Assalamualaikum, terima kasih admin siarkan kisah saya.
Saya Bulan. Terbaca kisah “pengantin baru” sis ni dan tergerak hati nak kongsi juga pengalaman sendiri.
Saya baca komen2 berkenaan tt dan saya rasa agak terkejut ramai yang cakap tak normal. Jadinya selama ni memang apa yang saya lalui tu tak normal lah ye? Saya fikirkan normal je..
Meh saya cerita kisah saya. Maaf kalau agak panjang. Lepas habis baca tolong share pandangan kalian ye
Saya dah 3 tahun berkahwin. Alhamdulillah kami dikurniakan dua orang anak. Saya berusia lewat 30an dan suami awal 30an. Ya suami jauh lebih muda dari saya. Jujur suami agak ada rupa (dari pandangan saya). Saya pula muka tersangat awam.
Kenal melalui orang tengah. Orang kenen. Sejujurnya sebelum bertemu dengan suami, saya memang sebolehnya nak pilih calon suami yang lebih berusia dari saya.
Tapi sepanjang pencarian jodoh saya, majoriti yang datang dekat saya semuanya lebih muda dari saya. Seorang je yang lebih berusia.
Sampai tahap ada sorang calon tu sata reject sebab masa tu memang betul2 nak yang lebih berusia. Dia sangat kecewa sampai ada sedikit dendam dalam hati dia. Tapi tu lah semuanya tak menjadi.
Kehadiran suami pun di saat saya betul2 pasrah soal jodoh. Di saat saya di hujung garisan untuk berharap soal jodoh. Dan saat itu lah Allah hadirkan suami saya melalui orang tengah.
Kenapa saya terima suami masa tu? Sebab saya doa masa tu selepas ni andai siapa yang hadir betul2 serious untuk bernikah, aku anggap itu kiriman dariMu Tuhan. Dan betul 2 minggu saya doa begitu, suami minta tolong dengan orang tengah untuk kenal dengan saya.
Masa saya tau dia muda dari saya, saya berat untuk kongsi phone no. Tapi dek teringat doa saya, saya cuba. Tapi dengan niat hanya untuk berkenalan sahaja. Bukan untuk bernikah.
Tapi sebulan berwhatsapp, suami ajak bernikah. Memang sebelum tu saya nyatakan dengan suami saya bukan muda untuk bercintan cintun buang masa. Saya tak nak main2.
Terkejut juga bila dia ajak nikah. Tapi saya turutkan je bila suami cakap nak jumpa mak saya. Masa tu masih sangsi sebab ye lah dia jauh lebih muda dari saya kot.
Tapi tidak ye. Suami betul2 jumpa mak saya dan nyatakan dia serious nak kawan dengan tujuan untuk nikah. Dari situ saya terima suami dengan lapang dada dan anggap ini lah jawapan doaku. Walaupun dia jauh jauh sagat jauh lebih muda dari yang pernah hadir sebelum2 ni
Setahun bercinta, jarang jumpa, jarang dating, hanya Whatsapp dan call je. Kerap jumpa pun masa dah dekat nak nikah (sebab urusan nikah). Genap setahun kenal, alhamdulillah kami selamat bernikah setelah bermacam2 ujian yang datang.
Sejujurnya saya tak merasa nikmat pengantin baru macam yang selalu digembar-gemburkan orang. Sungguh. Saya tak jumpa nikmat nikah tu.
Berbulan saya hanya rasa sakit bila bersama. Sampai perlu makan pain killer sebelum aktiviti tersebut. Tu pun selepas berjumpa Dr pakar dan dinasihatkan untuk makan pain killer. Sakit dia bukan main2 ye. Sampai 3 hari akan sakit lepas bersama tu.
Tak ada istilah sehari 3 4 kali sehari untuk bersama. Seminggu sekali je kami bersama. Walhal kami pengantin baru. Orang cakap pengantin baru pantang disentuh mesti jadi. Tapi tidak ye.
Sebab sakit, jadi saya jarang sangat minta. (Walaupun hati kadang ada keinginan). Tapi yang peliknya suami pun tak meminta. Saya fikirkan benda tu normal jadi saya diamkan je.
Sampai lah lepas setahun bernikah, baru lah aktiviti tu lebih kerap. Kami akan bersama 2 minggu sekali. Dan saya anggap ianya normal. TAPI masih kebanyakan masa memang saya yang minta.
Saya pernah suarakan kepada suami kenapa jarang minta? Saya ni tak lawa ke? Saya x pandai layan ke? Saya tak pandai menggoda ke? Jawapan dia hanya satu. PENAT.
Kami sama2 dalam urusan rumah tangga dan jaga anak. Masing2 give and take. Anak masih menyusu badan. Saya bekerja, suami pun bekerja.
Kalau dia penat, saya juga penat. Tapi bukan ke lelaki tak kira penat dia tetap akan nak sebab nafsu lelaki memang satu tu je kan? Tak seperti perempuan yang ada 9 nafsu.
Kadang sampai saya merajuk berhari2 sebab meminta dari dia. Terasa betul2 macam pengemis. Memang point gaduh selalunya isu bersama.
Saya tak pernah tanya isu ni kepada sesiapa sebab saya anggap ianya normal. Tak normalkah ianya tuan2 dan puan2? Adakah saya ni bodoh? Terasa pulak saya ni terlalu tua untuk suami
Tapi tu cerita 2 tahun lepas. Tahun ke3 pernikahan ni hubungan bersama bertukar kepada seminggu sekali atau seminggu 2x. TAPI masih sama. Lebih kerap saya yang minta dari dia
Tak normal ke kami ni tuan2 dan puan2? Risau pulak saya. Durasi bersama paling cepat setengah jam akan tamat. Paling lama sejam.
Kadang saya pelik bila ada yang cakap masa baru nikah tiap hari akan bersama. Kadang sehari 3x.
Yang kata seminggu 3x pun boleh buat saya termenung panjang. Tak penat ke? Ini soalan jujur ye. Bukan sarcastic. Bagi saya memang aktiviti tu memenatkan dan drained out energy.
Saya ni tak normal ke? Mohon tuan2 dan puan2 berikan pendapat masing2. Saya dah mula risau. Perlu ke saya makan jamu?
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan banding kan hidup awak dengan orang lain, kalau awak berdua sudah happy with that way, itu sudah mencukupi.