Salam semua. Dua tiga hari ni ada isu yang lalu di media social aku.
Isu ni macam kurang viral walaupun isu ni agak sensitif dan ada banyak pendapat.
Isu ni adalah hantar ibubapa ke rumah orang tua.
Masa anak2 masih kecil, ibubapa TERPAKSA hantar anak ke pengasuh atau taska seawal umur 3 bulan kerana keluar mencari rezeki.
Anak2 dah besar, anak2 pula TERPAKSA hantar ibubapa ke rumah orang tua kerana keluar berkerja mencari rezeki juga.
Ibu2 surirumah ada rezeki menjaga anak2 kecil sendiri.
Anak2 yang dah besar yang menganggur pula ada rezeki menjaga ibubapa mereka yang uzur.
Ibu2 yang berkerja tak ada rezeki menjaga anak2 kecil mereka.
Anak2 yang dah besar yang berkerja pula tak ada rezeki menjaga ibubapa yang tua.
Adilkah analogi ini?
Apa yang saya nampak dekat sini adalah rezeki dan jalan hidup orang tu tak sama.
Isu ni tak ada kaitan dengan anak yang BUANG ibubapa ke rumah orang tua ye. Dua isu yang berlainan.
Isu ni untuk yang hantar ibubapa ke rumah orang tua & ambil semula selepas balik kerja atau di hari minggu.
– Iz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Benda ni jadi isu besar apabila ibu bapa tak redho anak-anak hantar mereka ke rumah orang tua-tua (atau yang sama dengannya.)
Jika mak ayah tu aniaya dan menzalimi anak2 waktu mereka masih muda, kita boleh faham sebb anak-anak ada trauma wound. tapi ada ya dalam kalangan anak-anak yg dibesarkan dengan baik dan diberi ilmu, kasih sayang etc sengaja ‘buang’ mak ayah yang sakit. Harta pusaka dah kebas awal2. Kasihan tapi itulah jalan cerita hidup masing2. Siapa yang bernasib baik mempunyai keluarga harmoni dari awal cerita hingga akhir nyawa, mmg beruntung.
Tak sama. Ada ibu ayah yg dh kematian suami/istri lebih suka ke rumah org tua2 sebab ada kawan, ada kelas agama, ada byk aktiviti. Kadang2 duduk dgn anak xde sape2 kat rumah, anak menantu pergi kerja, cucu pergi sekolah, lagi sunyi tinggal sorg
Sebab itu saya kata benda ni jadi besar bila ibu bapa(yg baik) tak redho anak-anak buang dia.