Salahkah Jika Terlalu Menjaga Ikhtilat?

Assalamualaikum. Usia saya dah menginjak ke umur yang orang selalu sebut-sebut sebagai anak dara tua. Ke mana sahaja pergi orang selalu tanya “kenapa tak kahwin lagi? Usia macam ni patut dah 5 anak dah”. Sakit mendengarnya kadang2 boleh jadi murung tapi apakan daya, ini semua suratan takdir.

Saya zaman anak dara diminati ramai jejaka hensem dan kacak di kampung. Pernah diajak kapel namun saya menolak kerana saya berpegang kepada prinsip “Kapel itu haram”. Jadi saya cakap, kalau nak saya terus kena jumpa parents.

Tapi lelaki tu cakap, macam mana nak jumpa parents kalau belum betul-betul kenal saya, tujuan kapel tu nak berkenal-kenal lah. Maklumlah zaman budak-budak, belum lagi faham konsep taaruf. Tapi Alhamdulillah saya masih kuat pegangan agama. Tidak mahu berkapel sehingga kahwin.

Zaman belajar universiti, pun ada yang mengorat saya dan dia cakap dia serius nak kahwini saya. Tapi dia selalu sangat whatsapp saya yang sweet2 sehingga saya rasa chat itu melalaikan. Malah saya tidak balas sesetengah chat dia sebab saya nak elak maksiat alam maya. Padahal tak teruk pun chat dia, cuma dia cakap dia sayang saya. Rindu saya.

Camtu je tapi kerana saya sangat menjaga ikhtilat, saya tak balas whatsapp yang saya rasakan tidak mustahak. Sehingga akhirnya saya tinggalkan dia sebab saya kata “saya rasa berdosa dengan hubungan ini, kita banyak zina hati. Lebih baik kita jangan kerap berhubung sehingga awak rasa dah betul2 ready nak kahwin dengan saya, then baru kita contact balik.

Namun akhirnya lelaki – lelaki yang pernah minat saya tu semuanya sudah berkahwin. Masuk alam pekerjaan, saya juga diminati oleh seorang lelaki kacak ni tapi dia pula sering ajak saya dating. Namun saya tolak ajakannya kerana saya nak elak maksiat, tapi sebenarnya saya pun sukakan dia.

Tapi akhirnya dia pun tawar hati dengan saya sebab dia cakap saya tak beri ruang untuk kenal dengan dia lebih mendalam. Saya sedih, semua lelaki yang suka mesti akan ajak date, ajak kapel, salahkah saya terlalu menjaga ikhtilat? Salahkah saya ingin jual mahal? Saya fikir wanita itu tidak sepatutnya murah dan sukar dimiliki. Salahkah saya menjadi mawar berduri? Salahkah saya menjaga eksklusiviti diri saya?

Kadang saya rasa sedih, adakah sikap terlalu konservatif saya ini menghalang jodoh saya untuk sampai? Sehinggalah suatu hari.. satu insiden hitam berlaku dalam hidup saya…

Rakan sekerja saya ini sangat sukakan saya tapi dia suka dalam diam saje, namun satu hari kami ditugaskan untuk buat lawatan company ke suatu tempat tapi terpaksa pergi hanya berdua kerana keadaan mendesak. Saya hanya bersangka baik dengan dia, dia pasti tidak akan apa-apakan saya. Dia juga nampak baik selama ini. Saya juga bersikap professional.

Namun suatu malam tu tangan kiri dia tiba-tiba cuba meraba paha saya dan dia akhirnya cuba untuk melakukan benda tak senonoh dan cuba menodai saya sambil dia cakap yang dia sudah lama sukakan saya.

Saya berjaya melawan dia dan saya marah dia kerana memperlakukan saya seperti wanita murahan. Saya menangis, saya sedih dan saya tukar seat ke seat belakang. Dia akur dan berdiam diri sahaja. Dia teruskan pemanduan dan nampak kekesalan di wajah dia. Kami langsung tidak bercakap selepas itu.

Saya terus kemurungan selepas itu. Penat-penat saya cuba menjaga kehormatan saya, langsung tidak mahu keluar berdua dengan lelaki secuba yang boleh, tidak pernah disentuh lelaki walau berlapik, dan saya sentiasa melabuh dan melonggarkan pakaian agar tidak menarik perhatian lelaki tetapi ini yang saya dapat sebagai balasan? Dicabuli begitu sahaja?

Saya persoalkan takdir Allah pada ketika itu, kenapa saya yang jadi mangsa? Mengapa Allah uji saya begini? MasyaAllah, saya seperti orang tidak ada iman ketika itu

Namun saya bangkit, saya bertukar tempat kerja dan mulakan hidup baru. Sama seperti dulu, saya masih menjaga diri saya. Kurangkan bercakap dengan staff lelaki. Namun dalam diam masih juga ada pekerja lelaki lain yang sukakan saya.

Satu hari selepas meeting, saya orang terakhir nak keluar dari bilik meeting, namun tiba-tiba seorang staff lelaki (saya namakan Amin), dia tiba-tiba masuk bilik meeting ketika saya berseorangan dan cuba halang saya keluar dari bilik meeting. Dia duduk di pintu dan halang saya.

Saya marahkan dia sebab saya nak cepat, jangan main-main. Tapi dia nampak geram selepas saya marah, terus dia rapatkan tubuh dia ke arah saya dan cuba melakukan sesuatu yang tidak senonoh terhadap saya.

Kudrat saya yang lemah, saya lemas dalam dakapan dia namun saya berjaya lari dari dia sebelum dia meneruskan perkara tidak senonoh itu. Sekali lagi saya terkedu. Saya hendak menangis tapi saya seolah-olah sudah heartless. Kemudian saya berlalu begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Saya persoalkan pada diri, kenapa saya selalu jadi objek pemuas nafsu lelaki? Amin itu suami orang, ada ramai anak yang masih kecil. Isterinya sangat cantik malah bertudung labuh litup lagi, tapi kenapa dia masih mahu menodai gadis lain seperti saya?

Saya tidaklah cantik pun. Kulit pun sawo matang bukannya putih melepak macam taste majoriti lelaki asia tapi mengapalah lelaki bernafsu dengan saya? Suami orang pulak tu?

Kalaulah isteri mereka tahu suami mereka ini ada buat benda tak senonoh di belakang, pasti isteri mereka sedih. Saya pernah stalk fb isteri Amin, sentiasa dia puji suaminya sebagai imam terbaik untuknya.. tapi sayang sekali.. dia tertipu

Saya terasa mahu sahaja buat laporan polis, tapi saya teringat tentang kes kawan saya yang pernah dicabul di tempat kerja tapi akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja kerana lelaki yang mencabul itu adalah ‘seseorang’. Malah wanita pula yang mendapat malu. Lelaki pula bebas di luar sana.

Akibat dari insiden di atas, saya jadi sedikit trauma dengan lelaki. Saya terus judgemental dan anggap semua lelaki ada nafsu jahat dan suka menganggap wanita sebagai boneka nafsu mereka. Sehingga sekarang, saya masih belum berkahwin dan masih single.

Adakah semua yang terjadi kepada saya kerana saya terlalu menjaga ikhtilat suatu ketika dahulu? Adakah prinsip hidup saya yang tidak mahu keluar berdating melukakan hati lelaki-lelaki dulu sehingga mereka pernah mendoakan yang bukan-bukan untuk saya?

Argghhh fikiran saya kusut. Kadang iman saya terasa goyah. Rasa sedih dan kotor dengan diri sendiri walaupun hakikatnya saya masih suci dan dara. Namun sentuhan-sentuhan lelaki-lelaki yang cuba menodai saya itu masih tidak dapat saya lupakan sehingga saya terfikir, lebih baik aku jadi bebas dari terlalu menjaga diri kerana menjaga diri pun tak menjamin keselamatan diri dari nafsu lelaki durjana.

Tolong berikan secebis kata-kata semangat, bantulah saya bangkit. Terima kasih.

– Wanita malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *