Hai semua. Terima kasih admin jika sudi siarkan luahan saya.
Harap dapat disiar supaya saya dapat membuat keputusan melalui pandangan dan nasihat pembaca di ruangan komen nanti.
Saya perempuan yang hampir masuk 30-an.
Belum berkahwin dan baru putus hubungan lebih kurang hampir setahun dengan seorang lelaki yang bagi saya tidak serius untuk mempercepatkan proses berkahwin, walaupun kami dah kenal hampir 10 tahun.
Walaupun dah selalu diajak berbincang pasal kahwin tapi dia selalu mengelak,
Dan sejak akhir2 sebelum hubungan terputus dia melayan saya macam ada takde je.
Hubungan makin hambar dan dia asyik cakap dia sibuk dengan kerja. Perangai dia berubah.
Saya tak nafikan dia memang baik dan tak pernah buat perangai. Tapi layanan dia pada saya semakin teruk.
Pagi whatsapp petang atau malam baru balas. Balas pun sepatah je. Pastu cakap ada benda nak buat. Padahal sebelum ni dia tak pernah macam tu.
Jadi last sekali saya buat keputusan untuk tinggalkan dia.
Sebenarnya dah lama saya makan hati dengan sikap dia yang selalu minta saya penuhi kehendak dia tanpa memikirkan kemampuan saya.
Senang cakap macam dia nak saya jadi perfect pada dia. Dia macam tak boleh nak terima kekurangan saya.
Padahal saya tak pernah pon minta dia macam tu macam ni. Saya diamkan je walau nampak kekurangan. Saya sabar je tunggu dia selama bertahun tahun.
Saya pun tak sure dia nak apa sebenarnya. Mulut je cakap nak kahwin, tapi tindakannya lain.
Jadi lastnya saya dah tinggalkan dia. Dan dia langsung dah tak tanya khabar atau hubungi saya selepas itu. Tapi saya pun dah tak berharap. Sebab dah kenal sangat perangai ego dia.
Jadi bermula la kisah lain pula selepas dengan laki tu. Saya kenal dan berkenan dengan seorang lelaki dari negara seberang. Orangnya baik bagi saya.
Cara bercakap sangat lembut dan tak pernah maki atau naik suara walaupun kami kadang2 selalu bertengkar.
Dia selalu bergurau untuk redakan situasi tegang kalau saya emosi. Mungkin orang akan cakap saya nampak yang baik je sebab tengah angau.
Ya saya tak kisah, sebab siapa2 pun pasti lalui keadaan ni awal2 bercinta.
Hubungan ni dah hampir setahun. Saya sangat sayangkan dia walaupun macam2 perkara negatif yang datang dalam fikiran.
Cuma saya tak tahu tindakan saya memilih dia betul atau tidak. Sebab kebanyakan orang mengatakan perkara yang tidak elok jika berkahwin dengan warga asing.
Sebelum ini saya pernah memberitahu tentang dia kepada ibu dan ayah.
Mereka seolah berfikir negatif tentang masa depan saya jika berkahwin dengan warga asing.
Sebenarnya memang akan banyak masalah ke timbul walaupun nak kahwin ikut prosedur yang betul?
Maksud saya dari segi dokumen untuk anak2 nanti.
Saya minta siapa2 yang ada pengalaman tentang perkahwinan dengan warga asing untuk memberi pandangan dan berkongsi pengalaman.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ada satu doa yang zaman Nabi terdahulu guna dan sekarang ni masih ada segelintir umat Islam yang amalkan doa tersebut bila melibatkan bab jodoh ni.. “” “”ya Allah jika si polan bin si polan (nama penuh lelaki tu) baik untuk diriku, agamaku, masa depan ku, zuriat ku, keluargaku, keturunan ku, maruah ku maka Engkau segeralah satukan kami dengan ikatan yang sah.. Tetapi jika si polan bin si polan (nama penuh lelaki tu) tak baik untuk diriku, agamaku, masa depan ku, zuriat ku, keluarga ku, keturunan ku, maruah ku maka Engkau jauhkan lah kami berdua dari terus berhubung dan jadikan kami berdua insan yang redha dengan perpisahan tersebut”””..
Memang banyak cabaran kawin dengan warga asing, disamping perbelanjaan pengurusan dokumen yang tinggi, masa yg lama dan masalah2 seperti balik kampung, ditinggalkan, dah ada anak isteri di negara asal, elok la awak berfikir dengan waras, buat solat istikharah, mudah2an Allah beri petunjuk
Assalamualaikum saudari…baiklah fikir byk Kali sebelum berkahwin gan warga asing kebanyakan banyak yg buruk Dari baik. Saya bercakap Dari pengalaman sendiri. Urus dokumen xmudah Dan sgt mhal kosnya . Saudari kena jadi penjamin kalu xcukup syarat kena cari orang utk jamin Dan bermacam lagi masalah …saya dah lalui.
Lbh baik cari laki tempatan. Lagi satu diorang suka tipu bab ada bine kat asal…bukan semua tapi kebanyakannya.
Terpulangla pada saudari.