Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Confession ini lebih kepada meminta pendapat dan pandangan dari readers IIUM Confession. Nama aku Lulu, umur 26, perempuan dan masih bujang. Masalah aku jugak sama seperti kebanyakan confession lain. Soal mencari pekerjaan dan rezeki.
Aku mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan construction/ civil engineering. Sekarang aku tidak bekerja kerana aku telah berhenti kerja beberapa bulan yang lalu atas faktor-faktor tertentu dan sudah tentu pekerjaan yang dulu tak setaraf dengan kelulusan yang aku ada. Sekarang aku tengah mencari kerja untuk buat bayaran sambung belajar (kalau jadi).
Persoalannya sekarang, aku berniat untuk sambung belajar di peringkat diploma/ sijil dan bidang yang ingin aku ambil ialah bidang admin/ supply chain yang sangat berbeza dengan bidang degree yang aku ambil dahulu. Soalan aku :
1. Berbaloi tak tindakan yang aku buat untuk sambung belajar dan tukar bidang?
2. Patutkah aku ambil sijil sahaja atau diploma?
3. Sesuai ke untuk orang yang tiada pengalaman bekerja dalam bidang admin dan kemudian berhasrat untuk belajar dalam bidang tersebut?
4. Aku nak sambung belajar secara part time dan kelas secara online sahaja memandangkan aku mempunyai tanggungjawab untuk menjaga parents (dari segi urusan fizikal bukan kewangan). Okay tak kalau secara online dan part time sahaja?
Sebenarnya aku terfikir untuk sambung belajar sebab aku sudah lama graduate dan aku percaya kebanyakan company tidak akan mengambil graduan yang terlalu lama mengganggur. Aku memilih bidang admin sebab pada pendapat aku semua company memerlukan admin dan aku tinggal di kawasan luar Selangor (bukan Selangor / KL) yang pilihan kerja tidak terlalu banyak.
Terima kasih yang sudi membaca, memberi pendapat dan berkongsi pengalaman. Aku dah try search info dekat google tentang ini tapi tak banyak yang membantu dan meyakinkan aku. Sesiapa yang nak bagi suggestion mengenai course/website/ tempat belajar sangat dialu-alukan.
Sorry kalau confession tak menarik dan membosankan. Thanks admin, harap diluluskan confession aku. Harap juga semoga lebih ramai confessor yang boleh share tips yang boleh beri banyak info kepada orang ramai.
– Lulu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit