Salahkah Jika Aku Menolak Lamaran Itu II

Assalamualaikum semua pembaca. Aku Mommy Iman. Terima kasih untuk comment2 positif dalam confession https://iiumc.com/salahkah-jika-aku-menolak-lamaran-itu/. Ini respon untuk pertanyaan macam mana aku ambil anak angkat dan proses untuk jadikan anak susuan bagi wanita bujang dan wanita berkahwin tapi belum memiliki anak sendiri.

Ok, macam mana aku ambil Iman jadi anak angkat aku ada bagitahu dalam confession https://iiumc.com/pentingnya-peranan-lelaki/. Iman ditinggalkan di office aku oleh bapanya. Sebagai majikan aku bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis, hantar baby ke hospital (ni aku yang willing sendiri) dan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mencari ibubapa kandung Iman. Waktu kes tersebut, Iman berusia 2 hari dan Alhamdulillah bapa Iman dijumpai keesokkannya. Antara faktor kenapa aku nak ambil Iman sebab bapa Iman seorang warga asing yang bukan beragama islam sedangkan ibu Iman beragama islam. So penting bagi aku untuk menyelamatkan agama Iman. Jadi untuk kes aku, aku mengambil anak angkat terus dari ibubapa kandung Iman cuma aku perlu mengikut prosedur mengesahkan pengambilan anak tersebut melalui pemohonan mahkamah untuk mendapatkan Notis pengangkatan.

Antara syarat mendapatkan Notis Pengangkutan bagi yang bujang mestilah warganegara dan berusia 25 tahun keatas atau sekurang-kurangnya 18tahun lebih tua dari anak angkat tersebut. Selain itu perlu mendapatkan pengesahan pengangkatan dari ibubapa kandung bayi (Aku ada buat surat Akuan Berkanun antara aku dan ibu Iman), Sijil kelahiran Iman (ini aku geram sebab parents Iman tak nak bagi kerjasama, jenuh aku turun naik JPN.

Penting untuk masa depan Iman, sekolah semua). Waktu kat mahkamah , pegawai ada tanya pekerjaan,pendapatan, latar belakang pendidikan dan tahap kesihatan serta gaya hidup aku. Sebenarnya untuk yang bujang mereka hanya dibenarkan untuk mengambil anak angkat yang sejantina. Tapi mungkin kes aku ni pegawai tu luluskan sebab latarbelakang keluarga dan adik beradik aku agaknya, sebab dia tanya semua kot. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Mak aku pesara guru, 3 abang aku doktor, adik lelaki aku sorang peguam sharie sorang buka bakery. Sebab pegawai tu kata mungkin keluarga kami mampu memberikan kehidupan yang positif dan terjamin kepada Iman. Lepas dah lulus simpan Notis Pengangkatan tersebut sebab selepas 2 tahun aku perlu memohon Sijil Pengangkatan dari JPN. Dalam 2bulan lebih juga aku uruskan semua ni. Rujuk Mahkamah Seksyen berhampiran anda.

Kedua, Proses menjadikan Iman anak susuan aku. Seminggu lepas kes di Balai polis tu aku terus berjumpa Pakar Sakit Puan untuk berbincang rawatan yang sesuai untuk membolehkan aku menghaslkan susu atau dipanggil “Induce Lactation” serta menghadiri kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi untuk persediaan mental dan fizikal.

Ada 2 kaedah untuk memhasilan susu iaitu pertama melalui ubat/suntikan dan kedua ransangan. Aku tak ambik suntikan aku hanya ambil ubat Domperidone dan satu lagi pil warna putih (tak ingat nama) untuk tempoh 3 bulan. Pil ni menyebabkan perubahan bentuk badan. Macam aku dulu berat 45kg sekarang berat aku 53kg. Bertabah la mommy nanti kita workout kemudian. Ada yang ambil ubat je tapi tak berhasil, tak apa usaha dengan kaedah ransangan pula.

Untuk kaedah ransangan aku ada apply 4 cara. Pertama, hisapan baby. Baby secara semulajadi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu belum ada. Mommy jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payu dara.

Kedua,Alat Bantuan Menyusu (ABM). Aku guna “Supplementary Nursing System jenama Medela. Boleh beli di farmasi atau kat Lazada, shoppee ada jual. Cara guna ABM ni, 1 tiub dilekatkan pada payudara dan satu lagi tiub dalam botol susu. So baby akan menghisap payudara untuk mendapatkan susu formula tersebut. Mula-mula memang tiada susu ibu yang keluar tapi lama kelamaan susu ibu terhasil sedikit demi sedikit. Banyakkan bersabar. Lakukan proses ini 10-12 kali dalam tempoh 24jam terutama bila baby ada tunjuk hint2 nak menyusu.

Ketiga breast pump, lepas 2 minggu aku ambil pil, doctor cadangkan mula guna breast pump, even tiada susu pun ko pump je. 3kali sehari dan 20 minit untuk setiap sesi. Lepas 2 minggu baru keluar susu dalam 1 sudu setiap kali pump, simpan. So sikit-sikit aku tukarkan susu formula ganti susu badan dalam botol ABM. Tak apa banyakkan bersabar. Walaupun sedikit maksudnya proses penghasilan susu berhasil. Last, berurut. Mak aku kata berurut dapat meransang susu keluar. So aku try berurut. Ok la juga. Tapi kene pandai cari tukang urut. Selain ubat-ubatan dan ransangan, tolong jaga makan dan bersenam. Kalau ko tahu makanan tu boleh menyekat pengeluaran susu, takyah la ambil.

Pantang sekejap. Banyakkan bersabar dan beri peluang kepada badan dan baby anda. Selagi anak angkat anda belum berusia 2 tahun anda masih berpeluang menjadikan anak itu anak susuan. Aku mengambil masa 2 bulan untuk menhasilkan titisan susu yang pertama. Memang rasa nak giveup. Banyakkan berdoa. Aku masih mengunakan semua kaedah kecuali ubat aku dah stop ambil. Tolong rujuk doctor. Kalau boleh tak payah la ambil produk2 supplement yang pelik-pelik. Tanya doctor terus.

Fighting!!

Wassalam…

– Mommy Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *