Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca IIUM Confessions. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan coretan ini.
Saya tertarik dengan confession “Dugaan Isteri Dapat Suami Kerja PSH” dan terpanggil untuk borkongsi cerita dan beberapa tips yang saya sentiasa amalkan. Sebelum tu, serba sedikit berkenaan dengan latar belakang saya dan suami. Saya seorang wanita berkerjaya yang berusia 30 tahun dan suami berusia 35 tahun. Kami dah hampir 4 tahun berumah tangga. Masa kahwin dulu kami share duit hantaran sebab pada saya, perkahwinan itu bukanlah satu bebanan tapi satu perkongsian. Suami orang utara dan saya orang Selatan tapi kami menetap di Kuala Lumpur. Kami dari keluarga yang sederhana sahaja.
Sebelum berkahwin, suami seorang pekerja kapal di luar semenanjung Malaysia. Namun setelah kami berkahwin, kami berbincang & suami memutuskan untuk berhenti kerja kerana risaukan keselamatan saya yang tinggal seorang diri disini. Bermulalah episode suami mencari kerja dan dah beratus resume yang saya hantar untuk membantu suami mendapatkan pekerjaan. Simpanan kami makin menyusut dan dalam pada itu saya rasa hampir semua perbelanjaan rumah saya yang tanggung. Hati mula merungut dan hal ini menjadi salah satu punca pergaduhan kami.
Untuk menampung kehidupan & komitment yang ada, kami mula berniaga kecil-kecilan. Pada mulanya suami agak keberatan untuk berniaga memandangkan kami tiada sebarang pengalaman. Namun, selepas berbincang dari hati ke hati dan membuang jauh-jauh sifat malu yang ada pada diri, kami decide untuk berniaga. Pelbagai jenis perniagaan kami cuba, ada pasang surut, ada turun & naik.
Satu hari saya terbaca ayatnya lebih kurang bunyi begini “Terbukanya pintu rezeki suami apabila isteri redha dengan suami”. Bagai tamparan hebat dengan kata-kata itu kerana saya tahu, sebagai manusia biasa, adakalanya saya tak redha dengan pemberian saya kepada suami, dengan kesusahan kami namun sejak dari terbaca kata-kata itu, saya cuba lapangkan dada seluas-luasnya, Redha seredha-redhanya dan saya halalkan segala hutang-hutang suami dengan saya. Setiap hari,setiap pagi sebelum memulakan langkah ke tempat kerja, setiap kali lepas solat,sebelum tidur dan setiap kali teringat saya akan membaca sepotong doa di bawah ini:
“Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau murahkanlah rezekiku, Engkau murahkanlah rezeki suamiku supaya dia dapat memberikan nafkah kepadaku dan kami sama-sama dapat membantu kedua-dua ibu bapa kami, ahli keluarga kami dan orang-orang yang memerlukan dan dalam kesusahan”.
Selain daripada tu, suami selalu ingatkan saya supaya kami sentiasa bersedekah walaupun RM 1 kerana sedekah itu penyambung rezeki, In Shaa ALLAH.
Yang membuatkan saya rasa terharu bila mana suami layanan ibu dan ayah saya dengan layanan terbaik. Sanggup bawak ayah berubat kesana kesini, tak pernah berkira dengan family saya. Begitu juga layanan suami kepada saya. Time saya sakit, tak tidur malam menjaga, selalu meringankan kerja rumah saya, rajin masak. Masha Allah, walaupun kami tak senang, tapi hati saya tenang, Walaupun kami kurang duit, tapi Allah hadirkan rezeki suami yang baik. Nikmat ALLAH mana lagi yang nak didustakan?. Saya muhasabah diri, perbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Dalam kekurangan, ada kelebihannya. Macam mana dia layan kami, macam tu juga saya layan dia & family dia. Alhamdulillah, Keluarga Mertua pun sangat baik.
Sejak dari itu, saya rasa banyak perubahan. Walaupun suami tak dapat kerja lagi tapi setiap bulan alhamdulillah kami cukup bayar hutang, boleh makan kat luar, boleh shoping serba sikit. Bila rasa duit kering, ada je rezeki tak terduga ALLAH bagi. Pernah dalam purse tinggal RM3, kejap lagi ada orang call nak beli barang yang kami jual. Alhamdulillah terasa nikmatnya dugaan itu bila kita mampu melaluinya dengan redha dan sabar.
Sekarang kami dah hampir stabil, suami pun dah kerja walaupun kerja tu tiada kaitan pun dalam bidang dia. Dia pun tak memilih kerja janji halal. Cara kami bayar komitmen, kami kumpul duit gaji kami, bayar dulu semua hutang yang ada. Balance dari itu, 20% simpan, buat belanja dapur, minyak kereta & belanja harian kami. Kadang-kadang semput juga nak tunggu gaji tapi Alhamdulillah pertolongan & rezeki dari ALLAH tu sentiasa ada & yang penting kene yakin. Tu antara tips yang saya gunakan dalam famili kecil kami. Lain keluarga, lain orang, lain caranya.
Yang saya boleh simpulkan disini dari pengalaman saya:
Suami: Kena ada rasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga, kene berterus terang & sentiasa jujur dengan isteri tak kira dalam apa jua masalah, tak berkira dengan isteri sebab isteri & anak-anak tu pembawa rezeki buat suami, layanlah isteri anda sebaik mungkin kerana saya percaya layanan baik daripada suami akan membuatkan isteri sentiasa berlapang dada berdoa yang terbaik buat suami.
Isteri: Sebagai tulang belakang suami, support suami & jangan rendah-rendahkan kelemahan suami, sentiasa redha dengan suami supaya rezeki mudah masuk, tak berkira dengan suami dan saling berkomukasi dengan suami walau dalam apa jua masalah.
Perkahwinan ini adalah perkongsian hidup yang di dalamnya terurai warna-warna kehidupan, saling melengkapi kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa pun dugaan, berkomunikasilah dengan baik kerana komunikasi sangat penting dalam rumah tangga, jangan mudah berputus asa, yakinlah dugaan menjadikan perkahwinan itu indah bilamana kita mampu mengatasi dugaan tersebut.
Sekian perkongsian yang tak seberapa dari saya. Mungkin ada yang setuju & mungkin ada yang tak setuju dengan perkongsian ini. Yang baik boleh jadi rujukan & yang buruk jadikan pengajaran.Maaf jika ada kata-kata saya yang mengguris hati pembaca.
Terima Kasih.
– Bukan Mokcik Bawang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit