Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca disini. Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku, moga menjadi panduan untuk mereka-mereka yang berkenaan.
Persoalan nak sambung belajar atau tidak, memang menjadi persoalan besar kepada mereka yang baru habis belajar. Ada antara mereka yang tak teragak-agak untuk terus kerja. Bagus tu dik! Pengalaman kerja itu penting.
Tapi, ada juga sebahagian yang nak sambung tapi was-was. Sebelum sambung belajar, pastikan anda semak “checklist” ni dulu:
1.Kewangan
Contohnya anda sambung master, anda kena tahu yang anda akan terlibat dengan projek yang pelbagai, jadi kena tahu anda ade sumber kewangan atau tidak. Buntu? Rilek.
Anda hanya perlu cari supervisor yang memiliki geran. Jumpa supervisor tersebut dan bincang dengan dia tentang status kewangan anda. Malu bertanya sesat jalan. Jika anda bernasib baik, mungkin ade sebahagian pihak yang menawarkan biasiswa tapi anda harus rajin bertanya dan follow-up.
2.Supervisor
Mencari supervisor bukanlah ibarat jalan-jalan cari makan. Carilah supervisor yang anda rasa boleh bekerjasama dengan baik. Supersivor merupakan satu elemen penting untuk anda graduate dengan jayanya. Mental anda boleh jadi kuat atau koyak kerana seorang supervisor.
Jadi, risik-risiklah supervisor pilihan anda dari senior-senior tempat belajar anda.
3.Grad on time
Anda tak semestinya perlu target grad on time. Tahukah anda, tak semestinya habis awal itu berkualiti. Jadi, take your time. Do it right, do it properly. Jangan mudah putus asa. Tampal lah kata2 semangat pada meja, katil, cermin dan sebagainya untuk menaikkan semangat anda.
4.Topik/Major
Pilihlah yang rasa anda boleh capai dalam jangka masa yang ditetapkan. Tak salah ambitious, tapi lihatlah jangka masa pengajian.
Jika anda pilih untuk mengkaji bagaimana nak tukar stainless steel menjadi emas yang boleh ambil masa bertahun-tahun, kenapa tidak ambil topik yang lebih releven dengan jangka masa pengajian?
5.Jangan ikut kawan
Ini silap terbesar yang anda bakal lakukan dalam hidup anda. Percayalah.
6.Doa
Kuasa doa ni sangat ajaib. Tak kira la anda agama apa. Cuba suruh ibubapa anda doa untuk anda setiap kali rasa down dan putus asa. Magic! Tak percaya? Cuba dahulu.
7.Finish at your own pace
Usah terlalu ikutkan mainstream pace. Anda ada timeline sendiri. Kayuhlah perlahan lahan agar tidak tersasar. Sesuatu yang besar bakal menanti anda di hujung jalan.
8.Time management skill
Masa sambung belajar lah masa skill ini diuji. Kau akan rasa masa lapang kau sangat banyak. Boleh pergi travel sini sana. Boleh enjoy suka hati. Ingat, enjoy tak salah untuk release stress tapi kena set limit. Learn how to make your own schedule.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Bagi yang nak sambung belajar, aku ucapkan selamat berjaya.
– Master Yoda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit