Salahkah Mencari Su4mi Yang Sekufu Dalam Pemikiran?

Aku Jane Foster. Sudah semestinya bukan nama sebenar. Berumur awal 30-an, bujang, baru berhenti kerja sebagai seorang jurutera OnG dan memulakan pernigaan sendiri. Sebab utama berhenti aku nak bebas.

Setelah berhenti kerja, aku pulang ke kampung dan tinggal bersama keluarga. Bila tinggal bersama keluarga dengan umur yang sebegini sudah tentu isu kahwin sering dijadikan topik terutamanya oleh ibu aku.

Siapa yang tak nak kahwin kan. Tapi itulah takde rezeki. Last aku couple form 4. 3 bulan. 1st and last. Cinta monyet. Rupa aku takde lah lawa sangat buat lelaki boleh pandang 4-5 kali. Tapi pandang 2 kali tu bolehlah. Haha. Awet muda juga maybe sebab aku petite. 150cm, 47kg.

Cuma bila bekerja ni aku sangat sibuk dan kalau ada yang nak approach pun tak bersungguh pun. Entahlah aku pun tak tahu dekat mana silapnya sekeliling aku ramai yang acuh tak acuh nak ngorat pun.

Aku jenis tak suka buang masa. Jumpa puluh kali lepastu tak tahu lekali tu nak kawan ke nak serious into relationship so aku amik keputusan untuk blah jer. Tak serabut fikir.

So here the story begin….

Masa ayah aku meninggal, kawan baik ayah aku datang melawat. So tertengok aku dan nak kenenkan aku dengan anak lelaki dia.

Keluarganya agak senang sebab family bisnes F&B tak tahu lah berapa keturunan. Tapi bukan level Megah Holding lah. Orang kaya dekat pekan camtulah. Kira femes jugalah dekat area tu.

Adalah aku berjumpa beberapa kali dengan Loki ni untuk sesi kenal-kenal. Loki belajar taraf SPM. Maaf, aku bukan nak downgrade. Dia kaya kot.

Banyak duit lagi dari aku. Dia baik dań good looking juga. Tak buat bukan-bukan kalau keluar berdua, soft spoken juga. Berbeza dengan aku. Aku loud, outspoken.

Tapi itulah komunikasi kami tak sama wavelength. Aku kalau bercakap kadang-kadang ter’speaking’ sebab dah biasa bercakap dengan officemate, contractor, kawan-kawan aku macam tu. Dan Loki akan cakap saya tak faham awak cakap. Padahal bagi aku itu basic English je.

Aku kalau jumpa kawan-kawan akan berborak pasal isu semasa, buku, travel. Kalau pasal gempa bumi dekat Turkey tu kiteorang boleh berborak 3 jam pasal isu tu sahaja. Siap dengan punca, macamana nak atasi and so on.

Tapi dengan dia banyak topik aku tak dapat nak bincang dan borak. Conversation jadi tepu. Aku yang banyak bercakap sebenarnya tapi itulah conversation kami tak berkembang. Kalau whatapps pun setakat makan apa, buat apa, benda-benda yang tak penting.

Lama-lama aku jadi rasa bosan. Pernah ajak dia keluar dengan kawan-kawan travel aku, ada lelaki dan perempuan lah tapi sekali tu jer lah dia nak pergi. Sebab katanya dia tak paham apa kami borak. Hmmm.

Aku suka travel. Pernah travel solo juga dekat beberapa negara termasuk European country. Dan dia macam tak suka aku travel habiskan duit dan pergi sorang-sorang sebab aku perempuan.

By the way dia tak kedekut pun. Pakaian dia berjenama, makan pun bukan tempot biasa-biasa kalau keluar tapi itulah… Pemikiran kami tak sama. Aku pun keluar lah hujah-hujah apa kebaikan travel ni. Tapi tiada sambutan. Dia still kata membazir.

Soal pendidikan pula bagi dia tak berapa penting. Dia memang berduit lah. Aku walaupun berniaga juga tapi masih peringkat baby. Dia kata tak belajar tinggi okey je asal tahu buat duit dan cari duit.

Tapi bagi aku selagi ada ruang dan peluang belajarlah sampai peringkat tertinggi yang kau mampu. Dan terpulang kau nak jadi apa-apa yang kau suka even jadi Grab rider mahupun peniaga pisang goreng. Bagi aku ilmu sangat penting.

Aku cakap dekat ibu aku, aku tak nak dekat dia. Ibu aku macam okey jer lah. Sebab bila aku cakap No tu the answer always No la. Tapi saudara mara aku pula yang bising. Cakap bodohlah tak nak dengan orang senang. Siap cakap aku ni sombong sebab ada ijazah.

Aku okey je kalau cakap dekat aku macam tu sebab aku sejenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri kalau bab-bab macamni. Tapi aku kesian dekat ibu aku jer lah.

Nak je aku pack barang duduk Negeri lain. Before balik kampung bahagia je rasa hidup aku. Haha.

Tapi itulah, ayah aku dah takde. Ibu aku harapkan aku je pergi kesana kesini sebab masa aku flexible. Ibu aku pun dah tua. Tak sanggup nak tinggalkan ibu walaupun siblings lain rumah tak la jauh manapun.

Aku rasa aku tak kisah pun kalau lelaki tu pendidikannya rendah dari aku. Ramai je kawan-kawan travel aku lepasan SPM jer tapi aku respect cara dia bercakap, kelakuan dan pengalaman dia. Nampak tinggi ilmu dari aku yang ada ijazah ni.

Aku tahu bila berkahwin banyak benda kena berkorban. Priority kita akan berubah. Kalau aku minat travel, lepas kahwin prioriti aku untuk keluarga pula. Tak boleh dah nak travel sini sana macam bujana. Tapi kalau wavelength pemikiran tak sama aku rasa macam susah je nak hidup.

Nak-nak hobi aku juga suka bercakap. Dan membaca juga. Aku suka share apa yang aku baca dan kupaskan. Entahlah.. Kenapalah aku complicated sangat.

Jadi dekat sini aku nak tanya pada mereka yang dah berkahwin. Kalau level pemikiran tak sama boleh bahagia ke? Ke korang mengambil pendekatan benda itu biasa kalau dah kahwin? Atau isu berbeza pemikiran ni isu yang kecil sahaja.

Jane Foster masih mencari Thor. Dapat Winter Soldier pun okey gak.

– Jane Foster (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *