Salahkah Aku Tak Nak Tambah Anak?

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession.

Seperti tajuk di atas, aku cuma nak meluahkan kegeramanku yang selama ini telah ku hadap.

Sedikit intro, aku seorang wanita bekerjaya dengan seorang anak lelaki berumur 4 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun.

Suamiku juga bekerja dengan gaji standard B40. Baik orangnya.

Suami aku tak pernah suruh tambah anak. Tak pernah keluar dari mulutnya untuk minta lagi anak. Dia suami yang agak bagus. Rajin membantu kerja rumah, menjaga anak semasa aku bekerja.

Oh ya, aku ni bekerja tak tentu masa. Jadi bila suami cuti weekend, dia yang tolong jaga anak.

Tangga gaji kami jauh berbeza. Suamiku B40. Aku pula M40 dan terkadang mencapai T20 jika rezeki lebih.

Bekerja dalam bidang sale ni income tak menentu, tapi alhamdulillah Allah cukupkan rezeki melalui aku pula.

Isunya sekarang… Aku agak rasa annoying dengan kawan dan orang sekeliling yang asyik suruh tambah anak.. tambah anak.. tambah anak.

Katanya “rezeki dah murah, tambahlah anak”.

Aku takda plan nak tambah anak buat masa sekarang. Salah satu sebab adalah kerana kebanyakkan perbelanjaan keluarga adalah daripada aku.

Aku tak kisah soal tu. Bagi aku, aku juga nak hidup sedikit selesa dan nak sediakan yang terbaik untuk anak.

Sekali sekala bercuti, aku belanja suami sekali. Suami pun baik dan bertanggungjawab ikut kemampuannya. Jadi aku pun tak berkira lah.

Tapi.. aku tak nak kos menyara anak-anak diletakkan atas bahu aku. Itu bukan tanggungjawab aku.

Prinsip aku, selagi suami tak mampu dan tak naik gaji/ income, maka kami akan stay dengan seorang anak. Suami aku gaji kecil.

Jadi apa yang dia mampu setakat ni bayar separuh dari installment rumah,

Kadang-kadang beli mainan anak, beli keperluan asas pun kami kongsi sebab aku selalu beli lebih lagi, dia ada bayar juga kos maintainance kereta dan isi minyak kereta.

Suami aku okay je. Kami bahagia hidup dengan seorang anak. Rasa sudah cukup sempurna.

Tetapi itulah.. terlalu banyak mulut manusia yang suruh tambah anak.

Terkadang aku stress juga tapi cuba sedaya upaya tak keluarkan perkataan “kalau suami mampu baru tambah lagi”. Nanti kang keluar pula ceramah agama suruh jaga aib suami.

Salahke kalau anak seorang walaupun kami agak senang? Dan senang tu sebab dari income aku sebagai isteri dan ibu?

Aku harap pembaca lain tak payahlah suruh orang lain tambah anak, tambah anak. Korang taktau apa yang orang lain hadap.

Kadang-kadang orang tu dah hidup cukup bahagia, tapi orang sekeliling yang memberi tekanan.

Please jangan tanya lagi pasal tambah anak. Sampai masa yang sepatutnya, ada lah lagi anak.

– Mama Singa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *