Salahkah lambat. Bukan saya minta atau tangguh tu, rezeki tu kan Allah yang bagi.
Salam untuk semua readers, saya S seorang pekerja dan isteri. Saya baru melangsungkan perkahwinan kurang setahun. Semua baik baik sahaja antara saya and suami.
Yang saya tak faham ni biras saya yang “menyakitkan hati”. Saya pun tak tahu dia ada masalah dengan saya atau saya ni memang sejenis cepat terasa hati.
Baru baru ni saya balik ke rumah mertua bertujuan melawat ayah mertua yang tak sihat. Dalam riuh rendah berbual dengan aman, elok je kami menyapa dan berbual seperti biasa.
Dalam waktu yang sama juga saya terkesan dengan ayat biras saya ni. Saya pun tak tahu lah memang jenis cara dia bergurau atau bercakap macam tu.
Tak boleh nak pukul rata boleh cara kita bercakap dengan orang macam tu. Entah ke dia orang yang well educated, orang yang beragama, orang yang faham apa apa.
Nak dijadikan cerita suami volunteer nk hantar abahnya pada hari khamis waktu cuti sekolah. Kebetulan saya bercuti memandangkan saya mengajar.
Then suami pun kata ok hantar abah, nanti pastu kitorang terus nak honeymoon leps hantar, walhal nak pergi berjalan je release stress lah katakan. Ni lah waktu terbaik memandangkan boleh bercuti serentak waktu beberapa hari.
Lepastu tak sangka biras ni menyampuk honeymoon dah dua tiga kali, anak pun takde juga. Saya terus tersentak, menunduk dan tak sepatah pun perkataan keluar dari mulut sebab terasa sangat.
Saya pun tak sure ahli keluarga mertua mungkin perasan saya terdiam. Suami saya tanya kenapa tunduk je, malu ke sebab ramai orang.
Then soalan tu sebabkan terhambur air mata saya. Mungkin sebab memang sedang menahan air mata yang dah sedia ada bergenang tu. Saya terus melangkah ke bilik sampai biras saya tu balik.
Saya berkurung dan menangis sepuasnya, sepanjang perjalanan ke hospital sepatah pun saya tak berkata dengan mertua. Saya malu!!
Saya terasa juga mertua cakap ha dengar tu, seolah menyahut pernyataan dari biras, tapi saya ok je dengan mertua, just paling terasa dengan biras saya.
Tolonglah! Nak bergurau ke bercakap tolonglah pandang kiri kan. Saya tak kisah kalau dia nak ajak berbual atau beramah antara keluarga, tapi ayat tu seolah memerli.
Nasib baik je saya ni bukan sejenis melawan. Kalau tak. Saya selalu je perasan biras lain ada cakap pasal dia yang sejenis selalu je dia yang terpaling betul yang terbaik.
Apalah salahnya, baru je saya ni nak enjoy tak mau fikir dlu. Kalau rezeki awal saya terima, tapi Allah belum kurniakan pun saya nak kata apa.
Tolong doakan saya dikurniakan kebaikan sepanjang hidup, rezeki yang berkat, menjadi hamba yang baik. Doakan saya mendapat zuriat yang berguna bukan untuk dirinya, bahkan ibu ayah, keluarga dan agama.
Saya doa Allah jarang jumpakan saya dengan biras. Bukan apa, better saya nak heal dulu daripada perkataan dia yang menusuk tu.
Yang benar,
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit