Salahkah Single?

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin post confession ni. Aku juga nak minta maaf sekiranya confession ni ada yang terasa atau salah penggunaan perkataan @ ayat.

Just a simple intro, umur aku 30 an & berkerjaya tapi masih single. Aku tak pernah bercinta sepanjang hidup aku tapi berkawan tu banyak kali tapi bila fasa nak serius aku mesti rasa tak selesa then aku pun jauh kan la diri. Aku bukan pemalu tapi tak tau la kenapa aku rasa sangat tak selesa bila masuk conversation hati ke hati (senang kata ayat geli2) haha.

Fizikal aku biasa je, tinggi tapi tak besar & tak kurus melidi. Perwatakan aku agak kasar sebab adik beradik aku semua lelaki plus course aku belajar pun ramai lelaki compared perempuan even kerja aku pun lelaki ramai dari perempuan. Senang kata aku memang dah biasa bergaul dengan laki sampaikan aku rasa geli bila lelaki mula nak mengayat, haha.

Ok aku bukan bercerita pasal ni panjang, so untuk ketahap umur 30 an ni. Soalan2 ‘bila nak kawen?’, ‘tak de bf ke?’ tu dah common sampai aku pun dah lali. Tapi aku nak confess ni adalah sikap2 manusia yang seolah-olah menidakkan ketentuan Allah swt.

Kita semua tau yang jodoh & ajal adalah ketentuan Allah swt. Kita tak tau yang mana sampai dulu. Ibu & ayah aku pun dah tak kisah sangat. Tapi tu kadang-kadang bertanya jugak la, sebab tak lama lagi salah org adik beradik aku nak kahwin. Ye la parent mana tak risau satu2 anak perempuan dia tak kahwin lagi.

Dalam tahun ni, ada seorang hamba Allah ni datang ke parent aku berbual la pasal hal masing2, family, kerja, rumah & semua la. Sebab aku ada masa diorang berbual sebagai tanda hormat. Tapi bila hamba Allah ni keluarkan satu statement yang mengatakan ‘perempuan kahwin lambat ni akan menyusahkan ahli keluarga, tapi lelaki kahwin lambat tak pe sebab lelaki boleh survive sendiri”.

Aku tengok muka parent aku dah berubah. Then aku terus angkat kaki malas nak layan Hamba Allah ni. Honestly la aku pun terasa ‘yeke aku ni nyusahkan parent aku?’ tapi aku fikir betul2.

Aku tak menyusahkan parent aku pun. Sebab dalam masa single ni aku mampu bawa parent aku bercuti kat tempat yang diorang nak pergi. Percutian ni semua aku yang tanggung. Aku dapat pergi umrah dengan diorg lagi. Anak2 laki parent aku memang tak ambil port la bab ni semua, baik diorang fikir hal masing2.

Even belanja kat rumah pun aku yang banyak keluar compared dengan adik beradik aku yang lain. Diorang semua dah berkerja tapi still minta duit dengan parent aku. Sampai aku fikir betul2 siapa yang menyusahkan keluarga ni? Kalau dalam family dia yang ada perempuan kahwin lambat, menyusahkan tu family kau je bukan family aku pun so tak payah nak jatuhkan air muka parent aku.

Baru2 ni ada article kat surat khabar, berkaitan kahwin lambat ni sebab terlalu banyak dosa. Masa baca title je aku dah rasa statement ni cam hmmmm. Yang berkahwin ni takde dosa ke? Habis yang bercerai berai tu apa pula? Ye, aku tau statement tu nak kita muhasabah diri untuk jadi lagi baik. Tapi generalizekan statement tu kepada yang kahwin lambat tu rasa tak perlu.

Umur aku dah 30 an terlalu banyak penceraian kahwin muda aku tengok terjadi dekat kawan2 aku. Kesian anak2 masing2. Aku tak kata kahwin lambat tak kan berlaku penceraian. Masa aku umur 25 tahun pun dah banyak penceraian kawan2 aku dengar. Ye aku adalah seorang pendengar yang baik, so memang ramai kawan2 akan bercerita masalah masing2 dekat aku.

Masa ni bila terlalu ramai bercerita masalah rumah tangga masing2. Hati aku mula terdetik takut nak kahwin. So aku decide jauhkan diri dari diorang ni. Bukan aku tak nak jadi pendengar untuk mereka.

Bila kawan2 aku yang dah berkahwin, aku jauhkan diri & contact bila perlu je. Tapi aku takut kalau aku tukar persepsi aku tentang perkahwinan. Allah tu memang baik. Allah dekatkan aku dengan kawan-kawan yang masing2 perkahwinan bukan keutamaan diorg. So kitaorang ni memang travel & buat aktiviti semua sama2.

Ada juga hamba Allah ni, datang kat aku bercerita pasal kehidupan. Mula la start hal perkahwinan. Soalan2 dia kat aku. “kau tak takut hidup sorang2 ke nanti dah tua?” “nanti dah tua takde siapa nak jaga kita”. “Kau tak sunyi ke?” “atau kau memilih sangat ni” “Aku wonder la kat siapa kau share kan problem2 kau?”.

Yang dah berkahwin ni, hujung nyawa kita pun belum tentu kan akan ada teman. Yang berkahwin belum tentu hujung nyawa nanti ada yang akan jaga kita? Sebab tu Allah swt dekat kan aku dengan kawan2 yang perkahwinan bukan priority mereka.

Ye circle aku sekarang pun adalah perempuan2 single. Banyak tempat aku boleh luahkan masalah aku. Belum tentu kalau kahwin partner kat nak dengar problem kita. Kalau ada tempat meluahkan problem. Kenapa cari orang-orang yang tak berkahwin lagi tempat meluahkan masalah perkahwinan? Pergi cerita dekat partner masing2.

Ye aku memang memilih sebab aku bukan manusia asal boleh, asal nampak orang dah kahwin aku pun kena kahwin tapi partner ntah apa2 dan tak rasa salah pun kalau aku memilih.

Kadang-kadang orang yang dah berkahwin ni bila kita komen or cakap something pasal perkahwinan mula la ayat “kau tak rasa apa yang aku rasa” “tak kahwin lagi boleh la cakap”. Ye kita je kena jaga hati orang dah berkahwin. Bila diorg komen hal2 yang berkaitan single,hati kami yang single2 ni memang diperbuat dari batu. So soalan2 yang makan hati ni kat mampu senyum je.

Allah swt bagi aku bahagia dengan cara aku yang mana aku boleh travel, aktiviti sendiri, boleh bawak parent aku bercuti & bagi duit lebih kat parent. Setiap orang ada dugaan & cara masing2. Tapi aku tak rasa kahwin lambat ni dugaan sebab ni adalah rahmat yang mana aku boleh jaga parent aku sebelum aku ada komitmen berkeluarga.

Kepada orang yang tengah bahagia dengan perkahwinan masing2 berhenti la tanya soalan2 yang boleh mengguriskan hati kawan2 single. Doakan yang baik2 untuk masing2. Sebab apa yang kita ada sekarang belum tentu kekal. Ada seorang kawan yang agak rapat jugak la, masa ni dia dah bertunang setelah lama diorg bercouple.

So masa dia bertunang ni, dia memang tanya la soalan2 kat atas tu. Aku start annoying, aku sound la jangan yakin dengan apa yang kita ada sekarang. Then aku mmg kurang bercontact dgn dia & dia pun jarang cari aku. End up aku dengar dia putus tunang & sekarang sama2 single, title pun dah sama dengan aku.

Aku doakan korang yang dah berkahwin, semoga kuat untuk tempuh dugaan perkahwinan, bahagia & kekal sampai bila2. Aku doakan juga kepada perempuan2 single yang baca ni, dipertemukan jodoh yang terbaik untuk korang! Doakan aku jugak okay.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *