Saman Kerana Bond

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Aku perlukan pertolongan dari segi nasihat dan cara untuk selesaikan masalah berkenaan saman disebabkan bond/ bon.

Aku mohon anda yang mempunyai pengalaman, peguam, dan student law untuk bantu aku dalam hal ni.

Aku teruskan kepada cerita ringkas supaya anda faham situasi aku yang sebenar. Aku telah join satu Financial Institution atau dengan mudahnya Bank sebagai Management Trainee.

Bila sign je kontrak berkhidmat, maka aku telah terikat selama 2 tahun (24 bulan) dengan Bank A (aku letak bank A utk senang faham).

Selama 9 bulan aku stay kt HQ memang tak de masalah, aku suka dengan kerja dan institusi bank A. Sampai lah end of training programme, aku kene pilih department terakhir untuk aku stay atau settle down. Masa ni aku nak kahwin dah, jadi aku mintak transfer ke hub/ branches negeri.

Kat hub aku ada masalah yang mana aku tak boleh go on dengan sales task, tambah dengan bos dan beberapa issue yang mmg aku tak boleh cope. So aku menangis mintak HR transfer aku kat lain tapi masih within negeri ni. Sampai aku mintak HR downgrade kan position aku pada staf operasi.

HR cakap kat negeri tu tak de post kosong, yang ada hanya kat KL, jadi HR mintak aku balik KL teruskan kerja kat branch sana (department lain).

Masalah aku masa ni, aku terlalu emosional dengan keadaan yang baru pregnant, nak pindah randah ke Kl, sedangkan baru lagi kawen, pastu nk kene cari rumah sewa baru kt KL, berjauhan dari suami, macam2 issue yang aku rasa tak boleh accept.

Dan akhirnya aku ambil keputusan melulu untuk resign, sedangkan HR dan banyak kali advise, jangan resign nanti kene bayar bond. Tapi disebabkan aku dengar2 ada je management trainee sebelum ni yang resign tanpa kene bayar bond, so aku berani take things for granted.

Jadi klimaksnya, after 2 bulan aku resign, aku dapat surat dari bank A arahkan untuk bayar bond hampir RM50,000. Kat surat tu bank A dah buat siap2 sebulan aku kene bayar around RM2k untuk settlekan whole amount dalam masa 2 tahun. Memang menagis tak berlagu la aku.

Aku kerja baru ni pon tak mampu nak penuhi bayaran bulanan pada Bank A, nak bayar komitmen lain lagi. Jadi aku buat satu surat pada Bank A untuk bayar amount bulanan sebanyak RM150 sehingga habis semua amount besar tu, tak kira berapa lama masa diambil.

Bank A reject, tapi aku tetap bertegas dengan amount yang aku mampu tu. Jadi setiap bulan aku bayar banyak tu je.

Sampai lah aku pregnant kali kedua (yang pertama miscarrigae) , aku tak larat nak kerja, jadi aku resign dengan nasihat dari suami, suami mintak aku banyak2 rehat untuk fokus pada baby dulu, bila resign banyak benda aku culas untuk bayar, hingga bond pon aku stop bayar.

Ni fokus confession ni, Dalam 5 bulan after tak bayar bond tu, aku dapat surat saman dari bank A, aku kene naik mahkamah. Dalam pernyataan surat tu, saman akan tertangguh kalau pembayaran dibuat kepada bank A (jumlah yang dinyatakan telah ditolak pembayaran yang pernah aku buat).

Maksudnya bank A terima pembayaran bulanan aku yang sikit tu walaupun bank A tolak secara verbal pembayaran yang sikit tu.

Pembicaraan ke mahkamah tu bulan depan, masa tu aku tengah tunggu hari nak bersalin. Dari yang aku faham, bank A terima pembayaran sikit aku, yang buat bank A trigger saman sebab aku stop terus pembayaran RM150 tu.

Jadi aku mohon nasihat dari anda yang ada pengalaman dalam hal macam ni, peguam, student law atau sesiapa untuk bantu aku. Boleh ke aku mintak perbicaraan ditangguhkan sampai bersalin? Lepas bersalin aku memang nak kerja balik, dan bayar komitmen yang aku dah culas.

*Sikit aku nak tambah, dalam kontrak bond yang aku sign dulu, bank A takde mention pasal berapa lama masa yang perlu untuk settle bond amount, jadi bank A tak boleh push aku untuk bayar total amount dalam masa 2 tahun.

Mohon nasihat anda, terima kasih.

– Puan Buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *