelamaan minat aku kian pudar dan sudah pun terpadam sepenuhnya.

Aku terlalu bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku tak pernah rasa sebahagia ini seumur hidup aku. Sungguh.

Dulu, sejak kecil aku orangnya bercita-cita tinggi. Aku selalu fikir yang aku mesti jadi ‘seseorang’. Aku tak boleh jadi orang biasa-biasa. Aku mesti ada sumbangan pada masyarakat.

Suri rumah tangga sepenuh masa, tidak pernah masuk dalam senarai impian aku.

Tapi selepas aku kemurungan teruk, aku melihat dunia dengan sisi berbeza.

Aku sudah tidak mahu lagi hidup yang aku impikan dahulu. Aku hanya ingin bahagia. Itu keutamaan aku sekarang. Dan aku sangat bahagia menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Salahkah aku pilih hidup begini? Kadang-kadang aku masih berkonflik dengan diri sendiri.

Adakah keputusan sebegini tidak patut? Adakah salah aku hanya fikirkan kebahagiaan diri aku? Salahkah aku korbankan cita-cita aku sekian lama? Salahkah sekarang ini kemahuan aku berubah?

Harap ada yang sudi beri pandangan.

Terima kasih.

– Maizurah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *