Sambung Belajar Atau Bekerja

Assalamualaikum & salam sejahtera..

First time aku submit confession kat sini. Anyway terima kasih pada iiumc sebab publish cerita ni.

Aku ada adik lelaki (adik bongsu) yang sedang sambung belajar di salah sebuah universiti di selatan tanah air. Baru semester 2. Sebelum ni dia dah ada diploma tapi result oklah tak sampai 3 pointer pun. Keinginan untuk sambung belajar tu aku tak pasti atas desakan siapa samada diri sendiri atau parents. Lepas diploma dia rehat lama juga maybe sebab tak dapat sambung sebab pointer tak berapa cemerlang dan juga belum amik exam muet so tak dapat apply degree.. Nak dijadikan cerita selepas lulus exam muet, rezeki dia dapat pulak sambung degree dalam jurusan yang lain sikit tapi bidang yang sama.

Masa dia rehat dari lepas diploma tu adalah dia keje. Pandai cari duit juga. Tapi matlamat dia keje ni bukan nak kumpul duit tapi lebih kepada nak beli gadjet dan personal thing dia. Aku rasalah, sebab tak nampak pun dia ada simpanan duit pun. Macam hari raya tak de pulak kasi duit raya kat anak2 aku haha..

Sebelum dia masuk degree, ada satu interview kerajaan negeri dia dapat. Aku nasihatkan pergilah interview tu. Kalau tak dapat kerja, ambil pengalaman interview kerajaan camana. Tapi dia tak nak, nak sambung belajar dulu. Ok terpulanglah, i dah nasihat tak nak dengar. So tak pergi interview tu. Pergilah daftar masuk u. Kisah dia bermula awal 2 minggu baru masa daftar masuk universiti tu. Dia dah start mengadu susah lah, tak boleh bawaklah. Tak pernah belajar. Untuk makluman, adik aku masa sekolah menengah amik sastera. Then masuk poli dapat jurusan pembinaan. Now jurusan yang dia dapat ni ada kaitan dengan sains sikit. So kena belajar kimia fizik bagai. Memang taklah nak score kan.

So semester 1 dah berlalu. Ada repeat paper 1. Pointer pun tak sampai 2.5. Ni sem 2 kata nak berhenti belajar. Tak boleh bawak. Tak de kawan, kena sisih, orang tak ajak study. So subjek yang susah or dia x reti tu tak de orang nak ajar. Umur dah 24, habis belajar if on time umur 28, bila nak kejenya. Nak simpan duit lagi. Adik aku ni yang kukenal tak ramai kawan, pemalu dari kecik. Self confidence pun sangat rendah.. Selalu tengok dalam fb dan ig kawan dengan perempuan je ramai. Tapi tak de makwe lagi kot. Tu semua alasan dia nak berhenti. Mak aku kata pointer tak kisah berapa dapat, asalkan ada degree.. actually pointer tu penting jugakan kalau kita target nak kerja kerajaan, 3.5 kena ada. Kalau asyik dapat 2 pointer je silap hari bulan kena tendang u nanti. Baiklah berhenti dari bazir duit mak ayah aku tiap-tiap sem ingat murah. Tahun depan ayah aku pun dah pencen so kewangan kena kawal lah. Mak aku suruh kami adik beradik ni kasi kata-kata semangat kat dia.. dah habis kasi dah. Tapi kalau orang dah tak nak belajar camana kan.. kawan2 sekelas tu pun sama juga. Time nak guna adik aku pandai pulak korang. Adik aku bawa kereta kat u. Pandai mempergunakan dia nak ke sana ke mari. Tapi bila grouping assignment ke study ke, tak de sorang nak ajak dia. Tak baik tau korang buat macam tu. Kawanlah sama-sama. Kalau tengok orang tu keseorangan ramah2 la mulut tu tanya. Ni tanya sepatah jawab sepatah. Dah lah adik aku ni self confidence kurang, korang pulak pointer tinggi2, lagilah down dia..

Eh macam dah terpanjang pulak karangan aku. Minta maaf kalau cerita caca merba harap dapat difahamilah ye. Harap korang sume dapat beri cadangan dan kata-kata semangat yang terbaik untuk adik aku. Terima kasih semua. Hanya Allah yang dapat balas jasa korang.

– Kakteh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit