Sambung Master : Satu Kejayaan Atau Kesilapan?

Assalamualaikum semua.. Nama aku Syah, berumur 26 tahun dan kini bakal melanjutkan pelajaran master pada awal oktober nanti.

Sekarang aku merupakan reseaarch assistant (RA) di univeristi yang sama..

Tujuan aku menulis coretan ini adalah ingin meluahkan apa yang ku pendam selama ini.

Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang sewaktu zaman degree. Namun aku punya satu minat untuk belajar.

Habis konvo tahun 2017, aku bekerja di salah sebuah syarikat retail terkenal di semenanjung Malaysia.

Walaupun sudah berkerja pada waktu ini, semangat aku down habis kerana aku tidak dapat menyambung pelajaran. IG dan twitter aku uninstall untuk mengelak perasaan sedih.

Di sebabkan aku down teruk, aku disahkan doktor menghidap Major Depressive Disorder (MDD).

Setelah hampir tiga tahun berlalu, seminggu sebelum PKP dilaksanakan, Dr A merupakan pensyarah yang aku kenal ketika di Universiti telah menelefon aku..

Dia offer aku untuk jadi RA dan ambil master di bawah seliaan beliau. Alhamdulilah, aku terus menerima tawaran tersebut kerana bagiku itu merupakan peluang keemasan yang perlu aku rebut.

Dr A memintaku untuk datang awal untuk berdaftar sebagai RA terlebih dahulu, namun terpaksa ditangguh disebabkan PKP.

Aku balik ke kampung halaman pada Julai 2020 setelah PKPP dilaksanakan. Pada pertengahan bulan Julai 2020, aku sah menjadi RA di bawah seliaan Dr A.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, MDD aku makin teruk. Aku kerap overthinking terutama yang melibatkan yuran pengajian pelajaran.

Aku bukanlah anak orang kaya. Bila nak mohon biasiswa, syarat umum kena CGPA minimum 3.0 sedangkan aku di bawah 3.0 iaitu hanya mendapat 2.9x.

Ini yang menyebabkan aku berasa down yang teruk sekali lagi… Aku rasa dunia aku gelap gelita. Macam mana nak bayar yuran pengajian?

Duit KWSP pun akuan 2 tak sampai dua ribu.. yuran RM2310 setiap semester.. gaji RA pun hanya RM800 sebulan.

Sebagai seorang anak lelaki, walaupun hanya bergaji kecil, tanggungjawab terhadap orang tua tidak pernah untuk aku lupa.

Mungkin ada yang persoalkan, mengapa tidak menyimpan? Aku ada membuat simpanan tapi semua habis ketika PKP dahulu, aku tidak bekerja dan hanya berharap dengan duit simpanan sahaja.

Tambang flight aku sudah mencecah RM500++ ketika balik ke kampung dari Johor ke Sabah pada ketika itu.

Tiap malam aku mengalami masalah untuk tidur disebabkan overthinking yang keterlaluan. Aku buntu mencari jalan penyelesaiannya.

Meminta bantuan dari orang tua di kampung bukanlah satu opsyen yang baik…. Nak cari kerja part time pun sekarang susah. Lebih2 lagi musim Covid-19 yang meningkat banyak kedai yang tutup.

Aku punya overthinking sampai aku berfikir nak berhenti. Tapi kalau aku berhenti setengah jalan sayang kerna kajian aku sudah 25 percent siap..

Hidup seorang diri di ibu negeri ni, susah sebab sewa bilik single pun dah mencecah RM400 sebulan..

Kusut fikiran aku. Terkadang aku terfikir adalah keputusan yang aku buat ini adalah yang terbaik atau hanya kesilapan diri sendiri ??

Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui apa yang berlaku.

Sesiapa yang membaca nukilan hati ini, aku harapkan korang doakan aku.

Doakan aku agar bisa menghadapi masalah ini.. walaupun di saat ini aku rapuh aku cuba untuk memperkuatkan diri demi orang tuaku.

Aku tidak mahu MDD ini kembali lagi………

– Syah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *