Sambungan Kisah Student Gay

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku yang pertama tu dan sekarang aku nak sambung bahagian seterusnya. Maaf sebab lambat sambung kisah sebab aku busy dengan program universiti sebab yelah tu salah satu cara aku nak sibukkan diri dan takes time jugak la nak habiskan confession sebab tak nak ada part seterusnya sebab ramai tak suka bila geng LGBT ni buat confession. Tetapi sebelum itu, aku dah baca jugak komen kepada yang menasihati terima kasih banyak, kepada yang rasa tak selesa dan dan marah dengan conffesion aku ni aku mintak maaf dan aku tak paksa untuk baca tapi kalau boleh bacalah sampai habis lepastu terpulanglah nak kecam dan sebagainya kerana aku cuma nak meluahkan apa yang terbuku di hati takde niat pun nak menganggu kehidupan para pembaca sekalian. Untuk pengetahuan semua, confession yang bahagian pertama tu aku tulis sebelum hari jumaat dan aku pergi solat jumaat hahaha aku tahu aku lelaki dan kewajipan sebagai lelaki. Untuk yang berfikiran bahawa aku sudah melakukan perkara yang teruk dan berdosa silalah baca dulu sampai habis.

Jadi aku mulakan bahagian kedua ini. Selepas berbulan lamanya memujuk hati dan mengosongkan perasaan dari bayangan si A alhamdulillah aku dah mula boleh terima ketiadaan dia aku dan jalani hidup macam biasa. Tiba masanya pendaftaran untuk masuk ke universiti dan aku pun mendaftar dan macam biasalah lagi banyak muka-muka baru nak dibandingkan ketika di matrik dulu. “terangsang” la jugak bila tengok dorang. Tapi aku dah tak terkejut sebab aku dah tahu perasaan aku ni macam mana so bila Nampak lelaki hensem di mana2 tu aku cuba hilangkan fikiran negative tu dan semakin lama aku dah pandai kawal perasaan sendiri. Tapi naluri aku masih songsang dan aku sedar tu tapi aku masih sedang cuba untuk berubah.

Kemudian aku pun dapat bilik lepas daftar. Dekat kolej kediaman aku ni, satu bilik ada 3 orang jadi aku akan berkongsi bilik dengan 2 orang lagi roommate. Jadi aku pun masuk bilik dan ternyata dua2 roomate aku sudah ada di bilik. Jadi kami pun berkenalan, rupanya mereka berdua sudah kenal lama sejak dari matrik. Mula2 aku rasa janggal sebab yela dorang dah rapat lama aku ni baru boleh ke satu kepala nanti. Aku namakan roommate aku si C dan si D. Dan sejujurnya si C lagi hensem daripada si D dan triggered jugak la bila tengok si C tu tapi aku buang perasaan aku tu. Aku dah nekad nak lawan naluri jijik ni. Lama kelamaan, aku rasa senang nak satu kepala dengan dorang ni. Proses suai kenal tu singkat sangat sampai kitorang cepat sangat rapat. Mungkin sebab kitorang banyak persamaan dan minat macam suka tengok cerita hantu, suka main game yang sama, suka layan Naruto. Sedar2 je dah rapat. Sejak tu semua perkara kami buat sama2, makan sama2, tengok wayang sama2, duk outing sama2 dan aku bersyukur dapat roommate macam tu lagipun diorang ni tak merokok dan pembersih gila orangnya. Pasal perasaan minat pada si C ni pulak aku buang jauh2 bagi aku dapat tengok dia pun dah ok. Dan aku layan dorang dah macam adik beradik.

Itu pasal roommate, ni pasal classmate pulak, jadi budak class aku ada 50 orang stabil lelaki 27 dan 23 perempuan. Jadi bila masuk dalam kelas, pada aku semua budak laki kelas aku biasa je takde yang hensem macam si C tu. Jadi aku fikir harapnya dapat belajar dengan aman. Jadi sepanjang semester tu aku sengaja low profilekan diri aku, tak nak menonjol sebab tu salah satu proses untuk cari kawan yang ikhlas sebenarnya hahaha. Selepas beberapa bulan akhirnya aku rapat dengan 6 orang kawan laki ni, kitorang memang satu kepala la jika nak dibandingkan dengan budak laki lain dalam kelas tu. Kami 6 orang siap ada nama geng sendiri haha so kami pergi kelas dan balik kelas selalu berjalan bergerombolan sama2 macam tu. Tapi hubungan aku dengan dorang sebatas classmate jela, bila balik bilik aku lepak dengan roommate2 aku. Even makan dan outing pun kami pilih untuk keluar bertiga, classmate is classmate, brotherhood roommate tu lagi kuat walaupun sebenarnya rasa suka pada si C tu wujud tapi sebab persahabatan dan brotherhood kami tu dapat tolong aku untuk buang perasaan tu.
Dan geng classmate yang aku rapat ni alhamdulillah aku takde sebarang perasaan pun pada dorang, mungkin sebab dorang tak berapa nak hensem dan satu lagi perangai gila2 yang masuk dengan aku jadi aku bahagia aku mula rasa aura positif untuk bantu aku berubah. Dalam masa yang sama ada sorang perempuan ni namanya Maya bukan nama sebenar, dia cuba approach aku. Aku tak tahu mana die kaji latar belakang aku sampai tahu siapa aku dan keputusan aku zaman sekolah dulu. Jadi dia approach aku dengan alasan suruh aku ajar. Jadi aku tolong lah apa2 yang aku mampu. Lama kelamaan kitorang jadi rapat dan aku anggap si Maya ni bestfriend perempuan aku dalam kelas jika nak dibandingkan dengan classmate perempuan yang lain. Aku kawan je dengan semua orang dalam kelas tu baik laki baik perempuan semua aku layan sama rata sama macam zaman sekolah dulu.

Tapi si Maya ni baik, aku pun selalu jugak mintak tolong kat Maya ni yela saling membantu amalan murni la kan. Tapi aku dapat tahu yang si Maya ni suka aku sampai jadi gossip dalam kelas sampai geng aku yang 6 orang tu pun membahan aku. Hahahah. Sebenarnya dalam kelas aku tu ramai je dah bercinta dalam 4 pasangan dah dalam kelas aku tu yang bercinta. Lepas dapat tahu tu aku pura2 tak tahu dan aku layan Maya macam biasa sebab bagi aku dia tak lebih dari kawan baik. Bagi aku tu gossip liar je dan Maya tu pun takde confess apa2 pun jadi aku anggap semua tu macam angin lalu jela. Pernah jugak Maya ajak jumpa nak belanja makan katanya tapi aku rasa insecure mungkin sebab takut tak manis orang pandang laki perempuan keluar berdua jadi aku ajak kawan aku sekali tapi Maya macam terkejut dan tak selesa. Aku Cuma nak jaga batas pergaulan, ikhtilat dan kurangkan fitnah. Makin lama, aku makin ramai kawan2 dalam kelas tu, geng aku 6 orang tu campur dengan kawan2 Maya dalam kelas tu lagi sampai jadi group Wassap khas untuk kami nak bezakan daripada group kelas hahaha. Dan diorang semua aku anggap KAWAN ye KAWAN. Aku sedar naluri aku masih tak betul dan aku tak boleh nak suka Maya tu walaupun orang kata Maya tu cantik. Walaupun banyak kali aku tersentuh dengan kebaikan Maya tapi aku masih anggap dia sebagai kawan baik

Jadi tamatlah semester 1 untuk tahun 1 tu. Bila masuk sem 2 pula, aku perasan ada 4 orang muka baru dalam kelas, 2 laki dan 2 perempuan. Rupanya dorang lepasan diploma manakala kami lepasan matrik dan stpm jadi dorang banyak dapat pengecualian kredit so no wonder la tak Nampak dorang sem 1 dulu. Jadi dengan rasminya dorang 4 orang jadi classmate aku. Aku perasan ada sorang tu muka die hensem nama dia Kamil bukan nama sebenar. So aku tertumpu la sekejap bila tengok dia lepastu aku cepat istighfar dan cuba buang perasaan aku. Untuk para pembaca, orang yang naluri songsang ni sama je macam laki normal yang pantang tengok perempuan cantik mesti terkesima sekejap. Tapi terkadang dalam diam atau secara tak sedar aku ni pun leka duk usha si Kamil tu bila dalam kelas tp bila dah sedar aku cepat2 istighfar. Lepastu, keadaan berjalan seperti biasa. Kami satu kelas macam tak rapat sangat dengan 4 orang lepasan diploma tu yela sebab dah 6 bulan kami satu kelas sama2 jadi bila nak bonding dengan orang baru takes time la jugak. Aku pun perasaan 4 orang lepasan diploma ni macam disisihkan dan dipulaukan oleh classmate aku baik laki baik perempuan sampai dorang 4 orang ni buat geng sendiri je 4 orang tu mungkin sebab perbezaan umur kot yelah dorang beza 2 tahun dengan kami dan muka dorang Nampak matang jadi kami tak rasa perangai dorang ni gila2 macam kami yang muda ni. Dan aku pun kenal2 gitu jela dengan 4 orang budak ni, kalau bercakap pun pasal pelajaran je la takdela nak gelak sakan sana sini macam aku dengan geng aku.

Keadaan pun berjalan seperti biasa sampai pertengahan sem 2, ada satu subjek tu susah bagi aku dan aku mula aku rasa aku perlukan pertolongan tak macam subjek sebelum ni yang agak mudah dan aku masih boleh ajar orang lain tapi kali ni subjek tu aku kurang mahir. Lepastu aku dapat tahu ni Kamil ni pandai subjek tu. Bukan aku taknak jumpa lecturer tanya, tapi lecturer pun busy nak jumpa kene buat appointment dulu so aku fikir better aku cari rakan yang tahu. Mula2 rasa awkward jugakla yela sebab tak kenal rapat tiba nak mintak ajar. Bila aku fikir balik macam Maya dengan si A yg approach aku sebab nak belaja lama2 dah jadi kawan jadi apa salahnya aku cuba berkawan dengan si Kamil tu. Aku pun approach la nak mintak ajar. Tapi yela naluri songsang dan jijik ni masa ada jadi aku hadapi kesusahan sikit bila nak belajar dengan dia sebab macam aku cakap kat atas tadi yang Kamil ni hensem. Analoginya bila kau study dengan perempuan cantik la, boleh ke korang focus belaja kalau awek cantik kat sebelah? Ha macam tula lebih kurang rasanya aku nak gambarkan pada pembaca. Alhamdulillah aku faham apa yang dia ajar dan dia jugak tolong aku sedikit sebanyak untuk group projek aku bagi subjek tu walaupun kami tak sama group. So aku pun berterima kasihla pada dia. Sejujurnya Kamil ni baik dan tak sombong macam classmate aku duk gossip kan tu. Aku kesian jugak tengok dia kene pulau macam tu hahaha.
Bila aku dah tahu pasal subjek tu akula yang ajar geng2 aku tu jadi dorang tak belajar dengan Kamil. Tapi memang si Kamil tu pesan pun jangan kedekut ilmu lagipun aku memang suka tolong orang dari zaman matrik lagi selagi aku boleh tolong aku tolong. Aku pun bagitau la geng aku yang Kamil ni baik tak macam gossip kelas. Jadi dorang pun akhirnya mula berani nak tanya Kamil sendiri pasal subjek tu dan Kamil pun dah rapat dengan kami tp masih rasa awkward la jugak bila kitorg duk borak benda mengarut bila ad Kamil sekali yela sensitivity umur kene jaga. Lepas tu, sorang lagi laki budak diploma tu kami 6 orang approach untuk jadi kawan. Bila classmate lain tengok yang kami boleh je gelak sakan dengan Kamil dan kawannya tu jadi mereka pun masing2 mula terbuka dekat lepasan diploma tu dan akhirnya Kamil dan kawannya diterima ramai bersama dengan 2 lagi perempuan tu. Jadi officialnya kami dah satu kelas. Tiada lagi kes pulau memulau ni. Aku pun bahagia la tengok dorang tak kene sisihkan lagi. Kita kene ingat semua bende takes time tapi entahla naluri jijik ni lama betul nak ambil masa untuk berubah
Tapi lepastu timbul satu konflik dalam hidup aku. Jadi beginilah ceritanya. Aku perasan yang Kamil ni cuba approach aku dia macam nak rapat macam aku dengan geng 6 orang aku tu la. Sejujurnya aku takut nak rapat dengan dia sebab ada perasaan suka tu tapi aku cuba buka fikiran dan minda mana tau bila dah satu kepala aku boleh anggap adik beradik macam geng 6 orang dan roommate2 aku tu. Jadi aku mula lah terima dia tapi dia pulak yang macam beria. Nampak la jugak effort dia tu nak berkawan. Rajin sangat balas status wassap aku so kesian la takkan nak bluetick so aku layan jela borak dekat wassap. Dan aku rasa korang faham kot perasaan bila crush kau selalu wassap kau mestilah kau happy kan. Samalah macam aku, aku rasa gembira bila die selalu wassap aku tapi aku selalu ingatkan diri aku yang perasaan ni salah..SALAH. terkadang aku fikir juga, Kamil ni takde makwe ke takde kawan lain ke nak layan, masa die banyak abis wassap aku je padahal kat kelas dah jumpa. Kadang2 dari takde bende sampai ada benda nak wassap, duk mengumpat classmate la duk cerita benda lain la. Sampaikan chat history aku lagi banyak conversation dengan Kamil nak dibandingkan dengan Maya. Macam aku cakap Maya tu pun rajin wassap aku Nampak la effort dia tu. Dan dalam kelas pulak Kamil dah start duduk sebelah aku dulu dia duduk belakang je dengan kawan diploma dia lagi satu tu.

Dah tentu aku rasa bahagia seolah bila duduk sebelah crush tapi sekali lagi aku pujuk hati aku cakap ni SALAH. Dalam kelas pula kami selalu berbual kadang tak focus pun dengan lecture kat depan sampai ganggu orang lain. Tapi bila balik bilik aku study la balik dan performance aku dalam kelas tak terjejas pun sebab aku tau nak bagi masa untuk belajar tu macam mana dan alhamdulillah aku dapat anugerah dekan untuk tahun 1, si Kamil tu pun boleh tahan dia antara yang paling dekat pointer nye dengan aku. Lama-lama dalam kelas dah jadi rapat, duk bergurau senda dalam kelas. Si Kamil ni sangat baik dan caring dekat aku. Dia selalu pesan aku suruh selalu makan. Kadang aku tak makan pun kene marah. Pernah sekali aku demam tapi aku gagahkan diri jugakla pergi kelas lepastu si Kamil ni jugak yang bawa aku pergi pusat kesihatan dekat universiti tu lepastu tunggu sampaila aku habis check up ambil ubat semua. Aku tersentuh dengan kebaikan dia dan aku pun tak tahu kenapa dia prihatin sangat dekat aku dah macam abang2 pulak tapi dia memang dah pangkat abang pun sebab beza umur kami 2 tahun.
Akhirnya tamat tahun 1 jadi kami cuti semester 3 bulan. Sepanjang 3 bulan tu si Kamil ni rajin sangat wassap dan kami berborak seolah-olah macam dalam kelas. Kalau conversation wassap tu kira Kamil la paling top dalam contact list aku. Tanpa aku sedar aku leka dengan rasa bahagia tu. Jadi nak masuk tahun 2 kami dah duduk rumah sewa. Aku menyewa dengan 6 orang geng aku. Roommate2 aku pun menyewa dengan classmate dorang sendiri sebab senang nak pergi kelas dan buat assignment la tapi serius kami bertiga sedih nak berpisah waktu tu ialah rakan sebilik kot pagi bangun tengok muka dorang, malam nak tidur pun hadap muka dorang, makan sama2, outing sama2 mestila akan rindu nanti. Si Kamil dengan lepasan diploma lagi satu tu pula menyewa rumah lain sebab dah tak muat nak tumpang rumah kami. Bila dah duduk luar ni aku tiada kenderaan nak pergi kelas. Geng aku pun ada yang ada motor, basikal. Lepastu si Kamil ni offer aku tumpang dia jadi aku naikla dia. Jadi kadang2 bila dah aku dah tumpang dia tu selalu la dia datang rumah aku, lepastu hanta raku. Lama2 dia jadi rajin datang rumah aku duk melepak duk tengok tv dan buat kerja sama2. Malam2 pun datang ajak makan. Senang kata sehari kalau aku tak jumpa dia tak sah. Tapi sebenarnya banyak mata2 yang memerhati tanpa aku sedari.
Jadi, bila dah asyik aku jumpa dia kat universiti dan dekat rumah, jadi makin lama makin rapat. Lagi2 bila dah duduk luar ni masa bebas nak balik pukul berapa pun. Kadang tu Kamil ajak lepak mamak lama2 padahal minum je tapi borak tu punya lama. Dan dalam masa yang sama, tanpa aku sedar, perasaan aku yang dah suprresed dulu datang balik. Perasaan dia memang sama macam apa yang aku rasa pada si A tu. Aku rasa bahagia sangat bila Kamil ada, bila lepak dengan Kamil, bila dia selalu ada dengan aku. Ye setelah setahun lebih aku dah move on lepastu perasaan suka dan jatuh hati tu datang macam tu je sekelip mata. Lepas tu aku salahkan diri aku dah tahu yang aku ni naluri tak betul lepastu pergi layan si Kamil tu dari mula dah jadi macam ni. Tapi benda dah jadi dah pun.

Bercakap tentang Kamil ni pula, aku tak tahu dia ni normal ke tak tapi aku rasa dia ni normal Cuma dia takde makwe memang single dari zaman sekolah tak pernah bercinta walaupun ketika diploma. Kalau borak dengan Kamil ni, dia hanya tahu cakap pasal anime dan kartun je kau rasa perempuan nak dengar ke benda2 mcm tu so aku rasa agaknya sebab tu kot dia masih single. Tapi aku tetap rasa dia ni normal. Macam aku cakap si Kamil ni hensem so ada jela classmate perempuan yang cuba approach dia tu apa yang aku perasan la tapi si Kamil ni macam dia layan semua orang sama je, orang tanya dia balas, orang suruh ajar, dia ajar tapi takdela pulak aku Nampak dia keluar berdating sebab apa2 hal dia selalu bagitau aku. Bayangkan dia pergi supermarket pun snap gambar barang dalam tu pastu wassap aku jadi aku rasa la kalau betul dia dah jumpa orang untuk dia dating mesti dia akan bagitau aku dulu kot haha. Pernah sekali aku pergi makan cendol dengan geng aku 6 orang tu pastu die Nampak gambar dekat status salah sorang geng aku tu pastu dia telefon aku tanya kau dekat mana lepastu marah kenapa tak ajak dia sekali, so korang nilai sendiri la Kamil ni macam mana orangnya.

Kamil ni pun kadang2 ada je borak pasal perempuan cantik ni dengan aku dalam kelas. Dia selalu puji amoi2 cina dalam kelas tu lawa la seksi la, aku ni mengiyakan sajala sebab bagi aku amoi tu seksi macam mana sekali pun aku pandang dorang biasa2 je tak terangsang pun bila tengok. Dan dia ni jugak cerita kat aku kalau ada classmate perempuan duk wassap dia lepastu mengutuk budak perempuan tu. Perangai buruk pasal Kamil ni satu la yang ketara kuat mengutuk. Dan of course la bila dia cerita pasal perempuan2 lain ni aku rasa triggered sebab cemburu tapi tu la nak buat apa pendam je la mampu. Dalam pada itu, banyak mata2 yang perhatikan kami rupanya. Macam aku cakap aku selalu keluar dengan Kamil ni kadang lepak fast food outlet kadang2 tengok wayang berdua je dengan si Kamil lepastu aku dapat tahu ada yang curi2 tangkap gambar lepastu hebahkan. Ye la kita takkan boleh lari dari terserempak atau diperasan oleh orang yang kita kenal dah namapun kawasan universiti mestilah banyak student berkeliaran. Dan timbullah skandal dan gossip dalam kelas aku psl kitorg yang kurang enak didengar tu. geng aku sendiri pun mula bergossip pasal aku. Pernah sekali aku tercuri dengar dorang tengah mengumpat aku, apa yang aku dengar dorang dah perasan ada benda yang tak kena, bila disokong dengan gambar2 dan fitnah liar tu lagila tinggik syak wasangka dorang tu. tapi kata2 umpatan dorang tu leh tahan pedas. Lama2 aku dapat rasa aura negative dalam kelas tu, aku rasa dorang macam pandang pelik dan hina. Aku bukan overthinking ke apa tapi memang obvious kot. Geng aku yang 6 orang tu pun macam nak jauhkan diri dari aku. Si Maya tu pula mula tanya aku macam2 dia yang hantar gambar yang tersebar tu dekat aku pastu tanya aku cakap aku dengan Kamil tu bestfriend je dan akhirnya Maya pun mula jauhkan diri dari aku.

Tapi ingin aku tegaskan kat sini pada pembaca gambar tu bukan gambar tak senonoh ea. Hanya gambar makan, lepak kfc, tengok wayang berdua dan aku behave eh aku kawal perhubungan social dan tingkah laku aku walaupun naluri tak betul. Tapi tulah benda dah jadi lagipun si Maya ni pun ad cerita yang sebelum gambar tu tersebar pun dah wujud cerita negative pasal aku sebab orang selalu Nampak aku berdua je dengan Kamil tu. dan si Kamil ni aku tak tahula dia dah tahu belum pasal berita tu mungkin sebab dia dah biasa kena palau atau satu lagi dia dah cukup matang untuk ambil kisah pasal bende remeh macam ni. Tapi si Kamil ni layan aku baik dan sama je seolah takde apa yang berlaku. Mula dari tu, aku start jauhkan diri dari Kamil, aku bagi alasan kalau dia ajak jumpa. Tapi dia tak putus asa sampai aku kesian dan jujur aku terseksa hati aku sakit, bila tak dapat jumpa dia pun aku rasa tersiksa. Tapi aku fikir kenapa aku nak salahkan Kamil kenapa aku nak jauhkan diri dari dia sedangkan dia nak berkawan. Yang salahnye aku sebab ada naluri songsang yang jijik ni.

Jadi setakat inilah apa yang aku lalui sampai saat ini, untuk para pembaca ingin aku tegaskan di sini yang aku tahu sangat mana haram mana halal. Aku tak pernah buat benda2 larang dan mungkar di sisi agama. Aku masih suci dan tak terlibat dengan gejala songsang di luar sana dan aku tak terfikir pun nak jadi macam golongan gay yang dah tersasar jauh dan tak suci tu. Aku solat 5 waktu, aku jalankan kewajipan aku sebagai muslim. Kadang2 aku nangis lepas solat selalu mempersoalkan kenapa aku diuji sampai sebengini. Bila fikir balik teruknya aku sampai aku ada rasa marah pada Allah sedangkan kita sebagai makhluk tak boleh mempertikaikan ujian dan kekuasaan Allah. Bila aku fikir, Allah dan mudahkan urusan aku dalam pelajaran jadi mungkin ini dah bahagian ujian aku dalam kehidupan jadi aku kena jalaninya. Dan ya aku sedar aku ni tak betul ada naluri songsang dan aku cuba dan cuba untuk berubah untuk lenyapkan naluri ni pada Kamil. Aku nak anggap dia macam bestfriend biasa atau macam abang kandung tapi sekarang bukan setakat kena lawan perasaan sendiri kena hadap tomahan dalam kelas lagi. Macam mana la aku nak hadap bende ni sampai grad nanti tapi aku takkan putus asa walaupun dari matrik dan sekarang dah 4 tahun aku masih berperang lawan perasaan sendiri aku tetap pasti kalau aku tak putus asa pasti ada kejayaannya aku takkan sesekali menyerah dan tewas jadi macam golongan LGBT yang jijik di luar sana. Tentang perasaan aku pada Kamil, aku takkan confess apa2 dan aku tak nak tahu apa perasaan dia pada aku, aku harap dia normal dan dapat jumpa jodoh dan pasangan yang sesuai dengan dia berlandaskan fitrah sebagai manusia normal. Terima kasih kerana sudi membaca confession aku yang ntah apa2 ni aku Cuma nak luahkan apa yang terbuku je. Doakan aku agar terus tabah.

– Hairul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit