Salahkah Aku Wujud Didunia Ini?

Buat pertama kalinya aku hanya akan perkenalkan diri aku sebagai AL. Aku hanyalah seorang gadis remaja lepasan SPM yang hidup tak berapa nak indah dan gembira macam orang lain tapi aku masih dibekalkan dengan orang orang sekililing yang amat baik dan bertimbang rasa. Buat masa ni la. Tapi tak semestinya semua tu dapat buat hidup kau bahagiakan? Sebab setiap dari manusia yang kau kenal mesti ada sisi gelap yang tersendiri yang mampu untuk buat hidup kau rasa merana dan tak berguna.

Dan sebenarnya ya. Diorang ada sisi gelap yang buat aku merana..

Aku sebenarnya ada masalah kemurungan. Aku sendiri tak sangka yang aku ada masalah kemurungan dan masalah tu masalah yang melampau untuk aku. Dan aku juga ada masalah anxiety. Kedua duanya adalah ditahap yang agak bahaya tapi syukur aku masih dapat bertahan sampai sekarang. Aku dah alami benda ni sejak sekolah rendah dan sejujurnya aku tak tahu yang aku kemurungan.

Aku cuma nak luah yang sebenarnya orang sekeliling aku tak betul betul kenali dan hargai aku. Sebabnya aku dikenali sebagai seorang yang langsung tidak reti untuk bergaul dan mengambil hati orang sekeliling. Seorang yang amat sombong, serius, pendiam dan tidak ramah. Senang cerita banyak benda negatif yang aku dapat sejak kecil sehinggalah sekarang. Aku dilahirkan dengan sifat fizikal yang kurang berbanding adik beradik aku yang lain yang rata ratanya lahir dalam keadaan yang cantik. Jangan salah anggap. Aku tak simpulkan yang aku kekurangan fizikal seperti cacat tapi dari segi fizikal warna kulit.

Iya. Mereka pandang aku macam budak hodoh dari kecil sebab aku lahir dengan warna kulit yang agak gelap berbanding adik beradik aku yang lahir dengan warna kulit yang putih, cerah, dan bersih. Bila aku dah mula faham dan dapat mengerti apa yang mereka cakap tentang aku ,aku rasa diri aku hina. Tapi disebabkan aku masih budak kecil dan aku tak tahu apa apa aku hanya hidup sama seperti budak budak lain.

Sejujurnya… Aku rasa hina bila rupa paras aku dan warna kulit aku dibandingkan dengan kakak dan arwah sepupu aku. Aku tak cemburu atau dengkikan mereka berdua. Tapi aku rasa sedih kenapa hanya aku yang lain. Kenapa hanya aku yang dijadikan sebagai buah mulut untuk diorang banding bandingkan. Aku masih ingat sampai sekarang yang salah seorang dari ibu saudara aku sendiri kata yang aku ini anak orang india manakala arwah sepupu aku pula ialah anak orang cina. (sepupu aku dah meninggal dan aku sebenarnya rindukan dia).

Sepanjang tempoh aku membesar sehingga menjadi seorang gadis seperti sekarang ,perkara tu masih segar di ingatan aku. Bukan hanya mereka ,tapi kakak aku sendiri pernah kata yang aku ni berkulit gelap. Dan aku dapat lihat wajah megah dia masa tu yang sebenarnya buat aku rasa hina dan nak nangis. Sepanjang aku sekolah rendah , aku tak tahu berapa kali aku menangis setiap malam sebelum tidur disebabkan dia. Sehingga aku pernah terfikir untuk bunuh diri dan melarikan diri dari rumah. Tapi disebabkan aku bimbang akan mak dan ayah aku, aku terpaksa berdiam diri dan haya menelan segala kata kata hina dia dekat aku.

Aku tak pernah sangka yang kakak aku sendiri ada simpan perasaan dengki, tak puas hati, cemburu , dan tak suka dekat aku. Adik kandung dia sendiri. Aku pernah jadi anak bongsu sebelum mendapat seorang adik. Bila aku dah besar ,masuk sekolah menengah baru aku tahu kenapa dia macam tu. Sepanjang aku menjadi adik bongsu, ayah dan mak hanya melayan dan tunaikan permintaan aku hanya kerana aku memegang gelaran sebagai seorang adik. Kakak kau yang kau hormat dan tak berani nak lawan layan kau macam kau hamba dan langsung tak reti nak jaga perasaan kau!

AKU PENAT! AKU PENAT MENANGIS SETIAP MALAM TANPA BAGITAHU SESIAPA TERMASUK MAK AKU! AKU PENAT DENGAR DIA MARAH DAN HINA AKU GUNA CARUTAN!

Kadang kadang aku tertanya tanya..”aku ni anak mak ayah aku atau bukan??” , “aku tertukar dengan anak orang lain ke masa mak aku bersalin??” persoalan soalan ni terkeluar dari benak fikiran aku sendiri sebab aku dah penat sangat. Sepanjang aku sekolah rendah tu ,ada juga ahli keluarga aku yang lain yang suka bercakap dekat belakang. Kata mereka ,aku ni senyap sangat. Okay. Aku tegaskan dekat sini yang sebenarnya aku jadi senyap selepas bersekolah dan selepas aku banyak kali kena marah dan kena hina dengan kakak dan keluarga aku yang lain.

Sejujurnya aku tak suka dengan kakak aku bila dia selalu cari pasal. Tapi aku tetap pengecut. Aku langsung tak berani nak lawan dia sebab dia kakak dan aku adik. Aku tak patut lawan kakak aku sendiri sebab pangkat dia kakak dan aku masih ada sifat hormat dalam diri untuk hormat orang yang lagi tua dari aku sebab aku sendiri tak suka orang lagi muda dari aku bersikap kurang ajar sebab aku ada status sebagai seorang “KAKAK” yang mereka perlu hormati. Dan ya. Aku takut dan hormat dia sebab aku tak nak kena pukul macam masa kecil dan aku tak nak dia hina aku macam masa kecil. Tapi aku bernasib baik sebab aku kena pukul dan cubit untuk berapa kali saja.

Dan sekarang, kami dah besar. Aku nak lupakan semua tu tapi disebabkan benda tu terlampau segar dan aku selalu teringat bila tiap kali berhadapan dengan dia dan ahli keluarga yang lain, aku jadi susah nak lupaka. Walaupun aku nak lupakan. Aku pernah berdoa dan berharap yang aku mati dan hilang ingatan sebab aku tak larat nak hadap semua tu. Itulah punca aku kemurungan. Aku jadi takut untuk keluar berjumpa orang ramai. Aku jadi takut untuk bergaul, aku jadi takut untuk memakai pakaian yang cantik. Sebabnya aku dilabel hodoh dan tak lawa antara aku ,kakak, dan arwah sepupu aku. Aku dikira sebagai pilihan yang terakhir. Dari kecil, tiap tiap malam kalau aku tengah nangis, aku mesti mengaku yang aku ni bodoh, bebal, tak cantik, buruk, budak tak guna dan tak pandai. Aku tak tahu apa apa.

Dan ya. Tu semua doa kan? Haha… hmm.. Aku masih berpegang dengan kenyataan tu. Kenyataan yang mengatakan yang aku buruk, bodoh ,tak guna, dan bebal untuk semua orang. Bila dilahirkan dalam keluarga yang suka mengkritik rupa paras, kaya raya dan kepandaian, memang terseksa. Aku bersyukur sebab Allah masih kurniakan aku seorang abang yang memahami aku berbanding seorang kakak. Dan kadang kadang aku berharap yang tak ada sesiapa yang tahu dia ialah kakak aku sebab aku tahu apa yang orang akan kata. Mereka mesti akan bandingkan aku dengan dia. Aku tahu dia cantik. Kulit putih bersih ,gebu,lawa seperti orang cina. Aku pulak…heh!- budak nerd. Budak noob. Budak yang langsung tidak tahu untuk melawa. Hahah! Wahhh! Seriously!!!

Tapi takpe. Aku syukur dengan rupa ni sebabnya aku banyak ikut belah mak. Belah ayah aku hanya ikut bentuk muka hidung dan dagu. Bentuk muka aku ,aku ikut muka ayah aku. Jadi aku tak kisah dah^^. Sebab rupa seseorang makin lama makin berubah dan ya… muka aku pun makin lama makin berubah bila dah besar. Bila makin besar aku dah malas nak fikir apa keluarga aku kat tentang muka aku.

Dan bila makin besar, sikap aku pun banyak berubah. Aku bukan lagi budak yang ceria dan bising macam zaman aku masih budak kecil yang belum bersekolah. Tapi aku berubah jadi manusia yang dingin dan takut untuk didekati. Tapi itu tak bermakna yang aku tidak ada kawan. Kawan kawan aku ramai dan aku bersyukur sebab aku dapat jadi diri sendiri bila bersama mereka. Tapi bila aku bersama keluarga, karakter diri aku berubah terus tanpa aku sedar. Wajah aku nampak sahaja dingin dan menakutkan tapi sebenarnya tidak. Cuma wajah aku yang garang dan serius. Gen mak ayah aku ada dalam diri. Pastilah aku ikut sama. Tapi janganlah buat andaian sendiri. Muka aku garang bila berjalan sorang sorang, tengah marah, serius dan fokus, dan bila aku takde mood saja. Tapi aku tahu muka aku memang seriu 24jam tanpa aku sedar. RESTING BITCH FACE. ITULAH AKU.

Aku trauma. Trauma dengan lelaki. Sebab masa sekolah rendah aku pernah kena kepung dan hampir dicium. Masa tu aku baru umur 8/9 tahun. Dan aku tak ingat sebab aku selalu takut bila tiap kali balik sekolah. Aku sentiasa nak berjalan dengan seorang kawan aku ni ,tapi dia dah lepas ke hadapan dulu dari aku. Dan aku masih takut pada hari yang aku dikepung. Dikepung dengan jumlah lelaki yang kira kira 6-8 orang. Aku menangis teruk dan mujur ada seorang kawan aku ni selamatkan aku. Aku sampai sekarang tak tahu kenapa aku takut sangat masa tu. Aku langsung tak dapat ingat apa apa. Tapi aku cuma ingat yang aku menangis dan kena kepung je.

Sejak kejadian tu aku jadi dingin teruk dengan lelaki. Sampaikan aku takut dengan ayah ,abang dan ahli keluarga aku yang lain yang berjantina lelaki. Aku jadi macam tu sehinggalah sekarang. Tapi aku dah mula okay dengan keluarga aku yang berjantina lelaki beberapa tahun yang lalu. Disebabkan kes dekat sekolah dan kes di berita televisyen tentang kes rogol dan aku selalu dengar dan baca disurat khabar , aku terus melabelkan kaum lelaki sebagai kaum yang paling bahaya untuk aku dekati. Dan aku dah termasukkan ahli keluarga aku sendiri kat label tu.

Dan sehingga sekarang aku langsung tak ada kawan lelaki yang rapat. Bukan berkawan baik tapi berkawan biasa. Mungkin hanya 1-3 orang sahaja sebabnya mereka junior dan aku hanya anggap sebagai pangkat adik adik aku kerana adik aku sendiri ialah seorang lelaki. Dan masa di sekolah dulu pun, aku tak bercakap dengan mana mana lelaki dalam kelas. Aku bercakap bila perlu. Dan dalam setahun tidak sampai 10 kali pun aku bercakap dengan mereka. Suara aku langsung aku tak keluarkan bila aku dengan mereka semua.Sehingga sekarang juga aku masih tak suka lelaki yang cuba dekati aku.

Perkara paling susah dalam hidup aku adalah BERCAKAP. Aku tak biasa bercakap dengan orang ramai kecuali dengan keluarga yang aku rapat dan kawan kawan. Aku lebih selesa untuk meluahkan apa apa dengan menulis sebab aku tak pandai bercakap dan aku rasa cara aku bercakap agak pelik. Aku juga tak faham apa apa bila ada seorang lelaki bercakap dengan aku. Aku akan suruh dia ulang banyak kali sebab aku tak faham. Aku dengar bunyi yang tak jelas bila mereka bercakap termasuk ayah dan abang aku sendiri.

INTROVERT. Itulah yang selayaknya untuk orang macam aku yang tak reti untuk terbuka dengan orang ramai sebab aku terlalu senyap dan sukar untuk didekati. Tapi aku jad macam tu pun sebab…keluarga…mereka terlalu pandang rendah kat aku..Semua yang aku buat semua tak kena dan tak betul. Semuanya salah. Sampai satu tahap aku jadi seorang yang langsung tak kenal erti hormat bila berhadapan dengan mereka. Aku jadi geram dan degil. Tapi semua tu berpunca dari mereka sebab kisah lalu yang aku dengar daripada mak aku sendiri. Aku tak sangup.

Kalau boleh aku nak mereka dibalas dengan setimpal. Apa yang mereka pernah buat dekat mak aku dulu tak seteruk dengan apa yang mereka hadapi sekarang. Kadang kadang aku tertanya tanya kenapa Allah tak hukum mereka dan sebaliknya buat keluarga aku sendiri ,mak aku yang tanggung. Disebabkan mereka ,aku jadi tak suka untuk berjumpa, bercakap, dan rapat dengan mereka walaupaun mak aku suruh aku untuk beramah mesra supaya mereka bertanggapan baik dengan aku.

Tapi aku tak boleh sebab semua tu susah untuk aku buat lagi lagi lepas apa yang aku dah dengar dan tahu. Dan ibu saudara aku sendiri pernah pesan dekat kakak aku “AL tu bukan boleh percaya sangat tu.. dalam diam tu mesti ada apa apa.. bahaya tu..”. Semuanya gara gara banyak berita budak sekolah lahir anak luar nikah dan bercouple. TCH! Aku langsung tak berkawan dengan lelaki macam mana nak mengandung atau ada boyfriend? Dan YA! mereka tak percaya aku sebab aku senyap dan tak suka berkumpul dengan mereka. Aku akan ingat benda tu sampai MATI!

Aku pendendam? Mungkin… aku tak tahu tapi aku sedih sebab dapat keluarga yang macam ni. Serius aku penat dan kalau boleh aku tak nak ada apa apa pertalian darah dengan mereka sebab mereka langsung tak reti menghargai. Dan aku tahu takde siapa yang akan menghargai orang yang macam aku. Sebab aku manusia yang teruk.

Tapi aku tahu mereka dah berubah. Tapi masih ada sisa sisa sikap tak guna tu dalam diri mereka sendiri. Aku tak kata aku baik aku malaikat atau apa apa positif tentang diri aku sebab completely diri aku sendiri dah negatif. Aku langsung tak pernah terfikir apa apa yang positif selain daripada negatif. Pemkiran aku tentang manusia dan semuanya adalah negatif. Termasuk juga tentang diri aku sendiri. Aku tak pernah mengaku yang aku cantik sebab aku tahu yang aku hodoh dalam keluarga aku. Tapi aku mengaku yang ahli keluarga aku semuanya cantik dan mampu teruskan hidup… bukan macam aku..

Aku cuma harap aku dapat hidup gembira dan bahagia untuk hanya sehari. Itu pun dah memadai buat aku. Setiap hari aku rasa life aku mendap dan deep. Tapi aku dah biasa dan aku sukakannya. Sehinggakan aku langsung tak suka ada cahaya matahari yang masuk dalam bilik aku. Dah macam vampire. Aku tak suka keluar lagi lagi kalau melibatkan perjumpaan dengan orang ramai sebab aku tak suka.

Aku pernah doa.. Yang aku teringin nak masuk hospital bahagia. Sebabnya aku tengok mereka semua nampak bahagia tanpa rasa takut dan bimbang tentang dir sendiri. Banyak kali aku doa untuk jadi gila. Tapi tak jadi. Haha… bodohnya aku.. Hahaha.. Tahu kenapa aku doa semua benda buruk kat diri aku?

SEBAB AKU RASA AKU JADI BEBAN SEMUA ORANG.

AKU RASA AKU TAK LAYAK DAPAT DIORANG SEBAGAI KENALAN AKU.

AKU TAK LAYAK BAHAGIA SEBAB AKU MANUSIA TAK GUNA.

AKU TAKDE HATI PERASAAN. AKU BINATANG.

AKU KEJAM DENGAN ORANG RAMAI.

AKU TAK SUKA MANUSIA.

AKU TAK SUKA SEMUA BENDA YANG BUAT AKU RASA TAK GUNA.

AKU JAHAT.

AKU BUAT AHLI KELUARGA AKU SENDIRI BENCI DAN TAK SUKA DENGAN AKU.

AKU TERINGIN NAK HIDUP BAHAGIA MACAM MEREKA DEKAT HOSPITAL TU.

Salah ke.. Salah ke aku wujud kat dunia.. Apa salah aku.. Aku tak kacau sesiapa.. Kenapa selalu bagi tanggapan buruk dekat aku..

Setiap manusia ada perasaan. Walaupun aku nampak dingin aku pun manusia dan aku juga ada perasaan. Aku harap mereka bahagia. Sebab kebahagiaan aku tak penting pun..

– AL (nama samaran)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *