Sama-Sama Menuju Ke Syurga

Assalamualaikum. Musim pkp ni alang-alang banyak masa, rasa terpanggil nak reply confession ni (https://iiumc.com/cemburu-dengan-ex/) sebab boleh relate dengan diri confessor yang background agama tinggi tetapi bersuamikan lelaki biasa biasa.

Tapi saya taklah beragama tinggi pun, sekadar sekolah agama dari form 1-5 saje dan join usrah sikit-sikit masa di universiti. Beza saya dengan confessor, saya tiada perasaan cemburu dengan ex pun sebab memang saya takda ex, haha.

Okay Dear confessor, saya paham orang yang ada background agama ni, mostly memang kita ni berimpian sangat nak berkahwin dengan lelaki yang boleh bimbing keluarga, yang boleh bagi tazkirah, baca quran sama-sama dan macam macam lagilah. Keluarga mawaddah gitu kan.

So saya pun sejak sekolah memangla kalau crush tu suka dekat lelaki yang alim alim saja, yang nerd, yang juara tilawah, yang lead usrah dan seangkatan.

Taaapi, nak tahu tak rupanya jodoh saya the complete opposite. Langsung memang bukan jenis lelaki yang saya suka dan bayangkan dulu. Tapi tulah, boleh tertarik pulak, couple 2 tahun pastu kahwin.

Masa couple tu, saya dapat kenal perangai dia yang sebenar yang agak jahil agama, but despite knowing all that, saya terima dia sebab boleh rasa dia betul-betul ikhlas nak memperisterikan saya dan ikhlas nak berubah.

Kiranya time berkawan tu, takda la dia nak berlakon alim kucing ke etc. Suami saya ni sejak berkawan lagi, saya dah tau dia culas dengan solat, tak cukup 5 waktu, merangkak baca quran.

Jadi saya pun selalula tazkirah dia suruh jangan tinggal solat, saya akan call dia subuh2 kejut solat, ingat kan dia tentang agama selalu.

Pernah tangkap dia ada tengok porn juga sebab saya spot check phone. Saya pun marah gila la. Cakap la dekat dia tentang dosa nya tengok semua tu sebab sama dapat dosa zina juga.

So boleh imagine tak betapa bezanya saya dengan dia?

Saya ni boleh katakan benda basic rukun agama tu memang tak tinggal lah melainkan tak sengaja. Tapi tu semua zaman silam dia. Siapalah saya untuk judge seorang manusia hamba Allah. Akhirnya apa yang Allah lihat, ending nya juga.

Selalu kan dengar orang cakap, kalau nak pilih jodoh, pilih yang beragama, kalau tau lelaki tu tak solat ke, tak kuat agama, orang cakap cari lelaki lain. But that might not always be true.

Kalau korang rasa lelaki yang korang berkawan tu ada basic agama, nampak nak berubah, tak buat jahat dekat orang, tak sentuh perempun sembarangan, kerja keras, tak lawan cakap parents,

And memang betul- betul sayangkan korang, sanggup usaha macam-macam untuk kahwin, percayalah lelaki tu lelaki yang baik dan boleh jadi lagi baik. Tak perlulah sampai nak tunggu lelaki idaman macam ala-ala ustaz ke yang perfect ke baru nak kahwin.

Macam saya, walaupun saya nampak banyak flaws dekat dia masa tu, saya stay sebab dia ada ciri dekat atas tu and yang kuatkan saya lagi untuk stay sebab pernah saya minta putus couple sebab halangan parents, suami saya masa tu sampai nangis teruk.

Masa akad nikah pun, dia menangis. Tak sanggup saya nak hilang lelaki yang boleh nangis untuk saya.

Okay fast forward kami pun berkahwin. Bila dah hidup serumah ni, lagilah banyak benda kita belajar pasal satu sama lain.

Tipulah kalau saya tak kecewa bila nampak depan-depan dia ada tinggal solat, bila tau dia ada tinggal puasa lagi, and banyak lagila. Saya pikir bila kahwin dia da berubah tapi rupanya belum total berubah lagi.

Jadi dekat situ kita sebagai isteri kenalah main peranan besar. Kita tak boleh harapkan suami saja bimbing kita. Takkan nak tunggu saja sampai diri sendiri hanyut juga.

Allah dah bagi kita peluang dapat belajar ilmu agama lebih masa sekolah/uni dulu, kita just share saja balik ilmu tu, bantu suami untuk sama-sama ke syurga. Kalau kita sayang dia kerana Allah, kita tak sanggup nak tengok dia tempuh jalan ke neraka yedak.

Macam confessor cakap subuh selalu terlepas sebab takda orang kejut kan? Stop that. Jangan harap mesti suami saja kejut, fantasi macam suami kejut solat, ajak berimam tahajud sama-sama semua tu kena tolak tepi dulu.

Confessor kena kuat untuk bawak suami berubah, terpaksalah ambil role untuk lead keluarga ke arah agama.

Macam saya, subuh ke memang saya lah yang akan kejut suami. Ingat lagi awal kahwin dulu, masa kejut dia, macam kejut jin. kena marah sebab kejut, muka dia dalam gelap tenung marah saja kita, haha. Tapi saya balas balikla suruh bangun juga.

Part baca quran pulak, tak perlu tunggu suami yang ajak dan lead tadarus, saya baca saja sendiri tapi saya akan mengaji depan dia.

Saya doa moga Allah lembutkan hati dia dan bagi dia hidayah. Satu hari, saya habis mengaji, salam dia dan suami saya cakap abang suka dengar sayang mengaji, nanti ajar abang ye. Alhamdulillah happy nya saya masa tu.

Saya selalu pasangkan audio quran dekat rumah, selit cerita tentang kebaikan surah surah tertentu.

Ada satu hari saya cerita, abang tau al mulk ni surah best sangat tau. Dia akan melindungi kita dalam kubur dari seksaan, teman kita. Suami pun teruja dia cakap nak amalkan juga. Maka kitorang pun start baca dari utube sebab dia senang nak baca bila dengar alunan syeikh2 yang sedap.

Mula-mula tu, saya ingat lagi merangkak saja bacaan dia, putus putus, tapi alhamdulillah sekarang ni (lepas 1 tahun amalkan hampir hari-hari) dia siap boleh hafal dah almulk. Lancar sangat.

Ni pun berkat usaha dia juga sebab dia selalu dengar utube quran, zikir dekat office dia. Siapalah sangka lelaki yang merangkak baca quran dulu sekarang dah lancar sangat almulk.

See, tak perlu pun tunggu lelaki yang sedia alim untuk kahwin, tapi lelaki yang nak berubah pun alhamdulillah cukup baik.

Sekarang ni alhamdulillah, solat pun dia dah cukup 5 waktu, puasa pun dah penuh. Kitorang selalu solat jemaah, tadarus jemaah, share tentang kisah nabi. Pergi surau sama sama.

Sekarang ni dia yang selalu ingatkan saya pasal agama, ingatkan hidup ni untuk Allah,dia ingatkan yang kalau kita cari akhirat, kita akan dapat dunia. Tak terkata happy nya saya tengok suami dah berubah. Semua ni manis sangat untuk kami suami isteri, sama2 berubah ke arah akhirat.

Perjalanan ni lama, takdalah sekelip mata, slow slow berubah, saya pun sama turut nak berubah nak jadi lebih baik, nak jadi isteri solehah yang boleh masuk mana mana pintu syurga. Suami ambil masa lebih kurang 4 tahun untuk betul2 jaga rukun islam dia.

Sebagi isteri kita kena ingat, walaupun ilmu agama kita lagi tinggi ke apa, jangan rasa kita lagi baik. Kadang2 perasaan tu ada datang tapi istigfarlah. Setan semua tu.

Macam saya bila suami cakap sal agama saya akan dengar dengan penuh perasaan, saya iyakan apa dia cakap, saya buat muka kagum, saya cakap thank u ingatkan, sebab saya nak dia rasa yakin, happy untuk bimbing saya.

By the way doa memang sangat penting. Allah kan pemilik hati manusia. Kita sebagai isteri hanya usaha saja tapi Allah yang menentukan.

Haa amalkan surah taha ayat 1-5 untuk lembutkan hati. Dulu selalu gak gaduh biasalah darah muda kan tapi sejak kitorang amalkan surah taha, memang kurang sangat sangat.

Tiap pagi sebelum pergi kerja kitorang akan peluk sambil baca taha then tiupkan dekat dada/ ubun each other. Alhamdulillah memang terasa kesan alquran dalam hidup. Boleh juga baca sendiri pastu tiup dekat ubun husb/ anak masa dia tidur, doa moga lembut hati.

Ya Allah panjangnya la kan. Banyaknya masa aku time pkp ni. Sejam lebih menaip. Haha, maaf ye kalau bosan. Niat nak share pengalaman moga jadi asbab kebaikan.

Walau usia perkahwinan baru sekejap tapi perjalanan penghijrahan tu bermakna bagi saya. Masa kedepan belum tahu, tapi selalu doa moga dapat bersama sampai syurga. Saya doakan kalian berbahagia juga.

Assalamualaikum…

– Aqsa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *