Salahkah Saya?

Saya bekerja di sebuah syarikat dan di situ saya berjumpa dengan dua orang rakan baru, Konagi (ala-ala nama Jepun) dan Umairah.

Kami bertiga memang rapat, setiap kali lunch mesti keluar bersama.

Satu hari, kami pergi ke Aeon untuk makan. Disebabkan banyak pilihan restoran, Konagi yang pilih. Kami ikut sahaja walaupun agak pricey.

Jumlah makan hari tu lebih kurang RM80+. Konagi minta saya bayar dulu, jadi saya pun akur.

Balik ofis, Umairah terus QR bahagian dia. Selebihnya tinggal bahagian Konagi. Dia janji nak bayar minggu depan, jadi saya faham. Tapi bila sampai minggu depan, dia masih tak bayar.

Bila Umairah tegur, dia siap jawab “taknak, welkkkk” sambil mengejek. Saya anggap gurauan.

Sebenarnya, bahagian dia lebih mahal sikit (beza RM10) sebab dia order carrot juice RM9.90, sedangkan kami minum air FOC. Jadi memang wajar kalau harga dia lebih tinggi.

Masuk minggu ketiga, masih belum bayar. Kebetulan bank saya kena sekat 24 jam, jadi saya betul-betul perlukan duit tu.

Saya WhatsApp dia untuk minta, tapi yang balas adalah BF dia. Katanya “ini BF dia” dan terus QR jumlah yang sepatutnya — tanpa saya minta pun tax.

Selepas itu, Konagi terus menjauhkan diri. Tak bertegur, seolah-olah saya musuh.

Umairah tanya, rupa-rupanya memang sebab saya minta duit. Katanya, bila saya minta, dia bergaduh besar dengan BF dia.

Saya jadi pelik… salahkah saya minta balik duit saya? Sedangkan saya dah tunggu 3 minggu, dah tanya baik-baik depan-depan tapi tetap tak nak bayar.

– NJ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tak salah pun. Disebabkan benda ni berlaku lah kita boleh tahu perangai seseorang tu lagi2 bab minjam2 duit. Dah lah dia yang pilih kedai tapi diri sendiri yang tak boleh/lambat bayar lak. Tapi ni macam teruk sebab dah lah pilih kedai mahal pastu macam expect makan free sebab taknak bayar balik kat TT?? Kita mintak hak kita, dia lak yang nak merajuk? Takyah pedulik lah dia. Dia nak guilt trip TT lah tu. Buat dek je lah takyah rasa bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *