Salahkah Bergembira dan Berduka?

Seperti biasa suasana sibuk mengisi kekosongan ruang legar dan tempat menunggu di luar kamar bersalin Hospital. Di satu sudut kelihatan sang suami beserta beberapa org ahli keluarganya duduk menunggu. Riak wajah yg kurang gembira tapi kelihatan redha dgn ketentuanNya. Begitu juga ahli keluarganya.

Berbeza pula dgn suasana di satu sudut yg lain. Kelihatan ahli keluarga rata-rata menunjukkan riak wajah yg ceria seperti tidak sabar menunggu akan kelahiran baru yg bakal menceriakan suasana. Masing-masing berborak antara satu sama lain dgn riak wajah yg gembira.

Beberapa ketika kemudian keluar seorang lelaki dari balik pintu kamar bersalin bergegas menuju ke arah ahli keluarganya yg sedang menunggu khabaran gembira darinya. Dia menuju kearah salah seorang ahli keluarganya barangkali ipar atau biras atau abang atau mungkin juga adiknya.

“alhamdulillah syukur. Bini aku dah selamat bersalin baby girl! Haha. Comelnye macam aku! Sebijik mcm aku! Hihihihi.. nah tengok gambar ni aku amik tadi” telefon bimbit yang dipegangnya mula dikerumuni ahli keluarga yg lain.

“eh hantar la kat group nak tengok juga”

“haa ok2 aku sent”

Suasana menjadi riuh seketika. Beberapa mata yang lain juga memerhati mereka. Kelihatan mereka masing2 memegang telefon pintar ditangan. Tak lekang juga nada pujian dari mulut mereka.

“ya allah comelnya”

“iyalah comel betul”

“merahnya kulit, ni mesti putih orangnya”

“muka ikut bapak ni”

‘‘eh tak la ikut rupa sebelah maknye”

Seorang lelaki yang agak berusia dari kalangan mereka tadi merenung sambil tersenyum2 paparan imej dr telefon pintarnya lantas berjalan perlahan lahan duduk di sebelah abg iparku. Dengan perasaan gembira yang masih berbaki dia berkata “nak, tengok ni. Ni cucu pakcik ni. Dah selamat keluar tadi. Alhamdulillah. Comel kan? Tengok jari dia panjang2, kulit pun putih.”

Abg iparku sekadar mengangguk dan membalas dengan senyuman. Dari apa yg aku lihat barangkali ini cucu pertama mereka dan juga anak pertama dari pasangan suami isteri tersebut. Jadi tidak peliklah jika mereka semua kelihatan begitu gembira dan teruja sekali.

Suasana yg tadinya riuh kembali tenang seketika.  Beberapa minit kemudian keluar seorang jururawat disebalik pintu kamar bersalin.

“waris kepada **** boleh masuk ke kamar bersalin”

Abg iparku lantas bangun menuju kearah jururawat tersebut. Jururawat tersebut kelihatan menyatakan sesuatau kepada abg iparku lantas mengiringi masuk ke kamar bersalin. Kami menunggu dengan penuh sabar.

Seketika kemudian keluar abg iparku bersama sekujur tubuh kecil dalam dakapannya yang sudah tidak bernyawa dibaluti kain. Seperti yg kami jangkakan. Kami telah pun diberitahu oleh doktor sebelum kakak di masukkan ke kamar bersalin. Kata doktor bayi kakak sudah disahkan tidak bernyawa lagi beberapa jam sebelum kakak sampai ke hospital. Walaupun begitu proses bersalin perlu dilakukan seperti biasa untuk megeluarkan sekujur tubuh kecil yang sudah tidak bernyawa tersebut.

Kami sekeluarga redha dengan ketentuan illahi. Begitu juga abg iparku. Tambahan ini kali kedua dia menghadapi situasi yang sama.

Sebaik sahaja ang iparku melepasi pintu kamar bersalin kami mengiringi abg untuk ke unit forensik bersama-sama si kecil penghuni syurga di dalam dakapan abg. Kelihatan keluarga yang riuh dengan kegirangan tadi senyap membisu sambil matanya  memerhati kami sekeluarga. Ada yang lantas tunduk saat kami terpaling. Mungkin wujud rasa simpati dihati mereka. Kelihatan juga mereka berbisik bisik sesama sendiri sambil melirik kearah kami.

Tak mengapa, kami sedikit pun tidak berkecil hati. Ini adalah ketentuan Allah buat kami sekeluarga. Kami redha atas ketentuanNya. Bisik hati kecil kami. Kami melangkah pergi sambil sempat melemparkan senyuman hambar dan kepiluan pada mereka.

Pesanan saya, berpada pada lah dalam bergembira. Begitu juga ketika berduka. Agar kita tidak mengguris perasaan mereka yg sedang berduka.

Al-fatihah buat anak syurga – 10/12/2018

Olahan dari kisah sebenar.

– PENA TANPA DAKWAT

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *