Salahkah Jadi Introvert

Ya, aku seorang introvert. Memang kadangkala orang akan sangka aku seorang yang anti sosial dan tak pandai bergaul. Aku juga seorang yg pendiam dan pemalu. Memang susah sedikit untuk aku nak berinteraksi dan rapat dengan seseorang. Mungkin ambil masa yang lama. Tapi aku cuba.

Tapi bagi sesetengah orang, diorang tak faham dengan orang introvet macam aku ni. Kenapa kau diam sangat? Kenapa kau tak nak pergi majlis tu, majlis ni? Memang aku tak selesa dengan tempat yang ramai orang, memang aku susah nak bersembang bila lepak ramai-ramai. Kadangkala aku fikir mmg salah aku sebab tak pandai bersosial.

Sebenarnya, aku ada ja kawan rapat yang aku selesa bersembang, cerita mcam-macam. Kalau aku dah rapat dan selesa dengan seseorang aku memang terbuka ja nak bercerita apa-apa. Tp bila aku berdepan dengan kelompok kawan-kawan yang ramai, yang suka bercerita, banyak bercakap aku jadi rendah diri sebab aku tak tahu nak mula atau nak cakap apa. Kekadang idea dengan cerita tu ada tp disebabkan aku yang jenis pemalu ni jadi tak tercakap pulak.

Aku kekadang berangan nak jadi seorang yang peramah dan banyak bercakap. Masa sekolah aku tak kisah sangat pasal semua ni mugkin sebab duduk dengan family. Tapi bila aku dah duduk asrama aku dah mula rasa benda ni dah beri kesan kat aku. Susah aku nak dapat kawan, bila ada pembentangan memang terketar-ketar cakap kat depan dan aku tak selesa kalau ada perjumpaan ramai-ramai.

Aku selalu berdoa supaya aku diberi kekuatan dan semangat supaya aku jadi seorang yang kuat. Habis SPM aku dapat tawaran ke ipg, memang tak terlintas langsung dalam fikiran nak jadi seorang cikgu. Sebab jadi cikgu ni memang kena berinteraksi dengan ramai orang. Tapi sebab nak ubah diri aku tu la aku masuk ipg. Dekat ipg ni mmg banyak kena buat presentation dan microteaching. Dari situ la aku mula bina keyakinan diri untuk bercakap di depan. Kalau subjek yang banyak teori memang aku boleh score tapi bila waktu praktikum, bila dah pergi sekolah mengajar ada pensyarah observe pulak memang markah aku biasa-biasa ja. Kekadang aku rasa down gak. Tp aku cuba perbaiki kelemahan aku tu.

Sekarang aku dh jadi cikgu. Sikap introvet, pendiam dan pemalu aku tu masih ada tapi mungkin dah berkurang. Bila aku dah jadi cikgu ni aku semakin faham tak salah sebenarnya jadi introvet. Dalam kelas aku ada macam-macam jenis murid. Ada yang peramah yang tak pernah berhenti bercakap, ada yang pendiam sampai susah nak dengar suara, ada yang pemalu panggil jawab soalan pun tak mahu. Sekarang aku faham setiap dari kita berbeza. Tak perlu fikir apa orang lain nak kata yang penting kita berusaha dan cuba jadi yang terbaik untuk diri kita.

– Cikgu Introvet

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit