Sam Hammington’s Parenting Skills

Salam sejahtera semua.

Hari ini saya ingin kongsikan pendapat saya berkenaan dengan “parenting skills” Sam Hammington yang boleh dijadikan pembelajaran dan inspirasi buat para ibu bapa di sana.

Bagi yang tidak kenal siapa itu Sam Hammington, Sam Hammington ialah salah seorang bekas personaliti tv untuk rancangan ‘The Return of Superman’ (TROS) di Korea Selatan yang berasal dari Australia.

Dalam rancangan TROS, pihak bapa sahaja yang akan menjaga dan mendidik anak² mereka. Walaupun sekadar rancangan hiburan, tetapi banyak yang kita boleh belajar daripada mereka tentang cara mendidik anak².

Memang benar setiap personaliti dan keadaan setiap kanak² itu berbeza. Tetapi, saya percaya, sekiranya kita mendidik anak² itu dengan cara didikan yang sesuai, pasti anak² akan mempunyai IQ dan EQ yang seimbang.

Antara sifat atau cara Sam Hammington yang sangat memberikan inspirasi kepada saya adalah:

A. Sam Hammington selalu mempunyai idea² yang diluar kotak untuk menyelesaikan masalah atau trauma anak².

Contohnya, Sam Hammington berjaya meleraikan masalah anak²nya, William dan Bentley yang selalu bertengkar dan berebut mainan menggunakan satu “costume” seekor anjing mainan spring yang merupakan salah satu watak dalam Kartun Toys Story.

Sam letak William sebagai ekor dan Ben sebagai kepala. Maknanya kalau Ben nak pergi ke mana², William mesti ikut dan bersetuju sebab kostum anjing itu diletakkan spring. Contoh lain, William ada fobia terhadap haiwan kangaru.

Apa yang Sam buat ialah dia bawa William untuk berikan makanan kepada kangaru dan tunjukkan kepada William untuk atasi rasa takut dan haiwan kangaru itu tidak membahayakan.

B. Sam tidak malu untuk memohon maaf kepada anak²nya setiap kali dia melakukan kesilapan.

Menurut saya, perkara ini bukanlah norma untuk kebanyakan orang dengan budaya kita yang sering mengajar untuk menghormati orang yang lebih tua,

Tetapi kita jarang atau tidak pernah langsung dengar orang beri nasihat menghormati semua termasuk orang yang lebih muda.

Kalau daripada pengalaman saya sendiri, orang yang lebih tua daripada saya tidak pernah langsung memohon maaf tetapi sudah namanya manusia pasti akan sering membuat salah tanpa mengira usia.

Tidak salah sekiranya kita memohon maaf kepada yang lebih muda kerana amalan inilah yang sebenarnya akan membuatkan kita lebih dihormati.

Ada satu episod ini di mana Sam memohon maaf kepada anaknya William yang baru nak masuk umur 2 tahun kerana terpaksa suruh William membantunya menjaga Bentley yang baru berumur beberapa bulan.

William dalam episod itu seolah² faham keadaan ayahnya walaupun dia boleh dikira seorang bayi juga.

C. Sam menerapkan amalan murni kepada Wiliiam dan Bentley.

Mungkin ada yang akan kata kita hanya tonton kehidupan mereka hanya untuk beberapa minit tetapi perwatakkan William dan Bentley sangat sopan. William dan Bentley mempunyai sifat empati yang sangat tinggi.

Ada beberapa episod TROS yang menunjukkan William sanggup meletakkan kepentingan diri untuk orang lain walaupun pada ketika itu umur William adalah kurang daripada 3 tahun.

Saya percaya, anak² pada usia itu tidak pandai berpura² walaupun untuk rancangan realiti.

D. Sam layan Bentley dan William sama rata walaupun Bentley anak bongsu. Kebanyakkan episod ada memaparkan Sam tidak pilih kasih.

Sebenarnya banyak perkara yang saya pelajari daripada Sam walaupun saya belum berkahwin atau mempunyai anak.

Seperti yang saya ada nyatakan di atas, walaupun TROS ialah rancangan realiti, pendapat saya, apa yang kita lihat, itulah mereka kerana kanak² tidak pandai berpura² atau berlakon lebih² lagi yang berumur di bawah 5 tahun.

– Luna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *