Bila mendengar berita atau kisah pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah, salah majoriti akan diletakkan pada ibu bayi tersebut sahaja.
Bahana malu yang ditanggung akan dibawa sampai anak luar nikah itu mati. Yang malu cuma ibu, keluarga ibu dan si anak.
Netizen dan makcik bawang lupa pada hakikat anak itu tidak akan lahir tanpa sperma dari seorang lelaki durjana yang maha tidak bertanggungjawab.
Baru-baru ini negara digemparkan oleh berita seorang remaja perempuan menikam bayi yang baru dia lahirkan sampai mati. Pelbagai reaksi dari netizen lepas mendengar berita itu.
Tetapi paling ramai hanya menghakimi si ibu dengan meletakkan tuduhan “suka sama suka” melakukan persetubuhan tersebut. Waktu seronok tak ingat dunia, anak lahir bunuh anak sendiri. Cerca netizen pada si ibu.
Bila pemilik sperma dicari pihak polis atas tuduhan merogol si ibu tadi, maka sekali lagi netizen menempelak si ibu bayi dengan menuduh si ibu mengada-adakan kes rogol tersebut.
Kata mereka dulu suka sama suka, sekarang lelaki sahaja dituduh merogol.
Kau lupa sebab lelaki maha tidak bertanggungjawab itulah anak itu dibunuh.
Jika lelaki yang berfikir hanya menggunakan kemaluan ini bertanggungjawab maka kes bunuh ini pasti tidak akan berlaku.
Budak umur 15 tahun, apa sahaja kemampuan yang dia mampu buat? Otaknya pun belum mampu berfikir dengan waras.
Untuk berdikari sendirian pun dia belum mampu inikan pula untuk menanggung anaknya itu.Tanpa sokongan keluarga. Jadi pilihan apa yang dia ada?
Dengan keadaan tertekan dan buntu itu membangkitkan syaitan dalam diri dia untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri dengan cara yang tragis.
Netizen kata kenapa tak bagi orang anak tu? Hei, dia baru 15 tahun. Apa sahaja tentang dunia ni yang dia tahu.
Sedangkan aku yang usia 30an ini sahaja masih tidak tahu bagaimana nak bagi anak pada orang lain tanpa ada bantuan dari orang lain. Perlu post di fb ke dengan caption “sapa nak anak” ke macam mana?
Suci betul lelaki bila berkaitan zina. Yang hina yang kotor hanya perempuan. Najis betul pemikiran kita ini.
Kalau semua lelaki lelaki durjana tak sumbat sperma dia dalam rahim perempuan perempuan itu tidak akan ada bayi yang lahir luar nikah.
Berbalik pada “suka sama suka” , kenapa bila perempuan mengandung, duka diletakkan pada perempuan sahaja?
Lelaki berseronok “suka sama suka” dengan perempuan lain pula tinggal perempuan yang mengandung tu seorang diri mengharungi caci maki,kekecewaan keluarga dan tekanan seorang diri.
Mengandung luar nikah bukan perkara yang indah. Jadi bila berlaku perkara pembuangan bayi atau pembunuhan bayi pastilah ada yang tidak kena pada kondisi mental si ibu.
Cukuplah letakkan kesalahan bayi luar nikah hanya pada ibu. Pemilik sperma tu yang paling bersalah.
Dia telah mengandungkan seseorang, mengabaikan seseorang dan merosakkan hidup seseorang.
Bila ada kes anak luar nikah, netizen tolonglah tolonglah jangan guna term “suka sama suka” untuk meletakkan salah pada si ibu.
Tolonglah beri sedikit empati pada mereka. Jika tiada perkataan baik yang mampu diucapkan, cukup mendiamkan diri tidak menambah luka dan tekanan pada mereka.
– Martin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit