Salahkah Didikan Kami

Assalamualaikum. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman dan pendapat, nasihat, pandangan serta bantuan khidmat kaunseling yang berpengalaman dalam masalah saya.

Saya dan suami berkahwin pada usia muda. Pada usia saya 20 tahun dan suami 23 tahun, kami dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Siti. Tetapi disebabkan kami masih belajar, Siti di jaga oleh ibu hingga usianya 4 tahun.

Ketika kami ambil semula Siti, dia sudah ada adik lelaki dengan jarak 3 tahun umur. Dan pada usia Siti 13 tahun, kami dikurniakan lagi seorang anak perempuan.

Dalam mendidik anak2, kami layan anak2 seperti kawan, bertepuk tampar, bergurau, gelak tawa, macam dengan kawan2. Tapi kami sangat2 tegas dalam mendidik ank2. Jika salah, ank2 tetap di pukul, di marah. Setiap tahun cuti sekolah, kami hantar mereka ke kem2 motivasi berbayar untuk pengisian rohani dan jasmani yang tak mampu kami beri. Jauh pun kami sanggup hantar demi anak2.

Oleh kerana terlalu phobia dengan masalah remaja msa kini. Kami sangat2 kawal segala pergaulan anak2 terutamanya Siti. Kami masukkan dia ke sekolah semua perempuan. Pergi balik kami hantar dan ambil. Masuk sekolah menengah, dia diterima masuk ke sekolah asrama penuh yang semua pelajarnya perempuan. Memang kami yang pilih sekolah tu.

Semasa di tingkatan 4, Siti tak nak duduk asrama lagi walaupun keputusan PT3 die cemerlang, alasannya di nak pergi ke kelas tuisyen tambahan untuk matapelajaran matematik. Masih lagi kami hantar ambil untuk ke semua tempat termasuk sekolah. Walaupun jauh, kami sanggup hantar ambil.

Di rumah, dia tidak berkawan. Dunianya hanya dalam bilik. Sesekali keluar main dengan adik2. Sesekali kami juga benarkan dia keluar bersama kawan perempuan samada ke perpustakaan @ menonton wayang. Tu pun adalah dalam 2 3 kali. Tapi dengan syarat adik lelakinya mesti kena ikut. Untuk makluman, adik lelaki Siti juga kami asuh dengan cara yang sama, sebab tu dia sanggup ikut kakaknye sebab dia juga tidak berkawan di rumah. Dunia mereka hanya kami rumah dan sekolah.

Handphone. Hanya pada usia dia 17 tahun sahaja kami bagi dia handphone sendiri. Tu pun sebab kami rimas die asyik pinjam handphone kami untuk cari maklumat berkaitan pelajaran ataupun berwasap dengan kawan2 mengenai pelajaran. Wasap guru2 dan rakan2 sekolah memenuhi henfon kami. Jadi kami mula rimas dan bagi dia peluang untuk guna henfon sendiri.

Saya yakinkan suami yang tak lama lagi kami kena bagi juga dia guna handphone sendiri andai dia dapat sambung belajar di mana2. Takut nanti die ‘culture shock’. Tu je la alasan saya dalam memberi sedikit demi sedikit kebebasan buat Siti. Walaubagaimanapun, kami selalu spot check henpon dia, cuma ada apps wasap dan lagu2. FB dan IG ada, tapi tak aktif. Malas nak layan katanye.

Kami mula percayakan Siti 100%. Tambahan saya dan suami selalu bercakap dengan anak2 mengenai masalah sosial remaja dan akibatnya. Apa sahaja yang kami baca dan dengar, kami akn nasihatkan kepada anak2. Dan kami ugut andai mereka lakukan perkara yang sama, apa hukuman yang bakal mereka terima. Kami ingin mereka tahu apa yang kami lakukan adalah betul dan ingin mereka terhindar dari masalah sosial.

Tetapi malangnya, seminggu yang lepas, hanya selepas 5 bulan kami berikan henfon kepada Siti, suami terus ambil dan buka handphone Siti. Kami sangat2 terkejut bila nampak apps Chat pada screen phone. Berkali2 Siti cuba merampas henpon die kembali tapi suami halang. Rupanya ada berpuluh chat lucah lelaki2 dalam tu. Dan yang paling kami marah + sedih, dia turut berkongsi gambar bogelnya dengan 4 orang lelaki dalam tu. Allahuakbar.. tak tergambar perasaan kami saat tu.

Kami pukul dia teruk. Untuk lepaskn kemarahan. Memang teruk dia kena belasah. Rambutnya saya kerat pendek. Tak tidur kami malam tu, menangis dan masing2 muhasabah diri, salahkah didikan kami lagi hingga anak kami jadi begini.

Ingatkan ianya telah berakhir, tetapi sepanjang malam kami baca chat2 lucah yang baru masuk lelaki2 tersebut. Mana yang call, mesej suruh angkat phone sebab dah sangap. Hingga jam 3 pagi ada yang call dan bila saya angkat ajak sembang lucah macam selalu. Allahuakbar.. adakah anak saya jadi pelacur dalam talian..

Kami semuka dengan Siti, ugut die agar berterus-terang, siap ada kayu inci yang suami bawa sebagai ugutan, adakah dia pernah bersama dengan mana2 lelaki, dia cakap tak pernah dan memang dia tak pernah jumpa pun semua lelaki tu. Kenal dalam Chat sahaja. Dan dia memang tiada kawan lelaki.

Bila ditanya kenapa dia lakukan semua ni, katanya dia jeles, kawan2 semua ada boyfren, boleh pergi dating, die tak ada langsung. Masing2 cabar mencabar apa yang diaorang sanggup buat dengan boyfren masing2. Kawan2 ejek dia tak laku.

Demi menjaga maruah anak kami dan diri kami sendiri, kami cari 4 orang lelaki tersebut. Saya terpaksa jadi budak Chat untuk memperdaya lelaki2 tersebut sampailah mereka sanggup berjumpa. Dan suami pula terpaksa bertindak tegas, pegang dan rampas henpon mereka untuk delete gambar anak kami.

Setakat ni lagi seorang di selatan tanah air yang kami belum selesaikan sebab terlalu jauh. Sedangkan kami tinggal di negeri utara. Setakat ini, menurut lelaki2 tersebut, mereka belum lagi menyebarkan gambar anak kami kepada sesiapa. Alhamdulillah jika ianya benar.

Kami lakukan ini kerana sayang, dia anak kami.

Kami lakukan semua ini kerana tanggungjawab kami untuk menjaga maruah anak kami sendiri. Jika bukan kami, siapa lagi.

Kami lakukan semua ini kerana maruah kami juga diheret bersama.

Sedih.. tak terkata.

Marah.. tak terbalas.

Kecewa.. tak tertanggung.

Menyesal.. tak tersebut.

Allahuakbar.. Saat ini, suami nasihatkan saya agar tidak memukul Siti lagi. Tapi saya tidak mampu bercakap dengannya lagi. Kami tidak memulaukan, tapi saya mahu dia fikir sendiri apa yang dia telah lakukan.

Tindakan saya sehingga kini, saya paksa dia lakukan solat hajat dan taubat setiap malam, mohon bantuan Allah agar menjaga aib dia dn bukakn pintu hati lelaki2 tersebut untuk buang gambar dia. Setiap subuh saya suruh die bangun seawal 5 pagi untuk mengaji sekurang-kurangnya 1 m/s Al-Quran dan ulangkaji sebentar sebelum ke sekolah. Saya katakan semoga Allah tutup aib dia sepanjang hari yang dia mengaji. Ini sahaja yang saya boleh lakukan buat masa sekarang.

Saya ingin bertanya pengalaman ibubapa dan pihak kaunseling,

1. Salah kami kah dalam mendidik anak2 kami?

2. Apa lagi yang kami harus lakukan selepas ini?

3. Salahkah tindakan yang kami ambil?

4. Dimana pusat kaunseling yang kami boleh hantar Siti? Kaunseling remaja.

5. Bagaimana kawalan yang perlu lagi saya lakukan jika Siti dapat menyambung pelajaran di tempat yang jauh dari kami?

6. Perlukah saya sekat masa hadapan Siti?

Untuk komentar dan netizen, saya kongsikan pengalaman saya agar ia jadi panduan untuk semua. Walaubagaimana sekalipun saya menjaga anak saya, sekali diberi peluang terus hancur jadinya. Walaupun kami bersyukur dia belum sampai ke tahap berzina, tapi apa yang dia lakukan cukup mengecewakan. Dan henfon benar2 menghancurkan.

Tolonglah, kami sedang kecewa, tolong jangan menghentam sesuka hati hingga kami bertindak di luar jangkaan. Kami mahukan nasihat dan panduan untuk masa hadapan anak kami. Anda juga punya anak, kita tak mampu nk jangka apa yang akan Allah uji di masa hadapan.

Jadikanlah pengalaman kami sebagai panduan. Segala doa, nasihat, pandangan dan cadangan, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Moga Allah hindarkan keturunan kita semua dari maksiat dan zina. Amin.

– Ibu Mama

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *