Assalamualaikum semua. Perkenalkan aku yang berumur 23 tahun pada tahun 2021 ini. Ya, aku lahir bulan januari yang lalu. Boleh dikatakan aku sejenis introvert.
Aku nak kongsi cerita yang aku alami beberapa tahun lalu sewaktu nak menginjak 20 an. Masa tu aku baru habis belajar dan mulai bekerja pada umur 18 tahun.
Sebenarnya aku drop out dari STPM sebab tidak menahan pensyarah ekonomi yang suka memaki hamun sekiranya slow dalam pembelajaran membuatkan aku tidak dapat menahan tekanan dan makian pensyarah itu. Maka aku pun berhenti.
Dalam tak sedar, putik – putik mild depression mulai berkembang dalam fikiran. Tapi, aku cuma abaikan.
Setelah berhenti dari STPM, aku bekerja dengan mak yang merupakan seorang housekeeper hospital. Disebabkan kabel kuat dan tebal, aku dengan mudahnya dapat kerja di sana.
Selama aku bekerja, kawan – kawan sekerja yang lain merasa hairan kerana aku sepertinya tidak pandai bergaul, suka buat kerja bersendirian, pendiam, sombong, tidak ceria dan muka selalu serius.
Ya, raut wajah aku memang serius dengan kening seperti angrybird. Dorang selalu tanya dengan aku,
“Kau memang pendiam ke?”
“Dulu kau sekolah takde kawan ke?”
“Kau kena ubah diri kau. Tak boleh lah hidup bersendiri. Kau kena ada kawan”
“Aku selalu nampak kau bersendirian. Kau tak suka berkawan?”
Dan banyak lagi lah soalan yang mempersoalkan sifat aku yang pelik di mata mereka itu.
Sebenarnya, aku ada kawan je. Tapi tu lah, nak rapat dan nak faham pe’el aku ni memakan masa. Maklum lah introvert. Dulu masa sekolah menengah, kawan pun cuma 2 – 3 orang. Lebih dari 10 orang, tak pernah lagi.
Jadi aku pun mula terpengaruh dengan kata – kata mereka. Aku yang introvert ini berubah kepada menjadi ekstrovert. Aku mulai menjadi peramah, menyapa orang, suka bercakap, ceria suka tersenyum dan terbuka.
Mula – mula rasa kekok, lama – kelamaan aku terbiasa. Rakan – rakan sekerja pun mulai senang dengan peribadi ku yang ekstrovert. Tidak seperti dulu, yang hanya pendiam tidak pandai bergaul.
Tahun – tahun beralih, dengan pelbagai permasalahan hidup yang aku hadapi, aku perlahan – lahan berubah menjadi introvert semula. Tapi tidak separah yang dulu.
Aku cuma tidak terlalu peramah dan tidak terbuka. Yang lain mulai perasan, kenapa aku tidak lagi ceria dan senyuman tidak lagi menghiasi wajah.
Aku cuma hiraukan. Mungkin faktor usia yang semakin menginjak dan pemikiran pun mulai terbuka membuatkan aku tidak peduli dengan semua itu.
Di tambah lagi aku mulai diserang mild depression pada tahun 2019. Tahun itu lah yang terburuk untuk aku. Disebabkan itu aku berhenti kerja.
Sepanjang sakit, badanku menyusut, aku selalu diserang migrain dan aku pernah ingin berputus asa dari hidup. Namun, Allah masih sayangkan aku. Jadi aku hanya bertahan dari depression yang menghurung hidup aku.
Setahun berada di rumah membuatkan aku mempersoalkan tentang perangai manusia. Kenapa mereka tidak dapat menerima sisi introvert aku? Kenapa mesti mahu aku berubah seperti yang mereka ingin kan? Adakah aku tidak boleh hidup dengan personaliti introvert ini?
Dan di saat itu lah aku sedar, bahawa aku tidak akan dapat menjelaskan diri aku kepada mereka walaupun apa jua fakta mahupun penjelasan.
Menginjak tahun 2020, aku perlahan sembuh atas bantuan Nya. Aku bersyukur hanya Mild depression saja. Bukan severe. Awan – awan kelabu sedikit demi sedikit menghilang dari fikiran ku. Aku mulai hidup dengan slogan HIDUP KU ADALAH HIDUP KU.
Jadi aku hidup berdasarkan apa yang patut aku jadi. Bukan hidup seperti orang lain mahukan. Atas sebab itu, aku menjauhkan diri dari orang – orang yang tidak faham dengan introvert seperti aku.
Bagi aku, orang sebegitu tidak patut dan tidak layak menjadi sebahagian dari dalam hidup aku. Aku putuskan rangkaian dengan mereka.
Tiada salah nya walaupun pada permulaan ada sedikit serba salah. Namun untuk kebaikan diri, apa salahnya? Banyak lagi manusia baik hati di luar sana yang dapat menerima sifat introvert aku ini.
Dan kini tahun 2021, aku tenang dan santai dengan sikap introvert ku yang sejak azali. Pekakkan telinga walaupun ada yang mengata pasal aku.
Kepada semua geng introvert di luar sana, hidup lah seperti ‘nature’ anda. It’s your own life anyway. Usah hiraukan kata – kata negatif yang dilemparkan. Jangan ubah personaliti introvert itu.
Masing – masing ada keunikan yang tersendiri. Bayangkan lah kalau dunia dipenuhi ekstrovert, mesti dunia ini tidak lengkap.
– Introverzy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit